TNKP | 56

1.8K 156 14
                                    

  Pagi yang indah itu riuh-rendah dek suara teriakan dayang-dayang istana yang menjaga sang Pahlawan Naga. Kata mereka, pahlawan itu sudah tersedar daripada ‘lena’.

  Sang permaisuri yang merindui anakandanya terus memeluk putera kesayangannya. Dia sangat bersyukur bahawa sumpahan itu tidak seteruk sumpahan sebelum ini.

  “Anakanda okay? Ada rasa sakit? Mari bonda sembuhkan anakanda…. Kasihan kamu disumpah durjana sekalian itu.” Permaisuri Sandra mengucup ubun-ubun putera itu.

  Putera itu kaku dalam dakapan permaisuri. Permaisuri Sandra mulai cemas. “Panggil tabib sekarang juga!” teriak wanita berrdarah raja itu.

  “Mengapa dinda? Apa yang terjadi? Apa yang bising-bising itu?” soal Raja Zion dengan hairan. Dia berada di balairung istana apabila seorang pengawal memberitahunya bahawa Permaisuri Sandra ingin bertemu dengannya di kamar anakanda tunggal mereka.

  “Rayyan sudah sedar. Apabila dinda memeluknya, dia tiba-tiba kaku!” Permaisuri Sandra menitiskan air mata.

  “Tuanku!” Seorang pengawal merapati pasangan itu. “Ada surat utusan daripada Kerajaan Angel.” Sehelai bulu pelepah dihulur kepada sang raja.

  Raja Zion memandangnya lalu pelepah itu diambil. Cahaya bersinar dan pelepah itu bertukar menjadi surat. Surat itu terapung sahaja di atas tangan Raja Zion yang   bersinar.

  Dia tersenyum hambar. “L sudah sedar. Malangnya…. Dia turut rebah dalam dakapan Zach.”

••••

  Vladeric keluar dari kamar yang menempatkan kedua-dua putera itu. Dia telah dipanggil oleh pemerintah Kerajaan Naga dan Kerajaan Angel untuk memeriksa keadaan mereka. Ruangan di dalam kamar Putera Rayyan dipandang sekilas sebelum dia melepaskan keluhan berat. Kini, dia berada di Kerajaan Naga. Raja Zach, Permaisuri Andria juga telah membawa L ke kerajaan itu. L diletakkan di ‘kamar’ yang dia tinggal sekiranya dia tinggal di kerajaan itu.

  “Bagaimana?” Permaisuri Andria dan Permaisuri Sandra terus mendapatkan lelaki itu.

  Vladeric menoleh memandang pintu kamar Rayyan sekali lagi sebelum dia memandang dua wanita itu dengan pandangan berat.

  “Vlad?” Raja Zion menyedarkan Vladeric ke alam nyata.

  “Maafkan aku.”

  Dua patah perkataan yang sudah mampu meretakkan hati ibu bapa putera-putera itu.

  “Ta… Tapi kenapa?” soal Permaisuri Andria, gagap.

  “Bala. Semua ini bala. Sumpahan ini sebenarnya jauh lebih teruk!” Vladeric meramas kasar rambutnya. Apa yang sebenarnya difikirkan oleh Dewi Sumpahan bongsu itu?!

  “A… Apa?”

  “Rayyan dan L tersedar lebih awal kerana masa mereka di ‘sana’ sudah tamat. Kini mereka akan diseksa lebih teruk di alam realiti! Mereka… Mereka tidak boleh mendekati kalian. Kuasa mereka seolah-olah hilang, sayap mereka cedera teruk, patah! Tulang mereka retak, tubuh mereka luka! Racun yang mengalir dalam tubuh mereka jauh lebih berbisa berbanding keturunan sebelum ini! Semua ini gila!” Vladeric berteriak kuat.

  Permaisuri Sandra dan Permaisuri Andria terduduk lemah. Raja Zion dan Raja Zach terkedu.

  “Dan…. Dan…. Hati mereka seolah-olah diikat sesuatu…” sambung Vladeric. Sungguh, dia tidak tahu kegilaan apakah yang berlaku!

  Hati mereka meruntun sayu. Permaisuri Sandra menggenggam tangannya. Air mata yang mengalir di pipinya diseka kasar. Tidak peduli akan lantai yang sudah basah kerana mutiaranya. Pantas dia bangun.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now