TNKP | 60

1.6K 118 1
                                    

Mr. Wattpad made a fuss again and messed up my chapters. Just skip to TNKP | 63 if you have read TNKP | 60 - 62 ergh sorry again - 00.54

Oof I'm fed up nah just take them all. Ignore the chapter tambahan sesat yang berulang semula tu. I'm giving up - 00.57

••••

  Kaki yang tadinya laju melangkah mula perlahan dan akhirnya berhenti. Pintu portal di belakang mereka tertutup serta-merta.

  Star dan Aurora menekup mulut mereka manakala Violet memandang tidak percaya. Rien tergamam. Rise dan Leo pula kaku tidak terkata. Qinny yang berada di atas bahu Violet sebagai pegasus kecil juga terkejut. Apatah lagi hydra bertiga itu.

  BOOM!!

  SWOOOSHH!!

  "PERTAHANKAN KERAJAAN!"

  "KUMPULAN MAGIS SATU, KUATKAN PELINDUNG!"

  "KUMPULAN UDARA SATU, KERAHKAN TENAGA KALIAN!"

  BOOM!!

  "KUMPULAN MAGIS TIGA, RAWAT MEREKA YANG TERCEDERA!"

  "ADA KANAK-KANAK DI SINI, SELAMATKAN DIA!"

  "Kenapa kalian berdiri di sini?! Pergi ke istana cepat! Ray sedang menunggu!" arah satu suara dengan nada kasar.

  Mereka menoleh. Kelihatan Rez dengan pedang di tangannya. Dia kelihatan agak lelah.

  "A-Apa jadi?" soal Aurora, gagap.

  "PERGI KE ISTANA!" Rez menjerkah lalu berlari ke arah lain.

  Leo terus mencapai tangan Star dan Rien manakala Rise menggenggam erat tangan Aurora dan Violet. Cahaya bersinar dan mereka hilang sekali lagi.

••••

  Gedebak!

  Pintu ditolak kasar. Wajah Ray yang serabut menjadi tatapan. Leo mula menyinga seperti sifat asalnya.

  "KENAPA KAU TAK BERITAHU KAMI?"

  "Sabar, Leo."

  "CAKAP, RAY!"

  "Leo-"

  "RA-"

  "AKU KATA SABAR TU SABARLAH! AKU TENGAH SERABUT DENGAN SERANGAN MENGEJUT NI!" Ray kembali menjerkah. Kisah apa dia.

  "Huh!" Leo menghempas tubuh ke atas sofa. "Jelaskan!"

  "Serangan ini bermula semalam. Aku dengar, Kayla paksa Syakila tangguhkan pertabalan mereka semata-mata nak serang kita lebih awal. Pelindung di bahagian barat hampir hancur sepenuhnya.

  Mujur Kai perasan dan terus hantar Kumpulan Magis Satu untuk baiki semula pelindung tu dengan kuasa mereka. Aku tak nak beritahu sebab aku tak nak kacau korang dengan urusan asal." Ray meraup wajahnya.

  "Tapi kau boleh sahaja beritahu."

  "Aku dah kata aku tak nak." Ray memandang Leo, geram.

  "Berapa kumpulan yang kau dah kerahkan?" sampuk Rise.

  "Kumpulan Satu dan Kumpulan Dua," kata Ray.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now