TNKP | 9

3.1K 197 15
                                    

  BAM!

  Ray berdecit. Dia menjeling tajam sepasang kembar yang tersengih tidak bersalah. Dia mendengus kasar.

  "Korang tahu tak ini dah masuk kali ke 1479 korang hempas dan rosakkan pintu bilik kerja aku dalam masa SEBULAN." Ray menekan perkataan '1479' dan 'sebulan' itu. Siapa sahaja tidak geram? Dasar pemusnah barang! Belum lagi masuk pintu kamarnya, pintu kamar dan kerja orang lain, pintu istana dan sebagainya. Stres betul!

  Delisya menjongket kening. "Aku tak termasuk okay. Diorang yang rempuh pintu tu," "katanya membela diri. Dia memandang tiga jejaka kacak di dalam ruangan kerja putera kerajaan itu. "Buat apa ni?"

  "Masak gulai," balas Kai dengan sarkastik.

  Delisya menjulingkan anak matanya. Tampar kang!

  "Korang bincang apa, mangkuk?" soal Ryssa dengan sengihan tidak bersalah.

  Rez, Ray dan Kai menjelingnya.

  "Tentang strategi mengalahkan Light Knight," jawab Rez, malas.

  Ryn, Ryssa dan Delisya mengangguk bagai burung belatuk. Eh?

  "Jadi...?"

  "Kami bercadang hendak menyerang mereka ataupun rampas guardian itu pada hari lusa. Jadi, harini korang dibenarkan cuti sepuasnya. Esok kita akan berlatih," arah Ray. Nadanya tegas.

  Terus lima orang ahli kegelapan itu mengangguk. Mereka melorek senyuman sinis. Api dendam tidak mungkin akan terpadam! Kerana kumpulan cahaya itu, keluarga besar mereka musnah!

  Ya, semua! Hanya mereka berenam, yang bergelar sepupu, hidup atas kaki sendiri. Berusaha mentadbir kerajaan kegelapan itu! Para pembesar membelot, mahu merampas takhta kerajaan daripada enam orang anak kecil yang masih mentah!

  Namun takdir menyinari hidup mereka. Takhta itu sememangnya hak mutlak Dark Knight! Berbekalkan ilmu yang dipelajari selama mereka hidup beberapa tahun di dunia itu, mereka bangkit, melawan demi takhta, amanah kerabat diraja merangkap keluarga mereka sendiri!

   ••••

  Awal pagi lagi mereka berenam sudah berkumpul di tepi colosseum diraja. Sememangnya jika tiada kerja, itulah kerja mereka. Berlatih. Takpun, pergi 'melawat' kerajaan cahaya.

  "Aku nak tengok Ryn berlawan dengan Rez manakala Ryssa berlawan dengan Kai. Kau, Del. Akan lawan aku," kata Ray dengan wajah selamba. Mereka semua akur dengan 'pasangan' berlawan mereka. Sememangnya mereka selesa sesama sendiri. Mungkin?

  "Jadi, siapa mahu mulakan dahulu?" soal Rez.

  "Kau dan Ryn jelah. Aku malas. Ryssa mesti tolak. Macam tak kenal." Kai menjulingkan anak matanya.

  "Hoi!" Ryssa menepuk kuat bahu lelaki itu. Tendang juga nanti!

  "Dah-dah.. Berhenti. Atau korang 'sukarela' nak mulakan perlawanan?" sindir Delisya dengan senyuman sinisnya.

  Pantas Ryssa dan Kai menggeleng. Mereka memberi isyarat kepada Ryn dan Rez yang mereka sudah boleh mula berlawan.

  Ryn dan Rez membuka kekuda. Ray, Kai, Delisya dan Ryssa melangkah ke tempat duduk penonton. Ray memetik jari. Sebuah kubah pelindung muncul. Kubah berbentuk hemisfera itu menutup bahagian tengah gelanggang agar penonton tidak terkena tempias perlawanan.

  "Mula!"

  Awal perlawanan lagi Rez sudah bermain dengan masa. Malang baginya apabila Ryn sudah bersiap sedia dalam kubah apinya. Gadis itu tersengih.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now