TNKP | 55

1.9K 153 87
                                    

  "Ap... Apa?" Rien dan Violet tergamam. Mereka terkelu melihat betapa ramainya makhluk- seperti guardians, sedang menundukkan tubuh mereka, tanda hormat.

  "Leo? Rise?" Mereka memandang dua jejaka yang turut melutut.

  "Selamat kembali, tuanku," ucap mereka lagi.

  Rien dan Violet benar-benar tergamam. Tiada yang dapat mereka ungkapkan kali ini.

  "Bukankah takhta itu milik Syakila dan Kayla?"

  "Merekalah pasangan syaitan yang  sebenarnya." Anak mata Leo mencerlung menatap tajam anak mata Rien.

  "Mung-"

  'Usahlah tuanku nafikan perkara itu. Sejak kedatangan tuanku berdua, Dewa Leo, Dewa Rise dan juga pari-pari ini, kami sudah dapat merasakan satu aura yang sangat berkuasa. Maafkan kami kerana berlaku kasar.' Sang guardian yang menjerkah tadi memohon maaf.

  "Ta... Tapi..."

  "Itulah tujuan kami bawa kau berdua ke mari. Kami mahu kau... Berlatih dan persiapkan diri untuk peperangan nanti," jelas Rise dengan nada bekunya. Dia masih melutut.

  "Ba... Bangunlah.." Tergagap-gagap gadis itu berkata.

  Semua yang ada bangun daripada melutut
namun masih tunduk.

  "Angkatlah wajahmu," arah Rien, persis seorang puteri sebenar.

  "Selamat kembali ke Kerajaan Diamond, Tuanku Puteri."

  "Kami di sini akan membantu tuanku puteri mempersiapkan diri demi peperangan keamanan dan menamatkan takdir lagenda Dunia Fantasi."

  "Uh?"

  "Marilah kita ke.... Istana Diamond."

••••

  Empat orang gadis itu melopong sedari tadi. Kekaguman mereka langsung tidak dapat disorok. Tatkala kaki melangkah masuk ke Kota Diamond, mereka ternganga.

  Kota itu bagaikan kaca, juga persis permata. Berkilauan dek sinaran cahaya. Kota itu kelihatan sangat mewah.

  Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke pagar utama Istana Diamond, lebih luas mulut mereka terbuka.

  Istana itu dibina dengan kaca, ais dan permata. Lutsinar, mewah dan cantik sekali!

  Tidaklah lutsinar mana, cukuplah boleh dikatakan seperti Istana Ais milik Permaisuri Elsa dalam kisahnya, Frozen.

  Cuma, istana itu jauh lebih luas, lebih mewah dan lebih indah. Chandelier yang diperbuat daripada kaca tergantung indah. Kolam air pancut juga ada.

  Beberapa bilah pedang, bingkai gambar kerabat dahulu kala dan bekas kaca berisi sesuatu terletak elok di beberapa tempat.

  Sekali pandang, pasti akan toleh berkali-kali!

  'Izinkan patik memperkenalkan diri. Patik ialah Dryel. Salah satu guardian naga dalam kerajaan ini.'

  'Patik pula Wynde.' Seekor guardian berupa burung berkicau merdu.

  Dryel dan Wynde yang sebenarnya besar, kini mengubah saiz mereka seperti anak naga dan burung biasa. Mereka terbang di dalam istana itu sambil menunjuk arah kepada dua puteri, dua pari-pari dan dua dewa raja mereka.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now