TNKP | 6

3.7K 202 36
                                    

Bab ini tiada kaitan dengan Lagenda Si Pari-pari karya SyuhadaNr. Sekadar tempat memuaskan hati dengan membunuh ◐.̃◐

••••

  "Rien... Esok... Aku pindah ke rumah anak yatim tu..." beritahu Violet. Dia telah berfikir masak-masak tentang keputusannya. Akibat dan faedah juga telah dia fikirkan.

  Rien terdiam. "Be... Betulkah?"

  Violet mengangguk perlahan. Rien tersenyum lalu memeluk erat tubuh gadis itu. Mereka langsung tidak menyedari bahawa Light Knight sedang memerhatikan mereka berdua.

  "Hmm... Aku rindukan bonda dan ayahanda," kata L perlahan.

  Rayyan memandangnya. "Aku pun..."

  "Hujung minggu kan kita balik kerajaan? Lepas tu kita teruskanlah pencarian. Takkan nak tinggal di bumi terus," ujar Hanza. Ibu bapanya dan Hanz mati dalam sebuah peperangan.

  "Oh ya, aku nak korang hati-hati. Dark Knight bersama kita." Rayyan memberi amaran. Dia menjeling sekilas Dark Knight yang berada dalam kelas itu. Mereka bertiga sedang melakukan kerja masing-masing.

  Mereka bertiga yang berasa diperhatikan menoleh. Masing-masing mengukir senyuman sinis di sebalik hoodie. Light Knight mengepal penumbuk.

  ••••

  Hujung minggu akhirnya muncul. Light Knight dan Dark Knight bersiap sedia untuk pulang semula ke Dunia Fantasi.

  Pagi-pagi lagi, rumah yang Dark Knight duduki sudah bising mengalahkan zoo. Ryssa terjerit teruja dapat pulang semula. Sisi keanak-anakan sudah menguasai dirinya. Alahai...

  Ryn yang berasa terganggu terus mengejar kembarnya. Sesi kejar-mengejar itu diakhiri dengan mereka berdua diikat oleh Delisya dengan kuasa bayangnya. Rez, Kai, Ray dan Delisya menyambung mengemas rumah. Apa? Ingat mereka jahat mereka tidak pandai mengemaslah?

  Sebaik sahaja habis mengemas, mereka berempat melangkah ke dapur untuk menyediakan sarapan. Delisya keluar dari dapur apabila merasakan mereka seperti tidak cukup. Tidak cukup apa? Tidak cukup oranglah.

  "Zzz..."

  Delisya menoleh. Kemudian dia menepuk dahi. Lah... Ryn sedang menahan kantuk manakala Ryssa sudah lama tertidur kerana suhu badannya menurun dek kuasa ais miliknya.

  "Aik? Boleh mereka membuta?" soal Ray dengan geram. Dia turut keluar dari dapur selepas menyediakan sarapan berupa nasi goreng dan air milo. Erk?

  "Ma... Mana ada! Ah, koranglah ikat aku dengan dia! Dia ni dahlah ais! Suhu dia buat aku mengantuk tahu!" balas Ryn, turut geram. Dia menjeling adiknya yang terlena.

  Tubuh mereka berdua dilepaskan Delisya. Ryn dan Ryssa terjatuh ke atas lantai. Ryssa terjaga lalu memandang sekeliling. Dia masih mamai. Tubuhnya ditarik Kai ke meja makan. Habis sahaja nasi goreng dan air milo, dia menyambung tidur. Yang lain menggeleng.

  Usai bersarapan, segala barang yang mereka bawa disimpan ke dalam dimensi barang masing-masing. Kai mendekati Ryssa lalu tubuh itu didukung di belakang. Piggy back? Delisya dan Ryn membuka portal ke Dunia Fantasi. Mereka melangkah masuk dan hilang di sebalik cahaya. Eh? Ingat apa, cahaya mereka hitam je?

  ••••

  "EH, KENAPA KITA LARI NI?" soal seseorang dengan mahkota yang megah di kepala. Haip, mari kita ke Dunia Fantasi Lagenda Si Pari-pari milik @SyuhadaNr!

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now