TNKP | 63

1.7K 137 45
                                    

  Seorang gadis berjalan tanpa memandang kiri kanan. Dengan yakinnya, dia melangkah masuk ke dalam sebuah hutan. Semakin lama, semakin gelap keadaan hutan tersebut.

  Dia tersenyum apabila melihat sebatang pokok dari jauh. Pokok itu sangat besar dan tampak seperti berusia ratusan tahun. Dengan pantas dia berlari ke arah pokok itu.

  Di sana, dia langsung tidak terkejut melihat sebuah rumah. Sebuah kebun turut berada di situ. Ianya seperti diduduki orang, langsung tidak kelihatan usang atau terbiar. Dengan perlahan, gadis itu menghampiri rumah itu.

  Dia terjatuh ke belakang sebaik sahaja melangkah ke hadapan. Dengan hairan, dia menyentuh kembali sesuatu di hadapannya.

  Sebuah kubah berbentuk hemisfera terbentuk dan menghasilkan gelombang yang membuatkan gadis itu tercampak sekali lagi.

  Gadis itu bangun. Dia menggenggam tangannya dan membaca mantera. Dengan senang hati dia berjalan masuk ke dalam pelindung itu. Rupanya sudah berubah seperti seseorang.

  Seseorang bergelar Tuan Puteri Alexa.

  Pintu ditolak dengan berhati-hati. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia langsung tidak dapat menafikan kekagumannya terhadap dekorasi rumah itu.

  Biarpun terletak di dalam hutan, ia langsung tidak menjejaskan dekorasi rumah itu. Gadis itu mula meneroka rumah itu.

  Terdapat sebuah bilik mandi, dua buah bilik, sebuah dapur yang luas dan ruang tamu yang juga luas.

  Tiba di sebuah bilik yang dirasakan bilik utama, dia terlihat sebuah kotak yang sangat cantik. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu.

  Gadis itu tidak terkejut apabila melihat sebuah bebola cahaya keluar dari kotak itu. Dengan tenang, dia menyentuh bebola itu.

••••

  "Kamu sudah tiba..." Satu suara menyapa.

  Gadis itu membuka matanya. Dia terperanjat apabila seseorang persis dirinya sekarang ini berdiri di hadapannya dengan senyuman.

  "Kamu sudah besar... Anakandaku.." Wanita itu tersenyum ceria.

  "Bon... Bonda?" Terketar-ketar dia menyebut.

  "Iya, sayang. Permataku, Puteri Qrienshes Relveyn.." Wanita itu mengusap lembut rambut anak gadisnya.

  Air mata Rien bertakung. Dia memeluk bondanya, Puteri Alexa, sekuat hati. Dia menangis di situ.

  "Rien..." Alexa tersenyum lembut.

  "Bonda!' Semakin kuat tangisan Rien.

  Lelaki di sebelah Alexa tergelak kecil. Dia terus menarik tubuh dua perempuan itu ke dalam pelukannya.

  "Anak ayahanda sangat cantik. Kamu seperti bonda kamu suatu ketika dahulu." Lelaki itu tersenyum.

  "Ayahanda.." Rien mendakap erat tubuh bonda dan ayahandanya. Setelah beberapa ketika, tangisannya berkurangan.

  "Mana puteri kami yang seorang lagi? Mustahil kamu masih belum jumpa.." Alexa berkata dengan nada risau.

  "Violet ada di Dunia Fantasi. Rien ke sini seorang diri bagi menyiasat perkara ini," jawabnya pantas.

  Alexa dan Zeilian mengangguk perlahan.

  "Err... Rien di mana ni?" Rien tersengih.

  "Rien ada di dalam bebola cahaya itu. Kami pula hanyalah roh."

  Rien terkejut. "Bonda dan ayahanda sudah mati?!"

The Night Knight Princesses ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora