TNKP | 71

2.1K 133 68
                                    

  Hari baru memunculkan diri. Baru subuh, tetapi keadaan sudah sibuk. Semua bertungkus-lumus menyediakan diri demi pertarungan terakhir. Iyalah, pertarungan semalam entah siapa menangi. Ramai yang menyampuk.

  “Korang dah sedia?” soal Ray dengan tegas.

  Kalau tegas bertempat takpelah, ini tidak. Dalam dapur pun jadi?

  "Sarapan dululah!” sampuk Delisya. Kedua belah tangannya penuh dengan hidangan. Di belakangnya ada Ryn yang memegang minuman panas.

  “Mana Ryssa?” soal Kai yang baru tiba. Rambutnya basah menandakan dia baru lepas mandi. Aww hot!

  “Aik, pagi-pagi dah cari kekasih ke?” usik Rez. Dia memandang Ryn dan menjongketkan keningnya.

  “Aku restu.” Dua patah perkataan daripada si kakak gadis yang diperkatakan membuatkan habis riuh dapur itu.

  “Apa bising-bising ni? Tuanku Puteri Alexa dan Tuanku Putera Zeilian sudah tiba.” Seseorang muncul.

  “Lama kau blah, dik?”

  “Hehe… Nampak abang hot dekat taman tadi.” Ryssa tersengih. Tidak sedar ada aura gelap di sisinya.

  Semua menggeleng.

  “Selamat pagi!” Dua suara menjerit ceria.

  “Vio! Rien!”

  Di belakang dua gadis itu ada dua kerabat yang dihormati. Semestinya Puteri Alexa dan Putera Zeilian. Mereka tersenyum manis.

  “Hei, tak nampak kitorang ke?” sampuk beberapa suara.

  Semua menjenguk ke belakang merpati sejoli Alexa dan Zeilian itu.

  “Light Knight?”

  Hanza tersenyum dan melambai. Dia lantas berlari ke arah Rien dan Violet dan memeluk mereka erat. “Rindu!” 

  “Hehe, kitorang pun rindu kau!”

  “Peluk tak ajak!” Para gadis terus menyertai sesi berpelukan mereka.

  “Perempuan…” Para jejaka menjulingkan anak mata mereka ke atas. Termasuklah Putera Zeilian sendiri.

  “Apa awak cakap hmm?” Puteri Alexa tersenyum manis. Dia laju sahaja menarik telinga suaminya.

  “Eh eh lepaslah! Malu saya depan budak-budak ni!”

  “Perempuan apa tadi?” Puteri Alexa masih belum melepaskan telinga suaminya malah senyuman di bibir semakin melebar.

  Semua membuat wajah gerun.

  “Seramnya bonda korang…” bisik Hanza dengan perlahan ke telinga dua puteri itu.

  “Ah, mari makan sebelum makanan sejuk!” cadang Delisya dengan pantas. Aura seram Puteri Alexa membuatkannya terfikir satu idea agar dapat melepaskan diri daripada keadaan itu.

  “Jom.”

  Semua menarik kerusi.

  “Makan makan…” Hidangan pagi itu sangat banyak, maka tiada sesiapa yang kisah jika ada yang mahu menambah dua atau tiga kali. Bagi para tentera, makanan mereka juga disediakan oleh Delisya, Ryn dan Ryssa dengan bantuan Star dan Aurora serta tukang masak yang lain.

  Begitu juga para wanita yang ada di istana. Semestinya menggunakan bantuan magis agar cepat sedikit. Kalau tak kebulurlah. Iyalah ingat tentera demon sedikit? Mujurlah tentera bersekutu sudah kembali ke kerajaan mereka sendiri.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now