TNKP | 41

2K 155 20
                                    

  Pagi yang indah itu telah 'dicemari' dengan beberapa adegan bersemut sehingga menyebabkan Rys sendiri rasa nak tendang mereka ke angkasa. Antara pasangan semut yang sedang bergula ialah...

  "Makan elok-elok. Mulut kau comot." Rayyan mengambil tisu lalu bibir dan pipi si gadis dilap.

  Violet dan L yang melalui bangku pasangan semut itu duduk terkejut. Setahu mereka, Rien seorang yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Macam mana boleh comot?

  Manakala gadis itu pula sudah membahang pipinya. Wajahnya yang memerah ditutup dengan rambut panjang paras pinggangnya. Disebabkan rambut depannya dipotong gaya bangs paras mata, tidak dapatlah dia tutup seluruh muka.

  Violet dan L meneruskan langkah ke kota Kerajaan Naga. Ya, mereka berada di Kerajaan Naga. Pasangan kembar pari-pari dan pasangan kembar angel turut berada di kota. Jejaka guardian singa dan harimau itu pula menguruskan sistem Secret Kingdom. Enam orang puak kegelapan telah kembali ke kerajaan mereka.

  Pasangan kembar Hanz dan Hanza kini elok beradu rumah kesayangan mereka. Mereka berdua mempunyai rumah sendiri di Kerajaan Naga dan Kerajaan Angel. Rumah yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain. Terletak di tengah-tengah hutan, dikelilingi alam yang menghijau, fauna yang asyik berbunyi-bunyian dan tasik yang indah. Erk?

  Cuti sekolah, biasalah kan? Ada yang keluar bersama, ada yang tidur, ada yang lepak. Hahaha korang pula?

••••

  Pinggang ramping gadis itu ditarik ke dalam pelukan. Gadis itu mula memerah wajahnya.

  "L.... Lepaslah!" Violet merayu.

  "Kita jalan-jalan je, Violet," pujuk L dengan lembut.

  'Jalan-jalan kepala kau! Sampai peluk-peluk!' desis hati Violet. Tiba-tiba dia terdiam. Agak-agak dia dengar tak suara hati aku? L ni pembaca minda kan?

  L memandang Violet dengan pelik. Manakan tidak kalau gadis itu sedang berkerut-kerut wajahnya. Terus pinggang Violet dilepaskan. "Kau sakit ke? Atau panas?"

  Violet tersedar daripada lamunan. Dia memandang L dengan riak yang cuba dikawal. "Err..."

  "Apa-apa jelah." L membawa gadis itu ke sekitar kota. Sepanjang hari itu, dia tersenyum suka.

  Violet menghela nafas lega. Dia memandang wajah L yang ceria itu. Rasa hairan juga.

  Buk!

  "Violet, kau okay tak?" soal L dengan gelabah. Riak risau jelas terlihat di wajah kacaknya.

  "Jangan risau... Saya okay je," balas Violet dengan senyuman semanis gula.

  L terpana. Dia kaku di situ. Ah, sudah.

••••

  Rayyan memerhatikan wajah Rien yang putih mulus dan bebas daripada minyak mahupun jerawat. Rien yang berasa tidak selesa terus memalingkan wajah ke arah lain. Rayyan tetap tidak mengendahkan perasaan aneh itu, dia terus menatap wajah Rien. Sesekali rambut panjang gadis itu dielus lembut.

  "Rayyan, berhenti. Sa... Saya tak selesa," akui Rien. Wajahnya ditundukkan.

  "Kau cantik..." Rayyan tersenyum.

  "Rayyan...." rayu Rien.

  "Kau pakai wangian apa, Rien? Haruman kau terlalu wangi," puji Rayyan. Rambut panjang Rien dipintal dengan jari.

  Reaksi spontan, Rien menepis tangan Rayyan. "To... Tolonglah, Rayyan..." Rien betul-betul rasa nak menangis. Setitis air mata jatuh ke pipi mulusnya.

