TNKP | 45

1.9K 145 6
                                    

  Violet merenung ke luar jendela balkoni kamarnya. Eh kejap, panjang sangat ayat tu.

  "Haih..." Keluhan terlepas dari bibirnya. Manakan tidak jika Rise dan Leo turut sibuk. Star dan Aurora juga ada latihan sihir putih. Rien sibuk dengan latihan pedang manakala Dark Knight dengan tugas mereka.

  Hanya dia. Bersendirian.

  Tiada kerja.

  Kalau dulu, dia ada Hanza.

  Senyuman hambar dilorek. Ah, rindunya. Tubir matanya terasa panas dan....

  Tap..

  Setitis mutiara jatuh ke pipi mulusnya. Air mata yang jatuh perlahan-lahan dibiarkan. Tiada niat untuk menyeka.

  "Aku dan Rien... Bukan seperti yang disangka.."

  "Aku tiada kaitan..."

  "Aku bukan puteri syaitan..."

  "Aku bukan seperti Kai dan Ryssa..."

  Violet mula merengek. Tangisannya sepi sekali. Esakannya halus dan langsung tidak didengari.

  Walau hatinya sendiri.

••••

  Rien yang berdiri di luar pintu bilik Violet tersenyum nipis.

  "Kau tak percayakan kami? Heh..."

  Dia melangkah semula ke halaman istana. Seekor kuda berwarna coklat dan berambut keperangan sedia menanti.

  Rien berjalan ke arah kuda itu dengan senyuman megah walaupun hatinya tawar. Sebilah pedang yang cukup tajam sehingga mampu memenggal kepala orang tersisip kemas di sisinya.

  Busur dipegang erat. Bekas berisi anak panah tersarung di tubuh. Pakaiannya hampir menyerupai pakaian Ryn, pahlawan api terhebat di kerajaan itu. Hanya warnanya yang berbeza iaitu kuning.

  Pakaiannya tidak ubah seperti pakaian seorang pahlawan perempuan. Rien tersenyum. Dia menunggang kuda itu lalu dipacu menuju ke satu tempat.

  Tujuannya hanya satu.

  Mahu mengasah kemahirannya. Bak kata Dark Knight, satu hari nanti, sebuah peperangan akan terjadi jadi dia mahu berlatih awal-awal.

  Kata Star dan Aurora pula, ia bakal mengukir nama dalam sejarah dimensi. Pasti besar peperangan itu.

  "Neighh!!" Kuda yang ditunggang Rien mula mengeluarkan suara.

  Rien turun dari kudanya. Tali kuda itu diikat pada salah sebatang pokok yang terdapat dalam hutan itu. Kini, dia berada dalam hutan. Berhampiran dengan hutan larangan kegelapan. Heh...

  ZZAP!

  Rien membuat backflip. Di situ, tiada penjaga hutan mahupun haiwan suci. Hanya terdapat makhluk buas. Semestinya tidak berhati dan tiada belas.

  Mata Rien yang berwarna kuning keemasan bercahaya sedikit. Rien mengambil salah satu panah dalam bekas yang tersarung di tubuh. Sebaik sahaja panah itu meluncur pergi, satu letupan cahaya menyinari kawasan gelap itu. Rien tersengih.

  Kelihatan beberapa pasang mata memandangnya tidak berpuas hati. Semestinya, merekalah makhluk itu.

  Sedang dia memerhati, tiba-tiba dia teringat pesan Kai.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now