TNKP | 33

2.3K 158 10
                                    

 Holla guys! Ehek... Rya nak bagitahu something ni. Okay, actually Rys pening dengan cerita sendiri. Ehekk.. Jadi, Rys nak 'restart' semula cerita ni. I mean jalan cerita.

Sebelum ni Rys kata L dari Kerajaan Kilat right? And Kerajaan Angel dan Diamond Kingdom tu milik puteri kembar, kan? Okay, just anggap Kerajaan Kilat tak wujud.

Maksud Rys, anggap, Angel Kingdom tu kerajaan asal kerabat L. And, diorang (kerabat Dragon dan kerabat Angel) hanya jaga Kerajaan Diamond.

So, anggap je Kerajaan Kilat tak wujud, cuz ni bukan Dunia Elemen. Hehehe... Oh, rakyat Diamond Kingdom ni merupakan rakyat kacukan angel dan fairy. Perkara ni tak salah but kalau diorang nekad nak kahwin, kena mulakan kehidupan baharu di Diamond Kingdom. Rakyat di situ pun tak ramai sangat since kebanyakan kahwin dengan puak sendiri. Oh, ada juga kacukan fairy-guardian.

Pasal tempat tinggal Star dan Aurora.. Mereka tinggal di Fairy Kingdom. Dimensi tu pula dimensi ciptaan kembar pari-pari tu. Kadang-kadang mereka tinggal di sana.

Faham? Ehehehe...

••••

  Violet melakukan sedikit regangan. Dia bakal berlawan dengan Hanza. Ketika Violet melakukan lompat bintang, kakinya terseliuh menyebabkan Violet terjatuh. Gadis itu berdecit.

  Kakinya diurut perlahan. Jeritan kecil daripada Violet kedengaran. Violet mengomel perlahan.

  "Adeh. Macam mana nak lawan Hanza ni? Dia tu dahlah kuat.." rungut Violet. Kakinya dilunjurkan ke hadapan. Kemudian, dia berdesis sakit.

  "Hmph! Payahlah!" Kaki kirinya diusap perlahan. Tak lama selepas itu, cahaya biru keunguan keluar dari tapak tangannya. Bengkak pada kaki kirinya mulai surut.

  Violet ternganga. "Ah.. Ni mesti ada orang heal aku dari jarak jauh," ucapnya, cuba menyedapkan hati yang gelisah.

  Takkanlah dia salah seorang penduduk dunia itu... Kalau Rien bukan sebahagian daripada mereka?

  Violet menutup matanya. Hatinya cuba ditenangkan. "Tarik nafas... Hembus... Fuh.."

••••

  Hanz memandang gelagat kembarnya yang sedang berlatih bersungguh-sungguh.

  "Hanza! Kau tak perlulah belasah habis-habisan bila berlawan nanti! Nanti habis si Violet kau belasah!" Hanz memberi peringatan.

  Hanza sekadar menjeling jejaka kacak itu. Hanz terdiam. Sejak kebelakangan ini, perangai gadis itu sudah berubah. Lain daripada kebiasaan.

  Dia dingin. Dia kejam. Dia pendiam. Dia menakutkan.

  Tadi, salah seorang pelajar yang membulinya 'ter'langgar dia, terus dia mengamuk. Aura kuasanya dilepaskan. Hanz, si kembar dapat merasakan satu aura.

  Aura kejam yang semakin bercambah dalam diri Hanza.

  Dia tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku. Kalau tidak.. Hanza akan dibunuh, atas dasar tidak mahu ada pembelot.

  Oh, hanya Demon Kingdom je yang tahu tentang cara kedua merawat devil. Campak dalam hutan suci. Itupun hasil eksperimen. Ehek.. Err.. Lebih tepat, kerabat Demon Kingdom. Memang mereka je yang tahu, sebab Lisya, Ray, Rez dan Ryn sanggup campak diorang dalam hutan tu semata-mata nak sembuhkan Rys dan Kai. Malangnya, darah demon sudah pun sebati dalam tubuh. Redha jelah.

The Night Knight Princesses ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora