TNKP | 28

2.3K 150 14
                                    

  Quel mengalihkan pandangan daripada tatapan tajam si jejaka. Dia tidak selesa kerana Kai asyik memandangnya! Dia ni okay atau tak?!

  "Masa untuk berlatih!" tegas Ray. Pakaiannya selaku sang putera dikemaskan.

  Ryn, Lisya, Ryssa, Kai dan Rez mengangguk. Serentak, mereka berdiri lalu berjalan dengan wajah yang dingin, menuju ke colloseum khas istana. Wajah mereka membuatkan Quel kecut perut!

  Quel mengikut sahaja keenam-enam kerabat itu. Tiba di sana, dia ternganga melihat keluasan tempat itu, ketangkasan tentera yang sedang berlatih dan bilangan tentera!

  Secara tiba-tiba, tentera-tentera itu berhenti berlatih lalu berada dalam barisan dan menunduk hormat kepada kerabat demon.

  "Ehem.. Baiklah. Seperti biasa, siapa mahu mencabar salah seorang di antara kami?" soal Ray tanpa berselindung.

  "Patik mahu berlawan dengan Puteri Lisya!" laung seseorang.

  Ray dan Lisya tersenyum sinis. Yeah, memanglah Lisya dan yang lain tiada pangkat puteri tapi disebabkan mereka juga kaum kerabat dan sedarah dengan Ray, seharusnya mereka menghormati kerabat demon itu juga, bukan?

  "Beta terima," sahut Lisya. Dia memetik jari. Pakaian gaun yang tersarung di tubuhnya menghilang dan digantikan dengan pakaian gaun paras peha dan digandingkan dengan seluar legging. Kasut tumitnya berganti dengan but yang cantik.

  Para tentera kegelapan menghilang dari tengah gelanggang dan muncul semula di kerusi penonton. Yup, sihir teleport tahap tinggi.

  "Start the fight!!"

••••

  Lisya menggeleng. Dia melihat pihak lawannya yang sudah terdampar di atas tanah. Kepenatan menguasai diri.

  Ray tersengih. "Seterusnya?"

  Kai mengangkat tangan. "Aku nak cabar utusan Kerajaan Vampire."

  Quel tersentak. Dia memandang Kai yang duduk di kerusi bahagian atas. Kai hanya mengangkat kening.

  "Hmm.. Biar aku jelah yang lawan dia," putus Ray.

  Kai hanya akur akan keputusan jejaka itu. Ray melompat ke tengah gelanggang.

  "Quel, utusan dari Vampire Kingdom, datanglah kepadaku dan berlawanlah mengikut caramu!!" jerit Ray dengan lantang.

  Quel terdiam. "Apakah hak patik untuk melawan dengan tuanku? Taraf patik dan tuanku sangatlah berbeza. Peraturan juga menetapkan bahawa kerabat berlawan dengan kerabat," bicara Quel.

  Ray tersengih sinis. "Nampaknya kau masih tidak tahu bahawa Demon Kingdom tidak menggunakan adat tersebut," jelas Ray.

  Quel terpempan. Sudah pasti dia akan menjadi lauk buat Ray. Dibelasah.. Pasti memalukan nama kerajaan yang mengutusnya!

  "Aku mengandaikan bahawa kau menerima pelawaan aku," ujar Ray. Dia tersengih.

  Quel terpinga-pinga. Putera Ray di hadapannya ini mahu menggunakan bahasa formal atau tidak sebenarnya? Pening dia. Kejap 'beta-kamu', kejap 'aku-kau'.

  Quel yang masih dalam dunianya tidak menyedari kehadiran anak panah yang meluru ke arahnya. Anak panah itu melalui bawah telinga Quel sebagai amaran bahawa pertandingan bakal bermula. Dia tersentak seketika.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now