TNKP | 34

2.3K 142 55
                                    

  Violet hanya menundukkan kepala tatkala disoal oleh Rayyan dengan soalan pedas. L sekadar berpeluk tubuh dan menyampuk bila perlu. Hanz melawat kembarnya di bilik rawatan. Rien pula duduk di sebelah sahabat baiknya.

  "Kau memang suka men—"

  "Sudahlah, Rayyan! Kau tak nampakkah Violet sedang sakit?! Walaupun dia ada kuasa healer, tak bolehkah kalau dia diperiksa oleh healer dahulu?! Tiada belas kasihankah kamu?!" marah Rien dengan wajah yang memerah.

  Rayyan menarik nafas. Keluhan berat dilepaskan. "Masalahnya mengapa Violet tidak tumbuh sayap di hutan suci itu kalau dia seorang angel?! Dan bagaimana kuasanya boleh muncul tanpa ke Hutan Kegelapan? Atau, korang merayau sehingga termasuk hutan kegelapan?!" soal Rayyan. Wajahnya sangat serius.

  "Tsk.. Kalau nak soal sekalipun, biarlah selepas Violet sembuh! Kau boleh bersabarkan! Sesibuk mana pun diri kau, Violet ni tak lari ke manalah! Kau tetap akan ada masa untuk soal dia!" bidas Rien semula. Tangan Violet ditarik lalu mereka berjalan keluar dari bilik itu. Rien membawa Violet ke bilik rawatan untuk diperiksa.

  Rayyan menghentak meja. L tersenyum sumbing.

  "Perahsia!"

  "Atau penipu?"

  Mereka berdua terdiam. Untuk apa gadis-gadis itu berahsia? Atau menipu? Untuk apa?

  ••••

  Leo dan Rise menggeleng melihat gelagat Rayyan dan L. Kedua-duanya baran.

  "Janganlah kerajaan yang bakal mereka tadbir itu hancur gara-gara baran tidak bertempat mereka," bebel Rise sendirian.

  Leo hanya mengangguk, bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan. L seorang angel, sepatutnya dia perlu pandai mengawal emosi. Lebih-lebih lagi dia seorang putera. Begitu juga dengan Rayyan.

  "Siapa je nak nasihatkan mereka berdua? Silap hari bulan, kepala dipancung sebelum sempat membuka bicara," ujar Leo. Personalitinya yang dingin dan auranya yang menyeramkan menyebabkan ramai pelajar berpaling. Ada gadis yang cuba membuka hoodie yang dipakai Leo, tetapi gadis itu mendapat hadiah makian khas daripada Leo.

Flashback

  Seorang gadis mendekati Leo dan Rise. Pakaian akademinya ketat dan sendat serta singkat. Seksa juga mata memandang.

  "Hai, awak berdua. Awak berdua yang lawan Putera L dan Protease tu kan? Wah, awak berdua ni hebatlah! Kagum saya!" puji gadis itu.

  Kakinya dijengketkan kerana mahu membuka hoodie yang dipakai Leo. Ketinggiannya sekadar paras dada Leo dan Rise. Harap tabah.

  "Kau pahal?!!" tengking Leo apabila hoodienya diusik.

  "Saya nak lihat wajah awak," balas gadis itu tanpa gentar. Senyuman manis diukir buat kedua jejaka itu. Pfft—. Nampak sangat fake!

  "Bodoh! Pergi mampuslah!" maki Leo.

  Wajah gadis itu bertukar cemberut. Dia mendekati Rise pula. Cloak jejaka itu ditarik.

  PAP!

  "Auch!" Gadis itu berdesis sakit. Tangannya diusap perlahan.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now