TNKP | 49

1.8K 142 21
                                    

  Sedang asyik puak cahaya bersuka-ria, di kerajaan kegelapan itu sebenarnya mereka sedang membuat persiapan perang. Rakyat atau tidak, semua orang bersatu-padu!

Flashback

  "Peperangan..."

  Semua terdiam mendengar kata-kata Ray.

  "Kita akan menghadapi sebuah peperangan tidak lama lagi. Dan kali ini... Beta mahu memberitahu bahawa... Kita akan berlawan dengan mereka... Sendirian..."

  Semua orang tergamam. Berlawan dengan syaitan sendirian?!

  "Kita tidak akan bergabung dengan puak cahaya."

  Kata-kata Delisya disokong oleh mereka semua. Masing-masing tidak dapat melupakan hinaan Rayyan dan L! Sungguh, mereka melampau!

  "Biarlah kita tentang perjuangan kali ini bersendirian! Asalkan bukan dengan puak cahaya yang bodoh itu!" laung satu suara.

  Laungannya mendapat jeritan sokongan ramai. Bergema jugalah kerajaan itu.

  "Beta tidak mahu memaksa sesiapa sahaja untuk menentang mereka. Sesiapa yang sukarela, beta setuju sahaja. Tetapi, beta tidak mahu sesiapa yang sakit terlibat," tegas Ray. Lihatlah, dia pemimpin yang sangat mengambil berat tentang puaknya biarpun dia jahat.

  "Saya mahu turut serta!"

  Lebih banyak suara yang melaungkan perkara yang sama. Ia membuatkan Dark Knight terharu. Sungguh, puak mereka saling mengambil berat! Sungguh, mereka terharu!

  Dan di saat itu, semua orang tersenyum gembira. Dengan kehadiran Dewa Kematian, Dewa Kegelapan, Dewa Masa, Dewi Penggoda, Dewi Sumpahan, Dewa Guardians, Dewi Bunga dan lain-lain mampu membuatkan mereka berasa lega. Malah, kehadiran keturunan Neflos membuatkan mereka semakin ceria!

  Eh, Dewa Guardians? Dewi Bunga? Keturunan Neflos?

  Benar... Leo dan Rise ialah Dewa Guardians. Oleh kerana itulah mereka mampu menundukkan para guardians di Kerajaan Guardians. Dewi Bunga? Riane bersetuju mahu bekerjasama. Dia sudah menyediakan tentera tumbuhannya dan Neflos? Semestinya Vladeric.

  Kini, kekuatan Kerajaan Demon bertambah secara mendadak!

  Dan kali ini, Rien, Violet, Star dan Aurora dilatih dengan semakin hebat. Latihan mereka bukan seperti latihan sebelumnya. Pernah sekali, mereka perlu duduk bertapa selama tiga hari dua malam di atas sebuah gunung kegelapan yang menempatkan seekor naga kegelapan yang sukar dijinakkan.

  Dan kini.... Dark Knight mempunyai satu rancangan rapi. Untuk membantu Rien dan Violet.... Mendapatkan diri sebenar mereka.

End of the flashback

  Rien mengeluh kepenatan. Kelas latihan mereka semua berbeza. Andai seorang belajar magis, seorang lagi bakal belajar ilmu ketenteraan. Mereka tidak belajar berpasangan sebaliknya secara individu.

  Sekarang giliran Rien mempraktikkan ilmu ketenteraan bersama Kai. Violet sibuk belajar magis dengan Ryn manakala Star pula belajar magis dengan Delisya. Aurora sedang berlatih dengan Ryssa dalam ilmu berlawan. Agak memenatkan.

  Selain daripada ilmu magis, mereka turut belajar sedikit ilmu sihir daripada Delisya. Sedikit sahajalah. Cukuplah sekadar untuk menumpaskan magis cahaya.

  "Penat?" soal Kai yang melabuhkan punggung di sisi Rien. Mata mereka asyik memerhati perlawanan antara Aurora menentang Ryssa. Sesekali gadis syaitan itu membebel apabila Aurora membuat kesalahan.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now