TNKP | 3

3.9K 243 25
                                    

  Kai mendekati seorang jejaka yang sedang berlatih di tengah-tengah gelanggang itu.

  "Weh, aku nak ke bumi sekejap. Kau tahu tak mana yang lain pergi?" soal Kai dengan matanya yang meliar mencari Dark Knight yang lain. Sesekali dia menoleh memandang putera Kerajaan Demon itu.

  "Oh, pergi sahajalah. Yang lain eh? Entahlah. Aku tak nampak diorang dari pagi lagi. Rez mungkin dalam perpustakaan dia. Si kembar pula mungkin sedang berlatih dengan Lisya dekat halaman belakang istana," jawab Ray sebelum melibas pedangnya ke arah sebuah patung kayu.

  "Okay."

••••

  Kai berjalan mendekati tiga orang gadis yang sedang berlatih di halaman belakang istana. Tangannya diseluk ke dalam poket hoodie.

  "Sekarang cuba sihir ni. Sihir ni mudah dan ringkas. Sihir ni sihir asas lebih-lebih lagi kepada pemain pedang," jelas Delisya. Dia melihat si kembar sedang berlatih sihir ke atas pedang mereka untuk menajamkan pedang itu. Kelihatan Ryn yang berjaya tetapi Ryssa yang masih terkial-kial.

  "Ergh...." rungut Ryssa.

  "Cuba sampai berjaya. Waktu berperang, mesti pedang kau akan tumpul jadi kalau kau guna sihir ni, senang sikit," bebel Delisya.

  "Hai, korang!"

  Mereka bertiga mengalihkan pandangan. Susuk tubuh seorang lelaki yang berjalan mendekati mereka dipandang sekilas sebelum latihan disambung semula.

  "Hei, janganlah palau!" marah lelaki itu.

  "Kau nak apa, Kai?" soal Ryn dengan nada menyampah.

  "Erm... Siapa tengah lapang sekarang ni?" soal Kai dengan sengihan.

  "Kau cakap macam kitorang ni tengah buat bodoh," sindir Delisya dengan jelingan tajamnya.

  "Erk... Apa-apa sahajalah. Cepatlah, siapa nak teman aku ke bumi?" soal Kai lagi.

  "Nak buat apa?" soal Ryssa pula setelah lama berdiam diri.

  "Aku nak intip pergerakan Light Knight. Dengar kata mereka tengah cari puteri pahlawan malam. Kalau macam tu, kita ada peluang untuk rembat guardians yang ada dekat Kerajaan Guardian." Kai menjelaskan tujuannya mahu ke bumi. Yelah, selama kedua kumpulan itu 'bergaduh', tujuan mereka hanyalah melindungi dan merampas guardian selain menakluk kerajaan masing-masing malangnya langsung tidak pernah berjaya.

  "Malaslah aku. Tiba-tiba rasa malas pula nak belajar sihir. Maaf, Lisya. Aku nak pergi kacau Rez sekejap. Alang-alang tu bolehlah aku belajar sikit daripada dia," kata Ryn sebelum beredar pergi, meninggalkan ketiga mereka.

  "Aku nak sediakan posyen. Cau."

  Ryssa pasrah. Dia menghalakan tangan ke hadapan sebelum membuka portal. Setakat ini, sihir itulah yang paling mudah baginya. Walaupun hakikat, bagi orang lain sihir itulah yang paling susah kerana memerlukan banyak tenaga.

  ••••

  "KYAAA!! JADI TEMAN LELAKI SAYA!" Para gadis dalam sekolah itu menjerit tatkala terlihat susuk tubuh tiga orang jejaka kacak, L, Rayyan dan Hanz. Mereka langsung tidak menyedari bahawa anak mata jejaka bernama L sudah hampir bertukar merah. Tahap kesabarannya hampir hilang kala itu.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now