Bab 7

1.8K 81 0
                                    

     "Ikha.. "

Hanan menoleh sambil memberikan senyuman manis. Puan  Suhaida mula mengambil tempat di sebelah Hanan.

"Umi nak cakap dengan Ikha boleh?"

Puan Suhaida nekad, dia ingin berterus terang tentang diri Hanan dan tentang perkahwinan itu. Senyuman Hanan yang manis mula bertukar menjadi kelat. Dia tersenyum hambar dan mengangguk dengan perlahan. Dia tahu apa yang Puan Suhaida ingin katakan.

"Adik... Umi tahu umi kejam sebab sembunyikan semua ni dari pengetahuan Ikha, sepatutnya adik berhak tahu semua ni tapi umi tak sanggup nak beritahu adik." Akhirnya Puan Suhaida berterus terang. Hanan cuba untuk menyembunyikan riak wajahnya walhal dirinya mula sebak.

"Umi minta maaf, sebenarnya adik bukan adik kandung umi malah adik cuma anak angkat umi. Umi minta maaf dengan adik sebab sembunyikan semua ni. "

Hanan menundukkan wajahnya. Perasaan sedih cuba untuk disembunyikan. Dia harus kuat, dia tak nak menangis di hadapan umi.

Hanan menepuk tangan Puan Suhaida dan memberikan senyuman yang manis bagi menutup rasa sedihnya.

"Adik tahu, umi tak perlu minta maaf, bagi Ikha cukuplah umi jaga adik dari kecil sampai besar macam ni. Tanpa umi mungkin adik takkan dapat rasa kasih sayang seorang ibu, bapa dan abang.

Ikha bersyukur sebab umi menerima kehadiran adik sebagai anak angkat. Walaupun adik bukan keluarga kandung umi tapi bagi Ikha umi lah ibu yang terbaik begitu juga walid dan abang Ryl. Umi, walid dan abang Ryl tetap keluarga Ikha selama-lamanya. Jasa umi dan walid, adik takkan lupakan semua tu."

Puan Suhaida terpempan. Di pandang riak wajah tenang milik Hanan, fikirnya Hanan akan memarahinya dan hubungan mereka mungkin akan dingin tetapi ternyata apa yang difikirkan melesap sama sekali.

Tubir mata Puan Suhaida mulai memanas. Hanan, anak yang baik baginya, tanpa Hanan mungkin keluarganya tidak sebahagia ini.

Terus di tarik Hanan masuk ke dalam dakapannya, air mata yang ditahan perlahan-lahan mengalir.

"Umi minta maaf sayang, um..."

"Shh... Adik faham umi pasti ingat Ikha tak boleh terima ni semua. Adik redha dengan semua ini, ini yang Allah kurniakan umi dan walid pada adik. Adik bersyukur dengan ketentuannya." Diusap belakang badan Puan Suhaida walaupun air mata dia hampir menitis, dia harus kuat. Dia tak boleh menonjolkan sifat lemah di hadapan umi.

"Sayang, umi ada benda nak cakap dengan Ikha." Terus Puan Suhaida memegang bahu Hanan, wajahnya yang berair sedikit tidak dipeduli. Dia harus jujur dengan Hanan.

"Ikha, umi minta sangat dengan adik. Ikha tolong tunaikan permintaan ini. Tapi kalau Ikha tak nak tak apa umi tak paksa." Perasaannya mula berdebar walaupun dia sudah tahu apa yang umi mahu dibincangkan tapi lidahnya kelu. Terasa berat mulut untuk bercakap.

"Umi nak Ikha kahwin dengan anak kawan umi . Please umi merayu sangat." Kini Hanan serba salah. Dia buntu mahu fikirkan sama ada mahu berkahwin dengan abang Ryl nya 7 bulan akan datang atau mengikut aturan umi? Ya Allah bantu ni lah hamba mu yang kerdil ini.

'Ya Allah aku buntu, bantu lah aku ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk semua ni. Perlukah aku menerima pinangan abang Ryl? Jika aku menolak pinangan umi pasti walid dan umi kecewa aku tak nak semua itu berlaku, tetapi kalau aku menolak pinangan abang Ryl pasti abang Ryl akan membenci aku dan tidak menganggap ku adiknya lagi. Ya Allah aku buntu!'

Di pejam mata, dia perlukan masa, kali ini je dia perlukan ruang.

"Ikha perlukan masa untuk fikirkan semua ni. Ikha nak solat istikharah dulu. kalau dia jodoh adik, insyaallah dia lah jodoh yang tuhan hadirkan."

[C] Please Remember Where stories live. Discover now