Bab 24

1.8K 85 2
                                    

     Setelah hidangan siap, Hanan segera membawa mangkuk berisikan bihun goreng ke meja makan. Pinggan dan cawan yang sedia ada di susun atur setiap baris kerusi meja makan. Selain dari makanan berat, roti bakar juga turut dihidang kalau-kalau Qairul tidak makan makanan berat waktu pagi sebegini.

Bunyi tepukan kuat dari arah meja makan telah mematikan segala kerjanya. Hanan segera menoleh ke arah gerangan itu dan matanya bertembung dengan anak mata helang gadis itu. Air liur ditelan payah.

"Apa kau dah tak ada rumah ke nak balik? Kenapa sini juga kau nak datang? Suka lah kau kan mak tok sebelah kan kau sampai marahkan mak aku. Dasar kurang kasih sayang." Berdesing telinga Hanan saat mendengar ayat keramat yang meluncur keluar dari bibir Syirah.

Dalam diam Hanan mengeluh. Sakit yang dirasa dalam hati hanya mampu pendam je. Kalau diikutkan rasa sakit hati, dah lama dia membidas kembali dengan ayat-ayat kasar tapi Hanan hanya mampu biarkan.

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Tanpa mempedulikan kata-kata gadis itu segera Hanan berjalan masuk ke dapur seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kalau dia melayan omongan Syirah boleh dikatakan dia tak ada beza pun dengan gadis itu jadi dia biarkan sahaja. Pandai-pandai lah Syirah faham sendiri bahawa dia tak nak melancarkan perang.

Bahu Hanan ditolak hujung jari Syirah tapi Hanan langsung tidak mengangkat wajahnya.

"Kau buat derk je aku cakap? Eh, kau dengar sini! Kau tu menumpang je tau... menumpang! Kau bukan ada darah pertalian dalam keluarga ni!" Jerkah Syirah kuat di telinganya. Hanan menarik nafas dalam sebelum mengangkat wajah kembali.

"Ya, aku tahu aku bukan asal keluarga ni tapi sekurang-kurangnya hormat lah aku macam tetamu. Tak boleh ke?" Balas Hanan mendatar. Tiba-tiba Syirah menarik muka Hanan dengan mencengkam kedua-dua belah pipinya.

"Nak hormat kau? Aku rasa kau tak layak digelar tetamu, sebab apa? Tak ada angin ribut tiba-tiba muncul je kau menagih kasih dengan mak teh dan mak tok. Kau nak tahu tak sebab apa aku benci sangat dengan kau? Disebabkan kau, mak aku dan mak teh selalu bergaduh. Aku rasa kalau tak wujud kau takdenye adik beradik mak aku gaduh semua ni." Sejurus selepas itu Syirah melepaskan cengkaman dengan kasar.

Hanan mendesis sakit. Terasa ngilu di bahagian tulang pipinya tapi ada yang lebih sakit dari kesakitan yang dialami sekarang.

Kenyataan dari Syirah membuatkan Hanan tergamam. Jadi selama ni mak su membencinya kerana kehadiran dia?

"Tapi aku tak minta pun semua ni berlaku," Suaranya berubah kendur, kata-kata Syirah bagaikan mencarik-carik di dalam hatinya.

"Memang kau tak minta tapi kau yang membuatkan keluarga aku pecah belah! Kau tahu tak, kau hanya anak pungut tau! Entah-entah mak engkau menjalang dengan jantan lain pastu hasil benih haram itu kau yang wujud! Manusia macam mak kau patut duduk dekat tepi lorong je!"

'Pang!'

Telapak tangannya yang terasa sakit dan kebas tidak dihiraukan. Hatinya lebih berkecamuk apabila Syirah dengan mudah bercakap lancang dengannya tanpa ada rasa bersalah pun.

Nafasnya turun naik menahan amarah yang kian membara. "Kau jangan berani cakap macam tu!Mungkin aku masih boleh bersabar kalau kau caci maki aku tapi bukan mak aku. Itu dah melampau namanya!"

Syirah memegang pipinya yang terasa berbahang akibat ditampar. Matanya merah merenung Hanan dengan tatapan tajam. Perasaan marah kian membara dalam dirinya.

"Kau siapa nak tampar aku ha?!" Meja makan itu ditampar sekuat hati. Wajah Hanan dipandang dengan penuh rasa benci.

"Aku siapa? Eh, kau jangan fikir aku diam selama ni kau boleh buat sesuka hati kau je tau. Kau siapa nak cakap mak aku tu perempuan lorong? Kau fikir kau tu hebat sangat ke?!" Jerkah Hanan membuatkan semarak api Syirah semakin membara.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now