Bab 40

2K 85 7
                                    

      Hanan senyum sinis. Sengaja basikal dikayuh dengan kadar yang laju. Amaran daripada si suami langsung tidak diendahkan.

"Hanan! Kau nak bunuh aku ke?!" jerit Qairul agak kuat di belakang Hanan. Risau dengan keadaan mereka yang agak terhuyung-hayang. Kalau jatuh ni memang tergolek-golek mereka dekat tepi jalan tar ni.

"Alah, awak ni rilek lah. Saya ni pernah race  basikal tau. Dapat johan lagi," kata Hanan bukan main lagi angkuh. Qairul mengacip giginya.

"Aku tak kesah lah kau dapat johan race  ke, apa ke tapi bawa lah perlahan sikit. Kalau jatuh ni bukan kau je jatuh, dengan aku-kau sekali jatuh. Kau nak ke?"

Hanan mengangkat bahu. Buat tak endah sekali lagi.

"Tawakal je lah. Allah kan ada."

Wajah diraup sekali lagi. Boleh gila dia kalau hari-hari menghadap Hanan macam ni. Baru sahaja Qairul ingin membalas tiba-tiba pedal brek ditekan mengejut. Qairul yang agak terkejut terus menolak Hanan dan berdiri untuk menstabilkan dirinya.

Dung!

"Hanan!"

Berlari-lari Qairul mendapatkan Hanan. Basikal yang menghempap tubuh badan Hanan lagi menyukarkan pergerakan gadis itu. Berkali-kali Hanan mendesis rasa sakit yang menghinggap di tubuh badannya.

Qairul menarik basikal Hanan dari menghempap tubuh genit gadis itu lalu dicampak ke tepi. Qairul mencangkung di depan Hanan lalu tubuh badan gadis itu diperiksa.

"Kau ada sakit kat mana-mana?" soal Qairul dengan muka penuh risau. Badan Hanan tidak henti dibelek-belek. Mencari sebarang luka yang singgah di tubuh kecil itu.

Hanan mengemam bibirnya. Rasa sakit di tapak tangannya dan juga kaki membuatkan Hanan rasa nak menangis.

"Sakit..." Tapak tangannya yang luka itu ditunjuk ke arah Qairul. Air matanya bergenang di pelupuk mata.

Qairul mencapai tangan Hanan lalu ditiup lembut. Cuba memujuk gadis itu, walhal dia cuak juga kalau Hanan menangis. Tengok mimik wajah gadis itu pun dia dah  tahu, Hanan tengah tahan dirinya daripada menangis.

"Tak apa, sakit sikit je kan. Tahan, okey?" pujuk Qairul cuba menenangkan Hanan.

Hanan mengusap pipinya yang basah lalu dia mengangguk. Setelah merasakan suasana sedikit tenang, Qairul berdiri.

"Kau boleh bangun tak?"

Hanan mengangguk. Dengan kudrat yang masih tersisa Hanan cuba bangun, namun tidak sampai dia berdiri tegak tubuhnya kembali hendak jatuh.

Qairul pantas menangkap tubuh Hanan. Pinggang gadis itu dipeluk erat. Hanan juga begitu.

"Saya sakit sangat lah. Saya rasa macam tak boleh berjalan je," kata Hanan dengan muka berkerut tahan sakit yang bukan dibuat-buat.

"Kalau macam tu aku gendong kau lah." Itu sahaja idea yang mampu Qairul fikirkan. Hanan pantas mendongak ke atas.

"Awak biar betik nak gendong saya. Saya dah lah berat. Tak nak lah saya." Tolak Hanan keras.

Qairul merenung Hanan dengan mimik muka ketat. Tengah sakit-sakit macam ni pun gadis itu nak berdegil.

"Jangan nak ikutkan kepala angin kau tu sangat boleh tak? Kau tu dah lah sakit. Aku dah cakap bawa perlahan-lahan tapi kau degil nak tunjuk hebat juga yang kau ni pandai sangat bawa basikal. Tengok lah sekarang, Allah bayar cash sebab kau tak ikut cakap suami kau," bebel Qairul sengaja menambah rasa bersalah dalam diri gadis itu.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now