TNKP | 29

2.4K 150 22
                                    

  Kai mengeluh perlahan. Dia membuang pandangan ke luar jendela di kamarnya. Pandangannya tertancap kepada Quel, utusan dari Kerajaan Vampire itu.

  "Quel.." sebutnya perlahan. Keluhan kecil dilepaskan. Wajahnya diraup. Dengan pantas, dia melangkah keluar dari bilik, menuju ke sebuah bilik. Ketukan yang bertalu-talu menyebabkan si penghuni bilik membuka pintu dengan wajah tegang.

  "Apa?!" soal Rez dengan garang. Dia mahu tidur!!

  "Teman aku ke bumi sekejap," pinta Kai dengan nada serius.

  Rez mengeluh kasar. Dahi jejaka di hadapannya ditepuk kuat. "Pertama, aku takde kuasa teleport. Kedua, aku tak belajar sihir dan langsung tidak memahiri benda tu," kata Rez.

  "Kau boleh ajak Ryn memandangkan dia ada kuasa teleport atau Lisya yang merupakan ahli sihir ataupun Ryssa yang turut memahiri sihir," tutur Rez dengan panjang lebar sebelum pintu biliknya dihempas kuat, mahu menyambung lena yang terganggu.

  Kai menggeleng perlahan. Dia melangkah ke bilik seseorang. Pintu diketuk perlahan.

  "Apa?" soal si dia dengan nada mamai.

  "Teman aku ke bumi," ujar Kai. Sekali lihat, umpama ulang tayang seperti kejadian Rez tadi. Janganlah gadis ini membebel sudah.

  "Ajak adik aku." Pintu ditutup rapat.

  Kai ternganga. Wajahnya cemberut. "YELAH!" Kali ini, dia membuka langkah ke bilik kembar gadis tadi. Wajahnya juga tegang, api kemarahan bakal meletus.

  Buk!

  Kai mengusutkan rambutnya. "ARGHH!!"

  Terhinjut bahu Quel yang terlanggarnya. "Ma.. Maaf, Putera Kai," pohon Quel. Dia menundukkan kepala.

  "Blah!!" tengking Kai, kuat.

  Tanpa membuang masa, Quel berlari meninggalkan Kai yang sudah serupa singa itu.

  "Kau nak apa memekak depan bilik aku ni?" soal seseorang dengan nada mendatar. Sesekali dia menguap.

  Kai merentap tangan gadis itu lalu dibawa ke taman istana. "Buka portal ke bumi. Sekarang!"

  Melihatkan wajah bengis Kai, si gadis terus membuka portal ke bumi. Mereka melangkah masuk ke dalam tanpa ragu.

••••

  "Ada apa sampai tarik aku ke dunia ni?" soal Ryssa dengan nada mendatar.

  "Kau sedar tak.. Quel tu pelik. Dia macam bukan vampire.." kata Kai.

  Ryssa tersenyum. "Kau lupa ke kita ni sama? Mestilah aku sedar.." balasnya.

  Kai mengangguk. "Kau rasa dia keturunan apa?"

  "Satu je yang aku pasti. Dia.. Angel."

  Mata Kai membulat. Dia berdecit. Wajahnya diraup. "Kita perlu pulang ke sana sekarang!"

  Ryssa menurut. Pintu portal dibuka. Dia tidak perlu risau kerana mereka berada di taman bunga yang sunyi sekarang.

••••

  Quel berdecit perlahan. Bagaimana dia mahu mengetahui pelan Kerajaan Demon kerabat itu kalau semua menghilang?

  Siapakah dirinya? Dia seorang angel yang dihantar oleh Putera Hanz untuk mendapatkan pelan kedudukan kerajaan itu supaya rancangan menyerang Kerajaan Demon menjadi lebih mudah.

The Night Knight Princesses ✔On viuen les histories. Descobreix ara