Bab 56

1.4K 66 10
                                    

     Tersenyum puas Hanan sambil mengangkat beg plastik yang dipenuhi barang-barang dapur yang hendak di masak hari ini. Rasa gembira tak terhingga apabila Aisyah menelefonnya dan mengatakan yang gadis itu mahu bertandang ke rumahnya pada hujung minggu ni. Hanan dengan senang hati sangat mengalu-alukan kedatangan Aisyah. Mesti lah gembira, sahabat sendiri nak datang rumah kut!

Setelah beberapa hari dia tidak keluar dari rumah akhirnya hari ni dia dapat menghirup udara dunia luar dengan senyuman tidak lekang meniti di bibir. Tak sabar mahu berjumpa dengan sahabat sejati dunia akhiratnya lah katakan!

"Bahagia betul nampak?"

Pantas Hanan angkat wajah. Senyuman di bibirnya terus mati. Air mukanya bertukar pucat berhadapan dengan si penegur. Tubuh badannya auto mengigil.

Matanya melilau memerhatikan sekeliling. Tiada satu kelibat manusia pun lalu lalang di sini memandangkan Hanan yang ambil jalan lorong ini. Lagipun jalan ini sahaja dekat dari rumahnya ke kedai supermarket sini tetapi sekarang dia rasa sangat menyesal menggunakan jalan ini. Tersangat! Tekaknya tiba-tiba terasa kering ya amat.

"A...abang Ryl, buat apa kat sini?" Hanan cuba berlagak tenang walaupun dari dalam sudut hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebar cik jantung.

Syazryl tersenyum pulas. Cara pemakaian Syazryl sama sahaja ketika malam lelaki itu menceroboh rumahnya. Hanan menggeleng kepala pantas. Fikirannya yang prasangka buruk cuba dibuang.

"Mesti Ikha bahagiakan sebab dah lama tak kena ganggu dengan abang? Rasanya Ikha tahu kan kalau kita berjumpa buat kali kedua?" Sebelah keningnya terangkat. Dihujung kata-katanya dia ketawa sinis.

Dahi Hanan sudah berpeluh. Setapak demi setapak dia mengundur ke belakang. Gerak geri Hanan, Syazryl dapat tangkap dengan mudah.

Bibirnya menyenget sinis. Nak lari ye sayang?

Baru sahaja beberapa langkah Hanan berlari, Syazryl dapat mengejarnya. Belakang tubuh gadis itu dipeluk kemas membuatkan Hanan meronta-ronta kasar minta dilepaskan. Terlucut plastik barang dapur yang dia beli dari tangannya.

"Lepas lah!" Hanan mendesis kesakitan. Pergelangan tangannya dipegang kuat.

"Ikha fikir semudah tu abang akan lepaskan Ikha? Mungkin dulu Ikha boleh terlepas tapi kali ni abang tak akan lepaskan!"

Mulut yang mahu membalas kata-kata Syazryl terbantut tatkala satu kain melekap di permukaan hidung dan mulutnya. Sungguh! Hanan tidak mampu berfikir kali ini.

Tubuh Hanan yang meronta-ronta memberontak kini perlahan-lahan kembali tenang. Sempat Syazryl memaut pinggang Hanan agar gadis itu tidak jatuh ke atas tanah. Mata Hanan sudah tertutup rapat. Wajah lena gadis itu dipandang lama.

"Abang akan jadikan Ikha milik abang. Abang tak kira."

Tubuh Hanan digendong lalu di bawa ke kereta yang sudah dia siap sedia parking di situ.

Tanpa disedari disebalik tempat persembunyian, ada seseorang yang memerhati dengan pandangan marah. Terkacip-kacip gigi itu menandakan rasa amarah membuak-buak dengan tindakan lelaki itu. Tangannya mengepal penumbuk.

🌸🌸🌸

     Bunyi mulut yang bergaduh membuatkan Hanan perlahan-lahan membuka mata. Matanya terasa kabur dia kelip-kelip kan beberapa kali sehingga pandangan terasa jelas. Apabila anak matanya menjamah wajah merah Qairul, dia terkebil-kebil sendiri.

Apa yang berlaku?

"Dia isteri aku! Apa yang korang buat selama ni belakang aku ha?!" Jerkah Qairul begitu kuat. Dia nampak tangan Qairul  menggenggam kolar baju lelaki asing itu.

[C] Please Remember Onde histórias criam vida. Descubra agora