Bab 1

4.4K 157 0
                                    

     Angin yang menyapa ke kulit mukanya membuatkan suasana tenang. Hayunan buaian di perlahankan sedikit.

Taman ini yang menjadi tempat mengisikan waktu kebosanan dia. Kepala di dongak ke atas apabila burung berkicauan di atas pokok.

Tengah kusyuk Hanan melayan perasaannya, tiba-tiba buaiannya ditarik sehingga menyebabkan dia hendak jatuh. Terjerit kecil dia apabila punggungnya mencecah ke tanah.

'Kedebuk!'

Dahinya mula berkerut menahan sakit. Beberapa kali bibirnya mengaduh sakit menerima hentakan di bawah punggungnya. Hanya Allah je yang tahu betapa peritnya sakit yang dia tanggung.

"Aduh! Sakitnya." Hanan mendesis sakit. Pinggangnya digosok meredakan kesakitan yang menyengat sebentar tadi. Kepala mula meliar mencari sosok tubuh yang membuat nasib dia malang hari ni.

Ni kalau jumpa ni memang kena lah dengan dia!

Huluran tangan itu membuatkan Hanan terpaksa mendongak. Naik merah dia apabila abangnya berada di hadapannya sambil mencangkung. Tanpa dapat di tahan perasaan ini, terus di pukul dada abangnya, Shazryl Iman.

Wajah Syazryl mula berkerut, mungkin sakit barangkali.

"Hey! Abang ni! Sakit tau adik ni! Dari dulu tak berubah macam budak-budak. Harap je belajar oversea tapi perangai tak ubah macam budak-budak makan aiskrim seringgit!" Dikutuk Syazryl dengan wajah yang masam.

Tangan yang dihulur Hanan buat tak endah. Nak merajuk!

"Amboi, kutuk nampak. Mulut tu dah lama tak cuci gamaknya sejak abang jarang pulang. Nak abang cuci kan ke?"

Hanan menjeling Syazryl dengan riak menyampah. Eleh nak cuci konon!

"Sejak bila abang balik ni? Tak bagi tahu adik pun. Sampai hati abang buat adik macam tunggul kayu, sudah lah buat adik jatuh pastu tak bagi tahu adik nak pulang pulak tu." Hanan memuncungkan mulutnya sedepa.

Syazryl ketawa besar. Itu pun mahu merajuk!

Hidung mancung milik Hanan di tarik sehingga kemerahan. Geram tengok muka adiknya seperti budak 5 tahun merajuk.

"Ey! Abang Ryl ni! Orang tengah cakap dia tarik hidung orang pulak!" Tawa Shazryl meletus saat riak muka Hanan jelas kelihatan bengang dengan sikap usiknya.

"Apa pulak bising-bising ni? Ryl? Sejak bila kamu pulang ni? Ya Allah budak bertuah ni!"

Suara Puan Suhaida yang mencelah, mematikan segala perilaku mereka berdua. Hanan memeluk tubuh sambil bibirnya ditarik muncung.

Hidung yang tidak terasa gatal itu digaru. Tersengih kerang busuk Syazryl apabila umi nya sudah mencekak pinggang sambil memberikan pandangan tajam.

"Ala umi, saja nak buat surprise. Tak happy ke Ryl balik?"

"Bukan macam tu. Kalau kamu bagi tahu umi yang kamu balik tahun ni. Umi dah banyak masak lauk untuk kamu. Ini umi masak biasa-biasa je. Itu lah, kamu suka sangat kejutkan orang."

Semakin panjang lah bibir Hanan tatkala Puan Suhaida seperti melebihi abangnya berbanding diri dia.

Puan Suhaida juga tahu kenapa anak lelakinya jarang pulang. Salah satunya sebab Syazryl ingin mengelak daripada Hanan dan disebabkan itu, Puan Suhaida berasa sedih kerana ketahui anak-anaknya bukannya mahram, malah itu membuatkan dia takut apabila Hanan mengetahui akan status diri dia yang sekadar anak angkat diambil dari rumah anak yatim.

Ya, Hanan bukan anak kandungnya. Malah gadis itu hanya anak angkatnya. Hanan langsung tidak ketahui statusnya. Semuanya kerana rahsia ini dia dan suaminya simpan penuh kemas dan rapi.

Tetapi Puan Suhaida tahu, lambat laun Hanan akan tahu statusnya yang satu itu juga.

Tentang Hanan, kata tuan punya rumah anak yatim,  Hanan sejak dari lahir kedua-dua ibu bapanya sudah tiada. Tak tahu sudah mati ataupun hidup. Hal itu paling dia takuti.

"Umi ni! Dengan abang masak sedap-sedap. Tak aci!" Bergema tawa Syazryl. Cemburu tak bertempat!

Puan Suhaida hanya diam saat Hanan merajuk.

Serta merta dia terfikir, macam mana perasaan Hanan jika status dia terbongkar? Hanan akan marahkan dia?

"Aci kat india. Umi sayangkan abang Ryl tak macam adik hahah!" Ejek Syazryl bukan main galak menyakat adiknya.

"Hey! Abang jahat!" Dicubit berkali-kali pinggang abang Syazryl yang berlapikkan t-shirt hitam dengan kuat.

Geram dia apabila Syazryl menyakat dia. Tanpa mereka sedar, Puan Suhaida hanya memerhatikan gelagat mereka dengan muka yang muram dan sedih. Walaupun Syazryl sudah bertahun-tahun tidak balik tapi keakraban mereka masih seperti biasa.

'Ikha... maafkan umi. Walaupun Ikha bukan anak umi tetapi hanya anak angkat, umi nak Ikha tahu kasih sayang umi terhadap Ikha takkan pudar sampai bila-bila. Umi sayangkan Ikha seperti mana umi sayangkan anak umi.'

Mungkin ini masanya. Puan Suhaida rasa ini lah waktunya untuk dia turuti wasiat arwah nenda kawan baiknya yang telah berkurun lamanya.

Dia harap, ini keputusan yang betul untuk anak-anaknya.

"Maafkan Umi, Ikha. Umi buat ni untuk kebaikan Ikha," bisik nya perlahan.

Demi anaknya Hanan, dia mahukan yang terbaik seperti anaknya Shazryl, walaupun Hanan masih di bawah umur dan tahun ini dia bakal menjalani peperiksaan besar tetapi demi kebaikan Hanan, dia sanggup walau apa sekalipun.

🌸🌸🌸

[C] Please Remember Where stories live. Discover now