Bab 53

1K 60 15
                                    

        Langkah di bawa menghampiri Eryn dan juga kawan-kawannya yang lain. Hanya tinggal Ayuni dan Lisa sahaja. Manakala Dee dan Mairah sudah pulang awal memandangkan Dee perlu mengikut ahli keluarganya berpindah ke perak. Mairah pula duduk bersama neneknya di Kelantan.

Lepas ni mereka hanya berhubung dengan number telefon sahaja lah. Agak kecewa Hanan kerana tidak dapat meluangkan masa lebih lama bersama Dee dan Mairah.

"Aku fikir nak jalan-jalan dulu sebelum balik. Nak ikut tak?" satu persatu wajah kawan-kawannya dipandang. Ayuni angguk kepala tanda setuju.

"Aku boleh! Lagipun kalau balik aku tak buat apa-apa pun," pantas Ayuni menjawab dengan bibir tersengih suka.

Lisa senyum lebar. Kini anak matanya beralih pula ke arah Eryn dan Hanan yang diam sedari tadi.

"Korang berdua tak nak ikut ke?"

Hanan toleh ke arah Eryn. Eryn juga memandang Hanan, hanya dia dan Hanan sahaja tahu bahasa bisu dia dengan Hanan.

"Aku kena pergi hospital, nenek aku kena masuk hospital sebab darah tinggi dia menaik sampai pengsan semalam. Jadi lepas ni aku nak melawat nenek aku," setelah lama Eryn mendiamkan diri akhirnya dia bersuara.

Lisa angguk perlahan. Perkhabaran tentang nenek Eryn yang jatuh sakit pada hari semalam sudah dikhabarkan oleh ibunya. Ibunya pula mendapat tahu daripada jiran-jirannya memandangkan nenek Eryn menetap bersama keluarga Eryn di bandar Kuala Lumpur.

Wajah Hanan dikerling. Lisa angkat kening sebelah.

"Kau, Hanan?"

Hanan sengih. Kepalanya perlahan-lahan menggeleng.

"Aku datang sini dengan Eryn. Jadi aku kena ikut dia ke mana dia bawa aku."

Lisa menghelakan nafas panjang. Mukanya sudah berubah muram. Sedih hatinya tatkala Hanan dan Eryn tidak dapat mengikut keluar bersama-sama.

"Alah Lisa, nanti lepas semua keadaan dah okey kita keluar sama-sama dengan ada Dee, Mairah, okey?" Lembut Eryn memujuk Lisa yang sudah berubah monyok di sisi Ayuni. Sedih pula rasa.

Lisa berpaling ke arah Eryn. Wajahnya tidak dapat dibendung perasaan sedih langsung.

"Tapi boleh ke? Mesti masing-masing nanti sebuk," perlahan Lisa bersuara. Eryn pandang Lisa lalu senyum tipis diberikan.

Dia bangun dari duduk lalu menghampiri Lisa. Bahu Lisa dipeluk mesra.

"Aku yakin nanti mesti kita ada buat  reunion satu kelas. Waktu tu semua yang sebuk akan datang ramai-ramai. Entah-entah waktu tu ada salah seorang kawan kita kahwin awal," kata Eryn kedengaran teruja. Sempat dia menjeling Hanan yang duduk di hadapan sebelah kanannya. Sengaja.

Semesti yang dijangka riak wajah Hanan berubah. Hanan ketap bibir. Perasan dengan jelingan Eryn, terasa darah menyerbu ke mukanya. Panas!

Malu pun ada! Eryn tak sah kalau tak menyakat.

"Ye juga kan? Entah-entah ada yang dah ada anak kan? Kau agak-agak siapa kahwin dulu?" Ayuni bersuara setelah lama dia mendiamkan diri. Topik kali ini tiba-tiba dia rasa berminat nak lontarkan kata-kata.

Eryn kerling ke arah Hanan sekilas.

"Aku rasa Hanan kahwin dulu," petik Eryn tanpa rasa bersalah. Bibirnya menyinis.

Buntang biji mata Hanan. Terkejut bila namanya disebut tiba-tiba.

"Eh, mana ada!" Cantas Hanan laju. Kepala menggeleng laju.

Gila! Eryn memang suka buat jiwa dia tak tenteram!

"Iye juga kan? Aku pun rasa macam tu," balas Ayuni dengan wajah bercahaya. Lisa pula dah terkebil-kebil memandang mereka yang tiba-tiba membuka pasal topik siapa kahwin dulu ni.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now