TNKP | 42

1.9K 150 16
                                    

  Sudah lima hari sejak hari bergula itu berlalu. Wajah Violet yang ceria tidak lagi kelihatan. Wajah Rien yang sentiasa tenang bagai menghilang. Kini, diganti dengan wajah muram dan kecewa.

  Kelas pertama itu sangat sunyi, senyap dan tegang. Bagaikan ada tembok yang menghadang mereka daripada berbual seperti biasa.

  Hanz dan Hanza.

  Rayyan dan Louis.

  Rien dan Violet.

  Star dan Aurora.

  Leo dan Rise.

  Syakila dan Kayla.

  Enam pasangan yang asyik berdiam diri. Kumpulan Dark Knight hanya mengabaikan suasana itu. Bukannya mereka tidak terbiasa, perkara ini bagaikan rutin harian kumpulan mereka di Kerajaan Demon. Tidaklah mereka hairan dengan keadaan ini lagi.

  Tetapi, mereka tetap berada dalam pasangan seperti enam pasangan di atas.

  Ray dan Lisya.

  Rez dan Ryn.

  Kai dan Ryssa.

   Yalah, meja dalam kelas itu berpasangan. Dark Knight sekadar mendiamkan diri. Sudah kebosanan. Lagi-lagi apabila cikgu yang sepatutnya mengajar mereka tidak hadir. Rien dan Violet mengeluh apabila mereka terpandang jelingan maut daripada Rayyan, L, Hanz dan Hanza. Mereka sungguh kecewa ketika itu. Wajah mereka sugul sahaja.

Flashback

  Rayyan memandang Syakila dengan riak kurang senang.

  "Erm... Sebenarnya... Dark Knight ajak berkumpul di... Istana.... Kerajaan Naga..." beritahu Syakila dengan gagap. Pandangan maut Rayyan seolah merentap jantungnya dari tubuh.

  "APA?!" Rayyan berdiri lalu menumbuk kerusi yang mereka duduki. Lebih tepat, dirinya dan Rien.

  Terhincut bahu gadis itu akibat terkejut.

  "Berani sungguh mereka memperlakukan istana aku seperti istana mereka!" tengking Rayyan.

  Naga-naga lain hanya memandang sepi kepada lelaki itu. Mereka tahu, itu Pahlawan Naga, berdasarkan topeng yang lelaki itu pakai.

  Rayyan terus mengeluarkan sayap naganya lalu terbang meninggalkan dua orang gadis itu. Rien terkedu seketika.

  "Jom, Rien," pelawa Syakila dengan senyuman.

  Rien mengangguk perlahan. Dia agak terkilan sebenarnya.

••••

  "Hei hei, cepatnya kalian tiba!" Ray ketawa sinis. Semasa mereka tiba di Istana Naga, kehadiran Dark Knight langsung tidak dialu-alukan. Diugut dengan identiti mereka barulah mereka dibenarkan masuk.

  "Jadi... Hari itu Rien dan Violet ada meminta Dark Knight mencarikan identiti mereka memandangkan Light Knight tidak mampu." Rez ketawa kecil.

  "Apa?!" Light Knight mengepal penumbuk. Mereka terasa diperlekehkan oleh dua gadis itu.

  Dan di kala itulah, Rien dan Violet berasa serba-salah. Bukan niat mereka mahu melukakan hati Light Knight, tetapi pada pandangan mereka, Light Knight sangat sibuk. Dark Knight pula nampak santai sahaja.

  "Maa... Maaf.." ucap Rien dan Violet.

  "Kau diam perempuan!!" jerkah Hanz.

The Night Knight Princesses ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora