TKNP | 13

2.6K 185 20
                                    

   Bermula hari Isnin, Rien dan Violet akan ke Light Forest. Mereka sudah memberitahu guru mereka yang mereka berdua takkan hadir ke sekolah selama sebulan atas sebuah urusan penting.

  "Eh, lamanya! Urusan apa, Rien?  Violet?" soal Cik Raisya.

  "Erm.. Urusan peribadi.. Err.. Cikgu, kami bukan nak ponteng tapi urusan ni penting sangat-sangat," jelas Violet dengan bersungguh-sungguh.

  "Okay saya percaya awak berdua." Cik Raisya memeluk badan Violet dan Rien.

  "Selamat tinggal Cik Raisya! Kami akan rindu Cik Raisya!" ucap dua gadis itu sebelum berlalu pergi dan menuju ke belakang sekolah di mana Hanz dan Hanza menunggu.

  "Lepas ni kau kemas barang, dan terus bergerak ke hutan tu," terang Hanz.

  "Hm.." balas Violet. Aura dingin daripada Rien sudah 'berjangkit' kepadanya.

••••

  "Sedia?" soal Hanza.

  Rien dan Violet mengangguk. Hanz dan Hanza pun membuka teleportal yang akan membawa kedua gadis itu ke Light Forest.

  "Kami pergi dulu, Hanza. Selamat tinggal," ucap Rien dengan senyuman manis.

  Hanza, Rien dan Violet berpelukan. Selepas itu, Rien dan Violet memeluk Permaisuri Naga dan Permaisuri Angel.

  "Semoga berjaya. Pulang dengan selamat, ya?" pinta kedua permaisuri itu dengan sayu.

  Senyuman di bibir Rien dan Violet masih belum memudar.

  "Baiklah. Bye!" Rien dan Violet melangkah masuk ke dalam portal. Selepas itu, portal itu menghilang.

  Hanz, Rayyan, L, Raja Naga dan Raja Angel mengeluh kasar. Hanza, Permaisuri Naga dan Permaisuri Angel hanya memandang dengan sayu.

  ••••

  Rien dan Violet membuka mata. Mereka ternampak sebuah taman kecil di hadapan mereka.

  "Mungkin ini... Pintu masuk ke dalam hutan suci?" soal Violet.

  Rien mengeluarkan buku tentang Light Forest dari dalam begnya. Buku diselak satu persatu. Mengarut-mengarut pun, itu sahajalah sumber yang mereka ada hiks.

  "Yup," balas Rien dengan ringkas.

----------

Terdapat sebuah taman kecil di hadapan Light Forest yang berfungsi sebagai pintu masuk.

Dan dari situlah sang haiwan suci mula memerhatikan kamu.

----------

  "Erk! Adeh.. Harap-harap haiwan suci tu tak ganggu kita." Wajah Rien berkerut-kerut mendengar ayat Violet.

  "Vio, kan tugas mereka hanya memerhatikan kita. Melainkan kalau kita buat salah. Barulah kena bunuh," jelas Rien buat kali ke-10. Sudah penat memberitahu Violet.

  "Hehe. Aku cemaslah, Rien. Kita ni dahlah manusia biasa je," keluh Violet. "Lagi-lagi bila permaisuri bagitahu yang tiada sesiapa akan masuk dalam hutan ni untuk bulan ini."

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now