TNKP | 67

1.8K 142 20
                                    

  Dua gadis misteri yang keluar dari portal terlebih dahulu tadi mendarat di hadapan Aurora, Star, L, Rayyan dan para pemerintah.

  "Tsk tsk tsk.... Mengapa kamu mahu pulihkan ilusi yang telah ku beri kepadanya?" Gadis pertama tersenyum sinis.

  Aurora bertentang mata dengannya. Dia mengetap gigi melihat gadis itu. Rasa seperti mahu dipatah-patahkan sahaja tanduk gadis itu. Namun begitu, dia masih setia menyalurkan kuasa minda kepada Rayyan dan L. Dia menggunakan kuasa premonitionnya untuk menyedarkan dua putera itu.

  "Apa kau mahu dari dunia ini?" Star menyoal keras. Hilang aura ayunya tika itu.

  "Ah... Aku hanya mahu membalas dendam dan menawan kembali dunia ini. Salahkah niat murniku?" Syakila ketawa sinis. Matanya tajam menikam mata si Raja Sihir yang membina kubah pelindung. Penumbuk dikepal.

  "Pulang ke dunia kau sebelum kau kalah!" jerkah Star. Matanya melirik ke arah si adik yang masih menyalurkan kuasa. Dia tidak dapat membantu adiknya kerana dia hanya memiliki kuasa teleport, membaca memori dan yang terbaru, dia dapat menyeru pari-pari. Err... Pari-pari bersaiz kecil itulah, bukannya pari-pari yang mampu menukarkan diri menjadi besar seperti dirinya, Aurora, Raja dan Permaisuri Pari-pari.

  "Kalah?" Gadis di sisi Syakila ketawa kecil. "Kami tahu kami akan kalah kerana cerita ini klise macam cerita lain. Tapi, apa salahnya mencuba? Mana tahu penulis kita akan menukar jalan cerita atas kesungguhan aku dan Syakila?" Kayla berkata sinis.

  Semua menjeling Kayla. Bukan sahaja mereka di situ, malah semua tentera, White Warrior dan Dark Knight.

  "BODOH APAHAL KAU BOCORKAN RAHSIA?!" Satu suara menerpa ke dalam minda mereka. Sedarlah mereka itu suara kemarahan si penulis, Rys atau i_am_kacang

  Kayla menggaru kepala.

  "AKU AKAN BUAT KORANG KALAH LEPASTU MATI! MAMPUSLAH KORANG!"

  Kayla dan Syakila meneguk liur. Begitu juga tentera yang menyertai peperangan. Manakala di pihak yang baik, mereka tersengih bagaikan kerang busuk.

  "Err... Maaf..?"

  "TIADA MAAF BAGIMU! AKAN KU BUNUH KALIAN DENGAN TRAGIS!" Sekali lagi suara itu bergema.

  Semua syaitan di situ pasrah. Kerana mulut, nyawa binasa. Eh?

••••

  Seorang gadis terbang di udara dengan busur di tangannya. Dia lincah mengelak serangan dari syaitan yang lain. Sesekali tangannya menarik tali busur dan laju memanah pihak musuh.

  Dia tergelak kecil melihat syaitan yang dipanahnya terkejut melihat puluhan anak panah cahaya mengelilinginya. Dengan satu lagi panahan, semua anak panah itu menyerbu ke arah sasaran dan dia jatuh, mati menyembah bumi—. Erk? Maaf, mati menyembah tanah.

  Ekor matanya sempat menangkap kelibat si abang melibas musuh dengan pedang cahaya di tangan.

  "X SLASH!" Libasan berbentuk 'X' itu si gadis elak. Berkerut-kerut dahinya. Dia terbang ke arah si abang dan kepala lelaki itu dihempuk kuat.

  "Kau nak bunuh aku ke?" marahnya.

  Si abang menggaru kepala. Sempat mereka bertengkar di tengah-tengah udara yang bersepah dengan tentera syaitan baik tentera demon.

  Tiba-tiba satu kelibat menolak mereka. Akibat terkejut, kedua-duanya tidak sempat menghantar isyarat kepada otak agar menyuruh sayap mereka mengepak dan berkibar megah.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now