TNKP | 11

2.7K 195 41
                                    

  "Kita bertemu kembali, Light Power," 'sambut' Ray dengan sinis. Dia memeluk tubuh di udara. Sayap hitamnya yang segelap kegelapan malam sangat kontra dengan keadaan di kerajaan itu.

  "Tch.. Dasar pengganggu!" bentak Rayyan. Dia menjeling tajam lelaki bergelar putera mahkota Kerajaan Demon itu.

  "Aku tak fahamlah... Korang tak takut ke serangan kami bakal memusnahkan pelindung ni? Dan... Korang ni pengecut sangat ke sampai perlu berlawan di dalam pelindung. Huh?" sindir Rez dengan nada menyampah. Ayatnya sedikit sebanyak menyebabkan Light Knight berasa tercabar.

  "Baik, jom kita lawan di luar!" putus L tanpa berfikir panjang.

  Hanza yang pada mulanya mahu menyertai perlawanan di luar terus menahan. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk.

  "Lah takut ke?" ejek Ryn.

  "Kau diamlah perempuan!" bentak Hanza.

  "Maaf, tapi kakak aku memang perempuan. Kalau Sajat dah lama aku bunuh dia," balas Ryssa. Bebola matanya digulingkan, menyampah.

  "Kau ni menyakitkan hati juga eh!" rungut Hanza.

  "Tak seronoklah kalau asyik jadi baik..."

  "Ergh!" Light Knight pula yang berasa menyampah.

  "Eh sudahlah. Tak penat ke terbang ni? Aku pun dah penat tahu! Ada tanah kan? Bukannya susah pun," bebel Kai dengan geram.

  Light Knight dan Dark Knight tersengih tidak bersalah. Rien dan Violet sekadar berdiam diri di belakang Light Knight. Kehadiran mereka masih belum diketahui Dark Knight. Mungkin...?

  "Sudah-sudah. Nak berlawan di luar atau di dalam pelindung?" soal Rayyan.

  "Luar."

  "Dalam."

  Jawapan yang berbeza daripada pasangan kembar cahaya itu merunsingkan L. Dia menyuruh Hanz dan Hanza osom.

  "O.... Som!"

  Hanz mengeluarkan air manakala kembarnya mengeluarkan batu. Terbukti bahawa kemenangan berpihak kepada Hanz. Jejaka itu bersorak riang sehinggalah kepalanya diluku oleh Rayyan. Terus masam wajah kacaknya. Uhuks!

  "Err...." Rien bersuara. "Apa jadi?" soalnya polos.

  Sepuluh pasang mata tertancap kepadanya. Rien mula berasa tidak selesa.

  "Siapa kau?" soal Delisya dingin. Dia seperti mengenali gadis itu.

  "Err... Saya... Riel.. Ini... Vio..." Rien berkata perlahan. Nama Riel diambil sempena nama Qrienshes Relveyn.

  "Oh..."

  "Sudahlah, mari berlawan!" kata Rayyan. Dia sudah tidak sabar mahu bertarung. Kumpulan Light Knight melangkah selamba keluar dari kawasan pelindung itu.

  Kemampuan Light Knight untuk keluar masuk ke Kerajaan Guardian tanpa halangan pelindung itu menimbulkan kehairanan kepada kerabat mereka kerana kerabat mereka sendiri tidak mampu melakukan sebegitu.

  Hanza memandang Rien dan Violet yang keluar juga dari situ tanpa halangan. Dia mengerutkan dahi. 'Siapakah diri kalian yang sebenar?' soalnya dalam hati.

  "Serangan bayang!" Delisya melancarkan serangan. Dia menyerang Violet kerana dia hendak tahu kekuatan si gadis. Malangnya, L cepat bertindak dengan mengeluarkan pelindung cahaya bagi melindungi Violet.

  "Sinaran cahaya!" Hanza membalas serangan gadis sihir itu.

