Bab 11

1.8K 83 0
                                    

     Esok adalah hari terakhir dia memegang 'title' bujangnya, selepas ini dia akan tamatkan zaman bujangnya.
Hanan membelek mukanya di hadapan cermin bilik, kedua-dua tangannya mula bawa ke pipi.

"Haih... Jangan lah buat hal esok." Muka Hanan yang pucat sedikit itu diusap. Mungkin tanda-tanda nak demam. Seketika Hanan mendengus perlahan.

"Masa ni lah kau mengada bagai nak sakit," Hanan mulai merungut.

Hanan mengambil vaseline untuk diratakan ke bibirnya yang sedikit pucat, tidak lah terlalu nampak ketara.

Tangannya yang telah diukir inai dipandang. Seketika dia tersenyum kecil. Segera di toleh barang hantaran yang berdekatan dengan almari itu.

"Hmm... dulu tengok dari jauh je, ni bila dah ada depan mata rasa pelik lah pulak."

Dulu masa zaman dia kecik, nak pegang barang ni pun tak boleh. Hanya mampu tengok dari jauh je tapi sekarang dia boleh pegang dan tengok hasil gubahan hantaran dengan depan mata dia sendiri.

Cepat betul masa berlalu.

"Ikha! Mari turun makan! Semua saudara mara kita dah tunggu tu." Pintu diketuk perlahan, segera dicapai tudung dan di sauk dengan pantas. Kaca mata bulat nya tidak dilupakan juga.

"Ye umi! Ikha turun ni." Kakinya mula melangkah ke arah pintu, segera di buka. Kelibat adik sepupunya Fina berada di depan pintu membuatkan dia tersenyum.

"Jom kak Ikha! mak teh panggil makan tu." Ditarik tangan Hanan, mengikut langkahnya. Hanan hanya melayan telatah adik sepupunya. Hanan memandang sanak saudaranya, ada mak long, mak de, pak lang, pak ngah, mak tok dan mak su.

Saat dia berpaling ke arah mak su, wanita itu hanya menjeling.

"Ya Allah Ikha! Dah besor panjang doh cucu mak tok ni!" Dipeluk tubuh kecil itu sekuat hati. Hanan pulak sudah lemas.

"Ma...mak tok! Ikha lemas ni.. "

"Alah mak tok rindu taudok? Ikha dok rindu mak tok ke? "

"Ye ye Ikha rindu tapi lemas ni." Pelukan itu dirungkai terus pipi Hanan di pegang.

"Alahai, dah comey dah cucu mak tok ni. Besor panjang doh leni nok jadi bini orang da" Hanan tersenyum lebar. Biarpun semua orang disini bukan sanak-saudara kandungnya tapi mereka melayan dengan baik sekali, terutamanya mak tok.

"Takde lah mak tok. Biasa-biasa je."

"Sudoh-sudoh lah mak." Mak su bersuara menyampah. Riak wajah Hanan mulai berubah. Mak tok yang perasaan akan riak wajah Hanan mulai bersuara.

"Hok mu ni doh kenapa Ria? Mak nok lepah rindu sama Hanan. Biar je la." Puan Suria mula senyum sinis.

"Anak pungut ni mak nak lepas rindu? Huh! Apalah sangat budak ni, nak kata istimewa sangat takde lah cume ade ja bala datang bila budak tu muncul!"

"Astaghfirullahalazim! Ria! Mu taudok hok mu cakap ape ni ? Main kabo je! Mak dok ajor mu cakap biadab gi tu, tau dok?!" Puan Suhaida sudah mula gerutu geram. Memang dari dulu adiknya Suria tidak menyukai Hanan. Selalu aja ejekan, maki dan pandang serong terhadap Hanan. Mata Hanan sudah berkaca-kaca, Mak Long mula mengusap belakang Hanan.

"Ria! Kaklong dok ajar tau mu cakap macam tu. Sape ajor mu jadi mulut celupar ni?" Mak long mula bersuara tegas. Dia pun tak faham juga dengan adiknya seorang. Puan Suria mula memberikan pandangan jelik terhadap Hanan.

"Semua nak bela kau budak! Anak pungut! Tak sedar diri kau tu menumpang kat keluarga aku dan kakak aku!"

"Cukup! Aku dah muak. Kau dik takde hak nak kutuk maki anak aku!"

[C] Please Remember Where stories live. Discover now