TNKP | SPECIAL CHAPTER [RAYA]

2.2K 117 33
                                    

 Bab ini ditulis tanpa niat mahu menghina, merendahkan mahupun apa-apa sahaja yang membawa sikap negatif. Ia ditulis
saja-saja dengan niat mahu
mengucapkan selamat hari raya
dari dunia fantasi.
Sila jangan mempercayainya
sehingga terpesong daripada
agama anda. Ia sekadar imaginasi. (。・ω・。)ノ♡

Hei, saya masih belum
terlambatkan?

••••

  Sebuah banglo yang hampir menyerupai istana itu sungguh meriah dan sangat bising. Masing-masing berasa teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

  "Hei, mana tepung gandum! Macam mana nak buat kuih!" Itu dia, suara Cik Qrienshes Relveyn kita!

  "MANA MERCUN YANG AKU BELI?!" Bergegar banglo itu dengan jeritan Hanz. Nasib baiklah banglo itu berada di kawasan tengah-tengah hutan. Kalau tak, rasanya dah kena serbu. Agak-agaklah pun...

  Di satu sudut, beberapa orang jejaka yang terseksa mengacau dodol, membakar lemang dan gelamai mula merungut.

  "Buat kerja tu diam-diam jelah!!" Rin Ayune dan Violet mula bersuara. Ohoho, korang jangan keliru ya? Dalam ni Rys mencampur adukkan beberapa watak dari cerita-cerita Rys yang lain. Ehek! Selamat bertemu dengan mereka!

  "WEHHHH LEMANG DAH HANGUS!" Terjerit L, Ryo dan Xyn yang bertugas membakar lemang.

  Para gadis memandang mereka dengan pandangan membunuh. Nasib baiklah dalam banglo itu hanya ada para remaja. Yang tua-tua sikit tu hanya hadir pada hari raya. Bak kata mereka, "Kami pun sibuk juga."

  "APA?!" Alamak, alamak! Star dan Aurora mahu mengamuk!

  "Arghh sakit!!" Ryo dan Xyn mengaduh sakit apabila telinga mereka ditarik kuat. Lebih kasihan kepada Ryo yang merupakan seekor serigala jadian. Pfft, harap maaf.

  L memandang kasihan kepada mereka. Dia menggeleng. Kira bernasib baiklah dia tiada 'pasangan'.

  'Korang memang tak boleh senyap sikit ke?' soal helang kesayangan Xyn. Dia link kepada semua orang dan akhirnya menerima jelingan maut daripada yang lain.

  Xyn melangkah mendekati Qinx, si helang kesayangan. Seperti yang selalu dia lakukan, kaki helang itu dipegang lalu dilambung ke langit. Nak lagi syok, Xyn membuka sayap angelnya, terbang lalu Qinx dilempar ke awan. Pandai-pandailah dia hidup.

  "Erk, tak kejam sangat ke?" soal Andrea yang berada di sisi Xyn yang sedang menyambung membakar lemang selepas 'membuang' Qinx.

  "Tak," jawab Xyn selamba.

  Yang lain menggeleng. Harap je pangkat Komander Angel Alam Syurga, tapi kejam.

  Secara tiba-tiba, halaman banglo itu bertukar gelap. Mereka memandang ke atas. Masing-masing menahan geram. Manakan tidak, Merie Skyr si pari-pari awan, Crystal si pari-pari air, QizaStrom si pari-pari angin dan Ryssa si Dark Knight sedang bermain-main di langit. Mereka bermain dengan cuaca. Nampak macam nak turunkan hujan.

  "MERIE, CRYSTAL, QIZA, RYSSA! TURUN SEKARANG!!"

  Semua orang menekup telinga apabila mendengar jeritan yang mampu memekakkan telinga anda. Tak lain tak bukan, gabungan jeritan Seul, Hara, Lisya dan Ryn. Mereka berempat yang bermain dengan cuaca tersengih seolah-olah tidak bersalah langsung.

  "Macam budak-budak," sindir Ray dan Rayyan.

  "Diamlah, kembar!" bidas Qiza dan Ryssa serentak.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now