TNKP | 51

1.8K 140 9
                                    

Triple update as my sorryyy heheheh... Sorry again kalau tak seronok. (。ŏ_ŏ) Enjoy!

••••

  Ray tersenyum sinis. Dia sedar akan segala pembelajaran puak cahaya. Mereka menyemai rasa benci kepada puak demon. Bagaimana ini boleh terjadi?

  Keturunan ke-99. Kerana mereka... Di saat Dark Knight nempertahankan takhta mereka daripada dirampas pembesar istana, di saat itulah sebenarnya puak cahaya mencucuk jarum.

  Pembesar istana kerajaan cahaya menghasut pembesar istana demon agar membelot mereka. Selepas dikalahkan, mereka mengkhianat lalu melarikan diri ke kerajaan cahaya. Saat itulah, segala fitnah tentang puak separa syaitan mula disebarkan.

  Mereka kejam. Mereka tidak mempunyai perasaan. Mereka tiada belas kasihan. Mereka gila kuasa. Segala yang buruk dilempar kepada mereka!

  Dan ia dipercayai puak cahaya lebih-lebih lagi dengan fizikal dan aura kegelapan mereka!

  Adilkah?

  Adilkah?

  Menghukum mereka tanpa sebarang penjelasan. Dikhianati tanpa belas semasa usia masih setahun jagung. Tidak mustahillah kalau di antara mereka wujudnya perasaan syaitan itu. Wujudnya fizikal syaitan itu. Wujudnya aura syaitan itu.

  Tidak mustahil.

  Kai dan Ryssa, nampak sahaja keanak-anakan. Tapi, mereka panas baran dan dingin.

  Tidak mustahillah.

  Ray teringat satu ketika dahulu.

  Boleh dikatakan dirinya, Delisya, Rez dan Ryn juga pernah hampir dipengaruhi dan hampir menjadi syaitan. Namun akal waras mereka masih cukup untuk mengembalikan diri mereka.

  Cukuplah sekali.

  Ray tidak mahu puak mereka menderita lagi.

  Kali ini...

  Biarlah mereka sendirian. Biarlah mereka dicaci maki.

  Kerana mereka, puak cahaya,

  Tidak setanding dengan puaknya.

  Kan?

  Mungkin orang selalu mengatakan bahawa kegelapan pasti tumpas di tangan puak cahaya.

  Tapi, kalau begitu mengapa perlu kegelapan campur tangan dengan puak cahaya yang menghina mereka?

  Bukankah mereka jijik dengan kami yang 'negatif' dan jahat ini?

  Mengapa masih mahu masuk campur?

  Satu ungkapan, lima huruf.

  Bodoh.

  Siapa yang sebenarnya gila kuasa?

  Andainya mereka kembali sedar.

  Bahawa dahulu bukanlah Light Knight yang menjaga Kerajaan Guardian. Bukan juga Dark Knight. Sebaliknya guardian puteri pahlawan malam itu sendiri.

  Malahan, guardian berdua itu sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi pelindung puteri kembar itu! Dan kini, Leo dan Rise ditugaskan untuk menjaga mereka, sang puteri.

  Mengapa cahaya merampas?

  Ianya kini hak milik—

  Leo dan Rise.

  Ya, merekalah!

  Tetapi, kau ingat semudah itu Light Knight mahu memberi semula kerajaan itu?

  Cahaya sering dikatakan dengan kesucian. Tetapi, benarkah mereka sesuci cahaya kebenaran?

  Acap kali Ray melihat betapa teruknya dan kasarnya layanan puak cahaya kepada puak mereka.

  Bukan mereka sahaja.

  Ahli sihir, serigala jadian, puntianak dan yang lain tidak terkecuali.

  "Dendam tetap dendam. Kalau itu yang kau mahukan, aku dengan senang hatinya akan tunaikan!" Ray berkata sendirian.

  Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Ray membenarkan si 'pengetuk' masuk ke dalam bilik kerjanya.

  Tatkala dia mengangkat wajah, dia agak terkejut melihat kehadiran sang dewa berdua. Bukanlah Rez mahupun Kai sebaliknya Leo dan Rise.

  "Kau sibuk ke?" soal Rise lalu dengan tidak tahu malunya dia duduk di sebuah sofa empuk dalam bilik itu.

  Leo hanya menggeleng. Kalau boleh, sudah lama dia lempar lelaki itu ke dimensi lain. Tetapi nanti bermasalah pula kan?

  "Takdelah sibuk sangat. Korang berdua ni tak mahu melawat kerajaan korang ke?" soal Ray pula. Matanya tekun menatap segala jenis laporan yang ada. Kalaulah ada yang perasan, Rys selalu letakkan Ray dalam situasi membaca, melihat dan bla bla bla tentang laporannya. Macam sadis sangat je, hahahaha!

  "Belum tiba masanya lagi... Kau ingat kami tak tahu rancangan korang?" Leo bersuara sinis. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan meja kerja putera kerajaan itu. Sesekali Leo mengerling, mencuri lihat laporan kerajaan. Alah, bukannya rugi apa pun. Bukan dia tidak faham, tetapi dia tidak perlu dan tidak mahu masuk campur.

  "Heh.... Jadi, korang dah tahu? Baguslah... Kalau boleh semasa kami menjalankan rancangan kami, kami nak korang bawa mereka berempat ke tempat 'asal' mereka," kata Ray dengan serius.

  "Oh, mereka berempat? Okay..." Rise dan Leo bersetuju sahaja. Mereka langsung tiada masalah mahu ke 'sana'.

  "Bagus. Jadi... Apa tujuan kau berdua ke bilik kerja aku ni? Takde kerja lain?" sindir Ray dengan nada menyampah.

  "Takde apalah. Aku dah lupa nak kata apa. Nanti kalau aku ingat, aku cakaplah," jawab Rise dengan mudah. "Kau ni, asyik terperap dalam bilik kau ni. Tak bosan ke? Kami berdua ni pun bebas je."

  "Diamlah.... Dasar putera miskin kerajaan," sindir Ray dengan pedas.

  Buk!

  Pap!

  Ray menjeling mereka tajam. Mujurlah tidak sakit sangat. Ada ke patut mereka meluku kepala kacaknya itu. Erk? Kepala boleh kacak ke?

  "Kau jangan nak merepek. Sudahlah. Layan kau ni buat sakit jiwa je. Baik aku tengok-tengok kerajaan kau ni. Lagipun dengar cerita haritu Crya datang nak minta maaf bagi putera mahkota sanjungan tu," kata Rise.

  Ray mengangguk. "Apa masalah pun aku tak faham. Huh, kita berperang dengan diri kita je? Takpelah takde bantuan pun."

  Leo dan Rise bersetuju.

  "Oh ya, jumpa dekat laman belakang. Tepat jam 4 petang. Lambat denda. Arahan daripada si kembar." Akhirnya, Rise teringat apa yang perlu dia katakan.

  Ray mengerutkan dahi. "Kau cakap macam ada sepasang kembar je dalam istana ni," balasnya, menyampah.

  "Maaf maaf. Maksud aku si kembar Ryn dan Ryssa." Rise perbetulkan ayatnya semula.

  "Hah okay. Shuh shuh!" halau Ray.

  Leo dan Rise membuat wajah menyampah sebelum mereka keluar. Sekarang, misi meronda!



To be continued

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now