TNKP | 44

1.9K 155 12
                                    

  Ternganga pasangan kembar pari-pari dan pasangan kembar manusia-fantasi itu. Entahlah mereka berdua keturunan apa. Katanya syaitan. Ya eh? Hehehe...

  Sebuah istana kegelapan tersergam indah di hadapan mereka. Seperti yang dijangka, langit itu gelap. Tiada cahaya matahari langsung. Sekadar bergantung kepada cahaya bulan. Bintang yang berteraburan di angkasa sedikit sebanyak menambahkan lagi kecantikan angkasaraya itu.

  "Selamat datang, semua," ucap Delisya dengan senyuman. Okay.... Ini kali pertama Delisya berkata tanpa nada sarkastik. Ahaha...

  "Wow, cantik!" puji Rise. Dia berasa kagum akan keindahan alam itu. Walaupun sudah beberapa kali dia ke sini, eh kantoi! Tapi dia masih duka dan kagum setiap kali menjejak kaki ke sini.

  "Jadi... Mereka tinggal di istana?" soal Leo. Mata orennya tajam melihat demon yang berada di sekeliling mereka.

  "Yup!" jawab Ryssa dengan sengihan. Tubuh Rien dan Star dirangkul erat. Eh eh sesuka hati je budak ni.

  "Tuanku!" Seekor demon jenis ayam datang menghadap Putera Ray. Apa, nak gelak? Ingat ayam ni lemah ke? Sekali dia cakar dan patuk kau, meraung cari orang nak mengadu. HAHAHAHA.

  "Perintahkan para dayang menyediakan enam buah bilik buat mereka berenam," titah Ray.

  "Ehhh... Takpe-takpe. Saya dan Rien kongsi bilik sahaja," pintas Violet.

  "Kami berdua pun!" sahut Aurora dan Star.

  Ray memandang mereka. "Enam buah bilik."

  "Baik, tuanku!"

  Rien, Violet, Star dan Aurora memandang Ray dengan tajam.

  "Istana ni banyak bilik. Apa kau ingat depan sahaja? Istana ini besar kau tahu!" Ray memuji istana kerajaannya.

  "Dan kadangkala boleh tersesat," sampuk Kai. Aha, jangan tanya berapa kali dia tersesat semata-mata mahu mencari biliknya. HAHAHAHAHA.

  "Dah tu, kenapa beri enam bilik?" soal Aurora tidak berpuas hati.

  "Saja." Ray memasukkan tangannya ke dalam kocek. Ketibaan para dayang mengalihkan pandangannya. "Bawa mereka ke bilik."

  "Menjunjung perintah, tuanku!" Eh eh, kenapa macam lain eh? Oh ni bahasa istana Tanah Melayu! Eh Tanah Melayu atau Alam Melayu? Ehhhh sudah sudah.

  ••••

  Sudah seminggu dua hari mereka berempat tinggal di Kerajaan Demon. Rise dan Leo tidak dapat melawat pada minggu itu kerana mereka sibuk dan Rien serta Violet memahaminya. Star dan Aurora pula okay sahaja.

  "Ah, penatnya!" Star merebahkan tubuhnya ke atas katil empuknya.

  Dia, kembarnya, kembar syaitan itu dan Dark Knight baru sahaja pulang dari sebuah akademi yang digelar Dark Shadow Academy. Walaupun dirinya dan Aurora berasal dari puak cahaya namun mereka terpaksa menipu dengan memberitahu bahawa mereka ialah pari-pari kegelapan. Rien dan Violet pula tidak menyebut keturunan mereka. Kata mereka, rahsia.

  Hendak digelar syaitan, takut diusir. Hendak digelar puak cahaya, tang mana datangnya? Jadi dua gadis itu diam sahajalah. Nak kata manusia, mereka ada kuasa. Takkan datang dari Dunia Qyran? Setahu mereka, puak Dunia Qyran tidak belajar tentang dimensi mahupun teleport. Kesedihan!

  Tok... Tok....

  Star memandang pintu biliknya. Perlahan dia melangkah mendekati pintu itu lalu dibuka.

The Night Knight Princesses ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora