TNKP | 35

2.2K 158 31
                                    

  Rien, Violet, Rise dan Leo melangkah ke papan kenyataan di tepi dewan. Mereka mencari-cari nama mereka. Kalau adalah... Kalau tiada, nampaknya mereka tidak diterima masuk ke dalam Academy of Magic.

  "Kau masuk kelas apa?" soal mereka berempat secara serentak.

  "Aku masuk kelas pertama.." Rien tersenyum.

  Violet, Leo dan Rise berpandangan. "Kitorang masuk kelas elit.."

  Rien sekadar tersenyum lemah. "Takpelah. Rezeki korang masuk kelas elit. Hehehe.." Rien ketawa hambar. Leher sahabatnya dipaut erat. "Tahniah, semua!"

  Ketiga-tiga pelajar elit itu berpandangan lagi.

  "Eh, dahlah. Masuk kelas.. Aku pergi dulu!" Rien melambai ketiga-tiga sahabatnya sebelum berlalu pergi.

  Leo, Rise dan Violet sekadar mengangguk kecil. Mereka bertiga berjalan beriringan ke kelas elit. Tetapi... Secara tiba-tiba, Leo melencong ke arah lain. Hanya Violet dan Rise sahaja yang berjalan ke kelas elit.

••••

  Tok.. Tok..

  "Silakan masuk!" arah guru yang berada di dalam kelas itu. "Oh, kamu pelajar baru?"

  Rien mengangguk.

  "Baiklah, kelas. Hari ini kita ada seorang pelajar baru. Sila perkenalkan diri kamu, kuasa dan tahap kuasa kamu. Oh, keturunan kamu juga."

  Rien terdiam. Alamak!

  Para pelajar mula berbisik-bisik tatkala Rien sekadar mendiamkan diri. Rien mengeluh.

  "Hai dan selamat pagi. Nama saya Qrienshes Relveyn. Kalian boleh panggil saya Rien. Saya berumur enam b—"

  Tok.. Tok..

  "Silakan masuk!" laung guru tadi.

  "Saya pelajar baru juga."

  "Eh? Bukankah Rien seorang sahaja pelajar baru kelas pertama? Kamu siapa?" soal guru itu dengan hairan.

  "Saya dari kelas elit, mahu berpindah ke kelas ini," jelas jejaka kacak yang wajahnya terselindung dek hoodie yang dipakai.

  "Oh, sila perkenalkan diri kamu, kuasa, tahap kuasa kamu dan keturunan."

  "Rien. Aku mula dulu eh?" pinta Leo.

  Rien mengangguk.

  "Aku, Leo. Kuasa aku jarum emas beracun. Tahap kuasa aku akan dirahsiakan dan aku berketurunan kerabat guardian."

  Semua ternganga. Seseorang mengangkat tangan.

  "Guardian? Bukankah guardian jenis beast?" soalnya sinis.

  "Aku rasa kau tak belajar betul-betul. Patutlah tak masuk kelas elit. Guardian ada dua jenis iaitu beast and half guardian. Korang kenal guardian beast je kan? Sebenarnya jarang orang akan dapat half guardian and that person is special. Not everyone. Kebanyakan half guardian ni dimiliki oleh kerabat yang hebat-hebat seperti kerabat Angel, Dragon, Werewolf dan... The Night Knight Princesses." Leo tersenyum sinis.

The Night Knight Princesses ✔On viuen les histories. Descobreix ara