Bab 38

1.4K 84 5
                                    

     Hanan menghampiri Puan Zainun dan juga Encik Azril yang berdiri di depan pintu rumah. Wajah sembab Qiyadh di dalam dukungan Ziyad Hanan tatap dengan berat hati.

Sempat pula Qiyadh buat drama air mata gara-gara mahu menghalang Qairul dan Hanan dari pergi. Melalak  nak ikut punya pasal. Ziyad juga hanya mampu menggeleng dengan kerenah Qiyadh.

"Kakak cantik... Nak ikut..." Qiyadh mencebik bibir. Air mata juga jelas mengalir di pipi anak kecil itu. Ini yang bikin lemah ni.

Hanan senyum tipis lalu tangan kecil Qiyadh di capai sebelum diusap.

"Ril... Jangan macam ni. Tak kesian ke dekat mama dan papa? Insyaallah nanti kakak datang sini balik lepastu kita main sama-sama, okay?" Pujuk Hanan lembut. Qiyadh mengusap air matanya di hujung baju sebelum menatap kembali ke arah Hanan.

"Betul ni?"

Hanan mengangguk yakin. Baru nampak senyuman yang terlakar di bibir anak kecil itu kalau tidak masam je muka tu.

"Okay! Ril tunggu tau!"

Qairul mula menghampiri mereka setelah selesai mengangkut barang dalam bonet kereta. Tangan Puan Zainun dicapai lalu dikucup lembut.

"Hati-hati memandu." Pesan Puan Zainun.

Qairul mengangguk tanda akur dengan pesanan Puan Zainun. Giliran Hanan pulak mengucup tangan Puan Zainun, tidak lama kemudian Puan Zainun menarik Hanan masuk ke dalam pelukan. Hanan sedikit tergamam, namun kemudian senyuman kecil diukirkan, lantas dia membalas balik pelukan itu.

"Kalau Shad buli Ikha bagi je tahu mama ye? Shad ni suka sangat membuli dia. Nanti kalau dia buli Ikha mama kasi pulas telinga dia sampai merah," ujar Puan Zainun dalam bergurau. Hanan ketawa kecil lalu menganggukkan kepala tanda setuju.

"Okay mama, nanti Ikha bagi tahu."

"Mama!" Qairul bersuara. Ingat dia tak dengar ke apa yang mereka borak kan? Hanan menekup mulut menahan tawanya. Puan Zainun hanya tersengih sahaja.

Qairul memang tidak boleh diusik sedikit! Telinga tu tajam je mendengar.

"Mama gurau je lah, kamu ni pun. Tapi kalau betul pun tak apa, kalau mama dapat tahu kamu buli Ikha ni memang kena dengan mama kaw kaw."

Tergelak semua yang berada di situ. Qairul pula hanya buat muka tidak peduli. Tidak terkesan. Tangan Encik Azril pulak Qairul kucup diikuti Hanan. Selesai sesi bersalaman, mereka berdua mula meminta diri.

"Shad pergi dulu ya," kata Qairul. Encik Azril mengangguk.

Qairul masuk ke dalam kereta lalu seatbelt di tarik dan dipakai dengan cermat. Hanan juga mengikut rentak Qairul.

Setelah memastikan kereta betul-betul panas, kereta yang dipandu akhirnya membelah jalan raya. Sempat juga hon dipicit kepada ahli keluarganya sebelum meninggalkan parkarangan rumahnya.

Suasana di dalam kereta sungguh sepi sehingga Qairul mengambil tindakan untuk membuka radio. Kedengaran celoteh DJ sahaja yang bising kan ruang kereta yang dinaiki.

Tidak semena-mena Qairul mengalihkan wajah, dia merenung tangan Hanan sebentar. Qairul menyembunyikan senyum. Teringat pula kejadian malam semalam. Gara-gara dia menyembunyikan cincin gadis itu, Hanan terus tidur atas sofa tanpa mempedulikan dia. Rasa nak tergelak pula tengok rajuk gadis itu. Qairul berdehem sedikit untuk membasahkan tekak sebelum bersuara.

"Pakai pula, ingatkan tak nak pakai dah."

Hanan juling kan mata ke atas. Dah mula dah sesi Qairul cari gaduh dengan dia. Dah tak ada modal agaknya.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now