  Rayyan tersentak. Air mata itu dilap dengan ibu jarinya. Pipi gadis itu dikucup lalu tubuh itu ditarik ke dalam pelukan. Rambutnya diusap lembut.

  Rien terkaku. Pandangan hairan dilemparkan kepada jejaka itu.

  "Shhh..." Jari telunjuk diletakkan di bibir gadis itu. Tubuh Rien yang menghadapnya dibalikkan ke hadapan. Tangannya merangkul pinggang Rien dari belakang.

  Rien menutup wajah. Kalau boleh, rasanya jantungnya sudah berada seribu kilometer ke hadapan!

  "Eh, Rayyan? Rien?" sapa seseorang.

  Mereka mengangkat wajah dan riak Rayyan bertukar keruh. Perlu ke dia ada di sini?

  Ya, betullah tu.

  Syakila.

••••

  "Stresssss!" jerit Rise. Rambutnya yang tersikat rapi dikusutkan.

  Leo memandangnya dengan pandangan menyampah. "Kau kenapa?"

  "Weh, jomlah kita pergi Kerajaan Naga. Aku streslah," rungut Rise.

  Leo menggeleng. "Siapkan kerja kau dulu."

  Rise menggulingkan bebola matanya. "Kau ni. Bukan selalu pun."

  "Dan bukannya selalu kita balik kerajaan ni," bidas Leo dengan senyuman senget. Dia kembali memandang laporan yang elok bersepah di atas meja kerjanya. Okay, kalau nak tanya, sekarang ini mereka berada di perpustakaan. Jangan ditanya kenapa.

  "Weh weh weh... Aku nak keluar kejap." Rise tersengih. Dia bangkit dari kerusi lalu menggeliat seketika. Lenguh weh duduk dekat kerusi tanpa pergerakan dari pagi hingga tengahari. Hanya tangan dan mata yang bergerak. Sadis kan?

  "Aku tahu kau nak lari. Yelah yelah. Mengada-ngadalah kau ni!" bebel Leo. Fail-fail kerjanya dikemas lalu dibawa ke bilik kerja, meninggalkan Rise yang sedang tersengih riang.

  Disebabkan sikap kebudak-budakan Rise yang sesat itu, terpaksalah Leo mengekori jejaka harimau itu ke Kerajaan Naga. Bak kata Rise, dia cemburu. Yang lain sibuk dengan hal kehidupan, mereka sibuk dengan hal kerajaan. Akhirnya kepala Rise diketuk oleh Leo. Leo membalas dengan, "Kita perlu lindungi kerajaan ni. Secret Kingdom menempatkan makhluk purba jadi kita kena jaga baik-baik."

  Mata Leo meliar melihat keadaan yang nampak sibuk. Terdapat sekumpulan naga-naga kecil yang sedang bermain-main. Kehidupan mereka tidak jauh beza seperti kehidupan naga Secret Kingdom. Cuma yang membezakan mereka, naga kerajaan ini mampu berubah kepada manusia. Naga di Secret Kingdom tidak boleh berubah kepada manusia.

  Sedang dia memerhati, pandangannya tertancap kepada sepasang kembar yang asyik melayan kerenah para naga kecil. Wajah mereka ceria sahaja. Dalam diam, Leo tersenyum senang.

  "Eh, hai Leo! Rise!" sapa Aurora yang ternampak kelibat dua sahabat itu.

  Leo sekadar melambai semula gadis itu. Dia menoleh ke tepi, mencari Rise. Dia memandang kembali pasangan kembar pari-pari itu lalu dia menepuk dahi. Sah, Rise sudah senget! Setahunya, Rise bukanlah seseorang yang mudah mesra tetapi entah kenapa elok sahaja dia bersandar di batang pokok di bahagian atas sambil tersenyum melihat gelagat Star dan Aurora melayan kanak-kanak naga itu.

  "Hmm... Hari ni hari lepaskan stres," gumam Leo sebelum dia sertai Rise di atas pokok.










To be continued

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now