Bab 23

1.7K 80 0
                                    

        Hanan duduk termenung di pangkin. Kadangkala kakinya menguis pasir di bawah. Sedang leka dia termenung tentang nasib hidupnya, tiba-tiba bahunya di tepuk agak kuat dari arah belakang.

Hanan mendesis sakit, gadis itu segera menoleh ke belakang dengan riak muka bengang.

Siapa pulak main cepuk je bahu dia tanpa salam. Cari pasal betul!

Air mukanya serta-merta berubah mendadak tatkala wajah yang sekian lama dirindui ada di depan dia kini. Hanan menekup mulut.

"Surprise!" Jerit Anna dengan perasaan teruja. Tanpa dapat menahan, di peluk tubuh Hanan dengan kemas. Naik semput Hanan tatkala Anna mengetatkan lagi pelukan.

"Ya Allah! Hanan lama sangat tak jumpa dengan kau. Kau sihat? Rindunya aku kat kau."

"We lepas lah, sakit ni." Bahu Anna ditepuk berkali-kali.

"Ops! Sorry-sorry. Teruja sangat hihi..." Pelukan di lepaskan. Anna menyentuh kedua belah pipi Hanan dengan tapak tangan. 

Wajah Hanan amat ketara. Muka Anna yang teruja terus beriak risau apabila wajah Hanan kelihatan agak  cengkung dari biasa. Muka gadis itu pun agak berlainan dari awal-awal mereka berpisah dulu.

"Hanan kau kenapa ni? Kenapa muka kau kurus sangat ni. Kau sakit ke?" Tangan Anna ditepis lembut. Senyuman ditarik ke bibir.

"Tak ada lah. Biasa je lah kau ni pun jangan lah risau. Aku okay je lah. Ni macam mana kau datang? Kau naik apa?" Dalih Hanan mengubah topik perbualan.

Gadis itu malas membuka cerita perihal peribadinya. Lagipun Hanan tak selesa mahu menceritakan masalah rumah tangganya. Anna mengecilkan anak mata, riak muka musykil Anna membuatkan Hanan diambang perasaan gugup.

"Kau ada masalah rumah tangga ke?" Tepat mengena batang hidungnya. Hanan cuba menutup rasa gelodak di jiwa. Hanan pantas menggeleng kepala menidakkan kata-kata gadis itu.

"Aku okay je lah. Suami aku layan aku baik-baik je." Baru sahaja Anna mahu bersuara, suara mak tok mendahului.

"Sape pulok ni Ikha? Kenapa duk kat luor ni, kan panah dering tu. Meh masuk dalang, boleh basoh tekok sekali."

"Eh tak pa mak cik. Saya kawan Hanan, saya cuma nak melawat dia je lagipun saya nak ajak dia keluar sekejap. Boleh kan mak cik?" Anna meminta izin lagipun jawapan Hanan tidak memuaskan hati dia. Dia mahu selidik dulu.

"Lah panggil mak tok je. Mak tok izin je cuma..."

"Tak pa nanti Ikha minta izin dia. Lagipun nak bual-bual kejap je. Bukannya lama."

"Ha, kalau cam tu ikut mu lah Ikha." Mak tok masuk semula ke dalam rumah. Lengan Hanan di tarik terdongak Hanan di buatnya.

"Jom ikut aku sekejap, kita pergi dekat air terjun. Rehatkan minda kau dulu. Aku tengok kau ni dah macam orang stress je."

Hanan mengangguk lalu mereka berjalan bersama ke air terjun berdekatan dengan kampung ini.

🌸🌸🌸

     "Assalamualaikum mak!" Jerit Puan Suria sambil mengangkat beg bajunya. Manakala anaknya, Syirah pula bermain telefon sambil berjalan. Sebelum Puan Suria masuk ke dalam rumah dia ternampak kereta mewah Audi RS7 berwarna putih di halaman rumah maknya. Berkerut dahi Puan Suria.

"Syirah cuba kau tengok tu." Puan Suria memuncungkan bibir ke arah kereta mewah itu. Syirah masih dalam keadaan yang sama dengan pandangan tidak lepas.

"Apa mak ni. Orang nak balas chat member orang pun susah tau." Balas Syirah sambil matanya tidak beralih dari telefon. Puan Suria mengetap bibir.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now