TNKP | 53

1.8K 147 6
                                    

  Riak wajah Permaisuri Sandra berubah melihat anakanda kesayangannya terseksa.

  "Rayyan... Bila kamu mahu sedar?" rintihnya. Rambut anak lelakinya diusap lembut, penuh kasih sayang. Permaisuri Sandra melemparkan pandangannya ke luar beranda.

  Beberapa ekor naga berterbangan bebas dipandang sayu. Dahulu, anaknya sering terbang sebagai pahlawan naga. Kini? Terbaring kaku dengan teriakan di malam hari.

  Sahabat anakandanya pula terbaring di kerajaan asalnya. "Bangunlah..."

  "Adinda..." Satu suara menyapa.

  Permaisuri Sandra menoleh. Tatkala dia melihat wajah raja kesayangan, terus menitis mutiara yang sedari tadi berkaca di kornea mata.

  "Kanda..." Permaisuri Sandra menangis sayu. "Mengapa mereka sebegitu kejam menyumpah anakanda kita? Mengapa mereka mengembalikan semula sumpahan ini? Mengapa kanda, mengapa? Bukankah dewi sumpahan sebelum ini berjanji tidak akan mengganggu kita lagi dengan sumpahan ini?" soal Permaisuri Sandra, bertubi-tubi.

  Raja Zion memandang ratu hatinya. Dia bungkam. Tidak mampu berkata apa-apa. Apa yang mahu dijawab? Mustahil dia akan menjawab tentang kesalahan anakandanya dengan sang sahabat si putera.

  Mahunya parah hati sang permaisuri. Apakan daya, dia tidak mampu berkata apa.

  "Dinda.... Sang dewi sebelum ini berjanji tidak mengganggu kita. Dewi sebelum ini, dinda. Bukannya dewi sekarang ini. Keenam-enam dewa dan dewi itu jatuh cinta dengan makhluk biasa dan mereka terus mengambil keputusan meninggalkan 'dunia' mereka.

  Mereka mahu bersama dengan cinta hati mereka. Mereka dilahirkan semula setelah menerima hukuman. Dan kini jawatan mereka disandang oleh keenam-enam kerabat kegelapan. Mereka tidak pernah berjanji apa-apa dengan kita." Raja Zion mengucap sedih.

  "Tidakkah mereka berasa kasihan?"

  "Dinda.... Mereka jauh lebih kejam berbanding dewa dewi sebelum ini. Usia yang muda tidak menghalang mereka daripada berlaku sedemikian. Taraf kita jauh lebih rendah. Mereka juga lebih berkuasa..." Raja Zion memeluk tubuh isterinya.

  "Rayyan...." Mereka memandang putera tunggal mereka.

  Sumpahan keluarga.

  Dahulu kala, entah keturunan yang ke berapa, mereka menceroboh Alam Neraka dan Alam Roh sehingga menyebabkan dewa dewi sebelum ini berasa berang.

  Kediaman Dewi Sumpahan diselongkar demi mendapatkan mutiara yang mampu menarik semula sumpahan.

  Dewi Sumpahan yang mendapat tahu hal itu berasa sangat marah sehingga menurunkan satu sumpahan yang tidak akan mereka lupakan.

  Setiap malam, mereka akan terseksa. Berada di sebuah dimensi yang pelik, sering dikejar dengan raksasa. Tidak mampu menggunakan kuasa. Kaku di alam realiti.

  Mereka juga melihat betapa seksanya orang kesayangan di alam itu. Mental dan fizikal didera. Boleh dikatakan, setiap hari pasti luka baharu akan kelihatan di tubuh mereka. Lukanya bukan biasa-biasa. Beracun pula.

  Dan itulah yang berlaku kepada Putera Rayyan Alexander dan Putera Louis Lionest.

  Kini, kedudukan enam dewa dewi itu diganti dengan Dark Knight. Hal ini kerana mereka berenam memilih untuk bersama dengan cinta hati yang ditemui di dunia lain.

  Gara-gara berlaku sedemikian, pasangan mereka dibunuh dan dewa dewi itu menjalankan hukuman penebusan. Tamat sahaja hukuman, mereka dibunuh dan dilahirkan semula. Entah siapa, mereka tidak tahu.

  "Dinda janji. Andai kata dinda bertemu dengan mereka, dinda akan tuntut bela!" tekad Permaisuri Sandra. Hilang imejnya yang anggun dan lemah-lembut kala itu.

  Raja Zion berasa risau. Dia tahu kekuatan putera puteri kelahiran separuh syaitan itu.

••••

  Leo dan Rise memandang keempat-empat gadis itu. Mereka berdua berasa hairan. Sudah kenapa duk terpaku macam patung?

  Sebenarnya, mereka terpaku kerana kekacakan Leo dan Rise yang semakin terserlah! Mereka berdua memakai kot labuh berwarna hitam. Bilah pedang tersisip di sisi pinggang! Oh, cair!!

  "Hei!" Leo menegur kuat.

  Tersedar mereka berempat. Mereka hanya tersengih malu.

  "Err... Mana yang lain?" soal Star.

  "Mereka ada urusan. Agak sibuk sedikit. Lagipun, yang akan ke sana hanya kita berenam." Rise menjawab. Dia memandang Leo.

  Leo mengangguk. Star, Rien, Aurora dan Violet diarahkan berdiri di hujung sekali.

  "Kalau cahaya terang muncul, aku nak korang cepat-cepat ke sini, berdiri membentuk bulatan dengan kami berdua. Kalau lambat, korang akan tertinggal di sini. Peluang hanya sekali. Jangan leka!" tegas Leo dan Rise lantas mereka berpaling.

  Star, Aurora, Violet dan Rien mengangguk faham. Mereka memerhati kelakuan dua jejaka itu.

  Leo dan Rise mengeluarkan pedang mereka. Pedang itu dihunus ke hadapan. Mereka berhadapan lalu pedang disilang.

  Bilah pedang ditarik menyebabkan bunyi yang bingit kedengaran. Empat gadis menutup telinga.

  Rise dan Leo melakukan lompatan di udara dan pedang dihunus ke langit. Aura kuning keemasan dan biru seperti ais keluar dan memancar ke langit.

  Mereka melibas pedang itu dengan penuh gaya. Mereka mendarat di tanah. Debu pasir berterbangan di sekeliling mereka.

  Aura pedang tadi kini tersebar di seluruh kawasan itu. Beberapa bentuk pentagram muncul di atas tanah. Semuanya berwarna hitam.

  Leo dan Rise sekali lagi melibas kuat pedang mereka. Aura tadi keluar sekali lagi. Bunyi libasan pedang kuat kedengaran. Tangan dihala ke hadapan lantas cahaya kuning dan biru terhasil.

  Pedang mereka perlahan-lahan terapung di udara dengan cahaya memancar ke atas. Pedang Leo dan Rise mendekati satu sama lain dan bergabung menjadi satu. Tangan Leo dan Rise berhadapan dan kuasa mereka turut bersatu.

  Satu bebola cahaya terhasil dan ia membesar lalu 'meletup'. Pentagram hitam tadi kini berwarna emas dan biru.

  Taring milik dua jejaka itu kelihatan. Mereka menggigit tangan sendiri lalu darah mereka dihisap dan diludah ke tanah. Kali ini cahaya itu semakin terang.

  Empat orang gadis itu cepat-cepat berlari dan membentuk bulatan bersama dua jejaka kacak itu.

  Perlahan-lahan tubuh mereka lenyap ditelan pentagram. Dan kini, segalanya bakal bermula.

 







To be continued

Kenapa Rys rasa chap ni macam pelik eh? 😂

Pai!

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now