Bab 50

1.3K 40 7
                                    

          Tangan asyik menongkat dagu memerhatikan tingkah laku sahabatnya dengan mata tajam. Anehnya, Qairul seakan mengelamun jauh. Tangannya yang memegang kain itu langsung tidak bergerak membersih mesin kopi seperti selalu. Dari jauh dia perasan wajah Qairul seakan terbeban kan sesuatu.

Tidak dapat menahan lagi, Eizhan berdiri lalu berjalan menghampiri Qairul yang masih termenung. Tidak sedar langsung kehadiran Eizhan yang kini sudahpun berdiri sebelahnya. Apabila Eizhan menepuk bahunya perlahan baru Qairul sedar.

"Kau ada masalah ke bro?" soalnya kedengaran risau.

Qairul diam. Dia hanya pandang mesin kopi. Lama.

"Tak ada apa lah," balasnya sepatah. Tangan yang mulanya terkaku kembali digerakkan untuk mengelap mesin kopi.

Eizhan memincingkan matanya. "Nak tipu pun agak-agak lah Rul. Macam aku tak kenal kau macam mana. Ni tak lain tak bukan mesti ada masalah."

Sekali lagi dia hanya diam. Tak rasa pun nak membalas kata-kata Eizhan yang  tepat kena dengan situasinya. Kerja kembali diteruskan. Dia hiraukan Eizhan yang masih menunggu balasannya.

"Atau kau ada masalah dengan Hanan?" Duga Eizhan. Serta merta pergerakan dia berhenti.

Matanya toleh ke arah Eizhan yang turut tidak lepas memandangnya.

Qairul hela nafas beratnya. "Tak, dia tak ada apa-apa masalah dengan aku. Ni hanya masalah aku sendiri."

Jeda.

Buntu dia dibuat seketika apabila Qairul masih terus menerus mahu sembunyikan masalahnya. Perwatakan lelaki itu seperti mengelat darinya.

Disebabkan itu dia ambil keputusan mendekati Qairul. Pelanggan pun tidak ramai tika ini jadi kesempatan itu dia gunakan untuk menyoal siasat Qairul di sini.

Tapi lain pula respon lelaki itu.

"Eiz tolong ambilkan order dekat meja depan sana," jerit Ibu Linda dari arah kaunter.

Eizhan kerling sekilas ke arah Qairul sebelum menapak pergi meninggalkan lelaki itu bersendirian. Biarkan, tunggu Qairul tenang dulu. Mungkin lelaki itu memerlukan masa dan ruang.

Bunyi kasut yang semakin menjauh menandakan Eizhan telah pun pergi. Qairul masih diam tidak berkutik sehingga dia mengangkat wajah merenung kain di dalam genggaman tangannya.

Dia termangu. Fikiran dia bercelaru dengan bermacam-macam masalah sampai ke hari ini. Ditepis macam mana sekalipun ia seakan bayang-bayang yang menghantui hidupnya. Masih ada lompong-lompong yang membuatkan kepalanya sesak berfikir. Puas dia fikirkan jalan penyelesaian sendiri, namun hasilnya dia yang sakit kepala.

Hari ini dia buat keputusan untuk berjumpa dengan Harith. Lompong-lompong yang ditinggalkan dalam kepalanya dia akan cuba diselesaikan sehingga tiada ruang sedikit pun yang tinggal.

🌸🌸🌸

          Sepanjang makan tengah hari, Qairul hanya diam. Harith juga begitu. Tidak bersuara. Fokusnya hanya pada makanan. Ternanti-nanti juga dia bila Qairul ingin keluarkan suara memandangkan lelaki itu yang menghubunginya untuk berjumpa dia di sini.

Tetapi sudah beberapa minit berlalu tetap sahaja Qairul tidak bersuara.  Harith tarik nafas dalam. Sesak dada dia kalau berterusan begini.

"Kau ada nak cakap dengan aku apa-apa ke? Aku tak nak buang masa. Lepas ni aku ada kerja pula yang perlu dibuat," Minuman disedut usai berkata. Kering pula rasa tekak ni.

[C] Please Remember Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt