Bab 12

1.8K 81 0
                                    

Surat penukaran sekolah itu dibelek sekali lagi, seketika dia mengeluh berat.

Kalau boleh dia tak nak pindah tapi apakan daya, dia terpaksa berpindah ke Negeri Selangor.

"Uit, surat apa tu?" Tanpa berfikir panjang Zafran terus merampas surat dari tangan Hanan. Hanan terjerit kecil.

Terkejut!

"Kus semangat! Kau ni suka sangat terjah orang," kata Hanan dengan nada suara bengang. Zafran langsung tidak peduli, dia hanya baca bait ayat-ayat itu dengan teliti. Tiba-tiba riak mukanya berubah bagai tercekik tulang ayam.

"What is this? Kau nak tukar sekolah ke?" Zafran menyoal dengan riak muka tidak percaya.

Hanan ingin merampas kembali surat itu tapi Zafran mengelat. Zafran merenung Hanan dengan pandangan tajam.

"Jawab lah, aku tanya ni Nan. Kau nak tukar sekolah? Bila ni?"

Hanan mengeluh berat. Kalau diikutkan hati dia masih mahu menetap di sini tapi dia terpaksa ikut Qairul menetap di sana.

Lagipun ni masih awal bulan jadi tak ada masalah pun kalau dia pindah. Nama dia pun belum didaftar sebagai calon SPM di sekolah ini.

"Minggu depan aku dah takda lah. "

"What?! Seriously?!" Zafran terkejut dengan nada yang tinggi.

Hanan menyumpah seranah Zafran di dalam hati. Wajah Zafran jelas kecewa.

"Kau pindah dekat mana nanti?"

"Selangor..."

"Alahai... Mesti aku akan rindukan kau. Tak boleh lah aku tahu pasal Anna dari kau. Lepak dengan kau. Rancangan kita nak Anna jatuh hati kat aku mesti dah takda bila kau pindah. Nan jangan pindah!" Hanan membuat muka meluat. Ceh, ingatkan rindukan dia rupa-rupa pasal Anna.

"Dah nak buat macam mana? Aku terpaksa ikut keluarga aku." Atau dikatakan tepat lagi suami yang nun jauh di sana, getus Hanan.

Hanan mengeluh seketika dia mengingat balik malam pertama mereka semasa diijabkabulkan amat menyakitkan. Hatinya bagai ditoreh dengan pisau sehingga menusuk ke dalam sekali, sakit hanya dia dan tuhan yang tahu rasa perih dia sekarang.

"Kiyahhh!! "

Jeritan itu mampu membingitkan telinga Hanan.

Lamunan Hanan terus mati. Terus tangan Hanan melekap ke telinga.

"Ha, ingat ke dah kena sampuk tadi. Kalau tak menjadi aku azan kan je." Hanan merenungnya tajam. Berani dia jerit, nasib sekarang dia berada di tangga. Tapi kalau orang dengar lepastu buat onar tak pun datang ke sini, pasti boleh menimbulkan masalah.

"Kau ni kalau tak jerit tak boleh ke?!" Soal Hanan dengan nada yang marah lalu menjengkelkan mata.

Zafran menggosok belakang tengkuknya sambil tersengih kerang busuk.

"Aku dah panggil kau banyak kali tapi kau mengelamun macam dah kena sampuk. Tu yang cuba try jerit tu, kalau tak menjadi jugak aku azan je bagi jin dengan Syaitan tu keluar dari badan kau hehehe... "

'Pap! '

"Woi! Sakitlah!"

Buku yang setebal ibu jari itu dia ketuk kepala Zafran. Lawak lah, lawak? Hanan menjeling surat yang masih dalam genggaman Zafran lalu merampas dengan kasar.

"Ni baru buku, belum lagi penampar sulong aku ni." kata Hanan garang. Zafran menjuihkan bibirnya tanda mengejek.

"Macam aku kesah!"

[C] Please Remember Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