Bab 62

1.6K 58 5
                                    

            Usai melakukan solat sunat rawatib dan solat isyak, Qairul ambil masa agak lama berteleku di surau kecil milik syarikatnya. Ayat-ayat suci Al-Qur'an yang tertampal mengelilingi dinding surau kecil ini direnung penuh dalam. Jam sudah naik ke angka 10 malam, namun tiada satu pun tanda-tanda Qairul mahu pulang ke rumahnya.

Hari ni Qairul rasa amat lelah, sampaikan dia cuma mahu duduk berseorangan diri di sini. Sejak petang hingga ke waktu malam, dia banyak meluangkan masa di surau ini. Pekerja-pekerja yang lain pasti akan balik awal mengikut arahan yang sudah Qairul tetapkan.

Semua pekerja di dalam syarikatnya dibenarkan pulang awal. Tidak dibenarkan sama sekali mengambil lebihan masa bekerja melainkan faktor-faktor yang muhasabah. Itu lah arahan dia kepada semua pekerja-pekerjanya. Qairul sangat menitik beratkan keselamatan pekerjanya. Tetapi hanya Thariq sahaja dia beri kelonggaran bekerja lebihan masa kalau lelaki itu mahu. Lagipun Thariq selalu menemaninya, di suruh lelaki itu balik pun, Thariq tetap masih berkeras mahu membantunya.

"Tuan ada kat sini rupanya. Puas saya cari tuan tadi."

Qairul berpaling ke tepi sedikit apabila suara yang dikenali itu menyapa halwa telinganya. Sedar-sedar sahaja Thariq sudah duduk bersila di tepi Qairul. Dahi Qairul sedikit berkerut.

"Kenapa pula cari saya? Ini dah lewat, kenapa awak tak balik lagi?" soal Qairul berwajah serius. Nadanya jelas kedengaran risau dengan keberadaan Thariq di sini.

Thariq mengukir senyum kecil.

"Saya nak balik dah tadi tapi saya nampak kereta tuan masih ada dekat parking. Saya cari tuan kat pejabat tapi tak jumpa. Sampai lah kat surau, saya nampak kasut tuan di luar. Ha, tahu lah saya tuan ada di dalam." Cerita Thariq bukan main panjang.

Qairul mengusap dahinya perlahan. "Awak tak perlu cari saya, dah lewat sangat ni. Sepatutnya sekarang awak dah perlu balik. Awak tahu tu kan?" Ujar Qairul, jelas tidak senang dengan keberadaan pembantunya di sini.

Thariq tarik nafas dalam. Wajah majikannya itu dipandang. Qairul masih serius. Lelaki itu benar-benar tak suka dengan tindakannya.

"Tuan selalu fikirkan tentang pekerja tuan tapi diri tuan sendiri? Ada tuan fikir? Saya yang pekerja tuan ni pun tak suka tengok tuan kerja lebih masa macam sekarang. Bagi saya tak adil kalau tuan boleh arahkan pekerja tuan balik awal sedangkan tuan di sini masih sebuk uruskan hal syarikat sampai lewat malam. Tuan langsung tak fikirkan pasal diri tuan sendiri," luah Thariq kedengaran kecewa. Wajahnya mengendur.

Qairul termanggu. Hatinya sedikit tersentak dengan kata-kata Thariq itu. Sangat menusuk.

Ya, dia sedar dia langsung tidak fikirkan diri sendiri. Dia cuma fikirkan orang lain. Kesihatannya juga langsung dia tidak fikir. Kepala yang berdenyut kerana hal syarikat  pun dia buat tak peduli.

Diam Qairul buat dia rasa tidak senang duduk. Nafas ditarik panjang.

"Maafkan saya tuan, saya tak patut cakap macam tu." Lirih dia memohon maaf.

Qairul senyum tawar.

"Tak apa, apa yang awak cakap tu betul. Saya faham," balas Qairul mendatar. Tenang.

Thariq tarik senyum tipis. Hatinya sedikit tenang bila Qairul berkata begitu Rasa bersalah yang menghempap ke dadanya terus menghilang.

Yelah, dia sedar dia cuma kerja di bawah Qairul. Rasa tidak layak menegur Qairul sangat tinggi. Selama ni dia cuma perhatikan sahaja tindak tanduk Qairul yang lebih gigih bekerja. Hidup lelaki itu hanya dipenuhi kerja sepanjang masa. Selama ni dia hanya tahan dan diam sahaja sampai ke saat ini, dia tidak mampu lagi untuk tutup rasa ini.

[C] Please Remember حيث تعيش القصص. اكتشف الآن