  Dark Knight mengelak tipis. Serangan yang dilancarkan sesama sendiri memenatkan tubuh kerana mereka berlawanan. Cahaya dan kegelapan.

  "Tamparan bebola api!" Kai dan Ryn menyerang serentak. Target mereka berenam ialah Rien dan Violet kerana gadis berdua itu sangat misteri.

  Rien yang tidak menjangka serangan itu melompat ke belakang sebanyak dua kali. Dark Knight tersenyum sinis manakala Light Knight berada kagum dengan kecekapan gadis itu.

  "Poisonous black fire!" Bebola api berwarna hitam dilempar ke arah Delisya. "Wizard menentang witch! Poisonous black fire sword! Thousand poisonous black fire slash!" Rayyan menggunakan teknik yang baru dia pelajari.

  "Shadow sword! Sharp! Shadow slash!!" Delisya menggunakan sihir untuk menajamkan bilah pedangnya seraya melibas kuasa bayangnya ke arah Rayyan.

  "Light sword! Death light slash!" L menyerang Rez dengan menggabungkan kuasa mata kematiannya dengan kuasa cahaya miliknya. Kemahirannya masih belum mencapai tahap mahu menggunakan teknik seperti Rayyan.

  "Harimau bayang! Beruang bayang! Serang!!" Rez mengarahkan dua haiwan bayangnya menyerang balas L. Kedua binatang bayang itu menerkam ke arah L.

  Ray pula menyeru busur miliknya. Anak panah diberikan kepada Ryn yang berada di sisi. Selepas mengenakan sihir racun dan menambah kuasa api, Ryn menyerahkan semula kesemua anak panah itu. Ray menyasarkan Hanz yang sedang sibuk melindungi Hanza. Hanza pula asyik membantu Rien dan Violet.

  "Hati-hati! Kau lawan Ray! Aku lawan Ryn!" pesan Hanza sebaik sahaja menyelamatkan si kembar.

  Tanpa mereka sedari, kini Rien dan Violet terdedah kepada ancaman besar iaitu Kai dan Ryssa. Dua ahli kegelapan itu tersengih sinis melihat kelekaan kumpulan cahaya.

  "Ice ball! Thunder sword!" Ryssa menyeru pedang halilintarnya sebaik sahaja melempar beberapa biji bola ais ke arah Rien. Rien mengelak tipis. Permukaan yang terkena bebola itu bertukar beku.

  "Fire sword! Thousand fire slash!!" Kai pula melibas pedang apinya. Violet melompat dengan tangkas. Malang baginya, dia terkena beberapa libasan api yang menyakitkan itu. Violet jatuh terduduk dan mengerang kesakitan. Kai tersenyum sinis.

  Light Knight masih belum menyedari bahawa Rien dan Violet diserang oleh Ryssa dan Kai. Mereka masih leka 'mempertahankan' Kerajaan Guardian yang kini bukan lagi menjadi sasaran Dark Knight.
 
  Semakin lama mereka berlawan, tubuh Light Knight semakin lemah. Aura kegelapan berada di sekeliling mereka. Rien, Violet dan Light Knight semakin menghampiri kubah pelindung itu. Satu suara garau yang berkemungkinan milik ketua guardian memberi sokongan agar mereka tidak tewas.

  Pandangan mata ketua guardian jatuh ke susuk tubuh Rien. Anak mata kuning keemasan itu ditenung sebelum mindanya ligat berfikir. 'Aku... Pernah jumpa dia ke?'

  "IMMORTAL DARK SLASH!"

  PRANG!!!

  Kubah pelindung itu pecah dan serpihannya jatuh lalu hilang bagaikan debu. Light Knight terkedu.

  Seseorang di antara mereka membacakan satu mantera di luar kesedarannya. Pelindung tadi kembali muncul bagaikan kaca. Dark Knight tersenyum senget manakala Light Knight terpempan.

  Dark Knight menunduk hormat sebelum lesap dan hilang tanpa jejak.

 




To be continued

Edited

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now