TNKP | 21

2.6K 171 21
                                    

  "ARGHHHHH!!" jeritan yang nyaring itu menggegarkan istana. Berlari para pengawal ke dewan makan, mahu mengetahui apa yang berlaku. Mungkinkah ada demon yang memecah masuk?

  Terkejut para pengawal yang berlari masuk tadi. Seekor anak singa dan seekor anak harimau sedang duduk elok di atas sebuah kerusi masing-masing. Hanza pula sudah membina pelindung cahaya di sekelilingnya.

  "Eh? Kenapa bising-bi—. AHHHH!!" Permaisuri Angel terjerit. Raja Angel mengurut dada, terkejut. Mujur tiada penyakit jantung.

  "Bonda.. Apa yang bising-bising ni?" soal L sambil mengusap matanya. Masih mamai. 

  "Kenapa ramai sangat berkumpul ni? Dengan pengawalnya.." seseorang memunculkan diri.

  "R.. Rien?" terpaku Raja Angel, Permaisuri Angel dan Hanza.

  "Yelah.. Saya dengan Violet baru pulang dari hutan suci. Petang tadi. He. He.." Rien ketawa kekok. Leo diambil dan dipeluk.

  Muncul pula Violet lalu Rise dipeluk. "Err.. Ni ha.. Haiwan.. Kami.. Terserempak masa pulang tadi." Violet tersengih.

  "Lah.. Terkejut kami semua nampak singa ni tadi. Ingatkan apalah. Pengawal, korang boleh kembali bertugas." titah Raja Angel.

  "Maafkan patik, tuanku." Rien dan Violet berbahasa istana. Leo, Rise, Rien dan Violet menundukkan badan tanda maaf.

  "Angkatlah kepalamu. Haisy, nak juga berbahasa budak-budak ni." bebel Raja Angel.

  Tergelak L dan Permaisuri Angel. Rien dan Violet tersengih.

  "Kamu berdua sihat? Bagaimana kehidupan di sana? Bahaya? Ada terserempak dengan haiwan suci? Bagaimana rupanya? Adakah kamu berdua ini manusia? Atau puak cahaya? Jikalau puak kegelapan, berambuslah kamu berdua dari istana beta."

  Ternganga Rien dan Violet. Panjangnya soalan!

  "Err.. Kami berdua sihat sahaja. Hidup di sana baik-baik sahaja." balas Rien.

  "Tiada pula terserempak dengan haiwan suci. Puak? Kami manusia, tiada pula rasa nak tumbuh sayap. Hehe.." sambung Violet.

  Raja Angel menggaru kepala. "Okay.. Jomlah makan. Cef menyediakan makanan yang enak harini. Memang rezeki kamu berdua. Er.. Singa dan harimau ni mahu makan apa?"

  "Hmm.."

  'Daging.. Kami nak makan daging tu. Nyum nyum..' Rise berkomumikasi dengan Violet.

  Gadis itu terkejut. "Er.. O. Kay.. Eh.. Hah. Daging. Daging." Violet agak gelabah. Dia memang agak dingin tapi tulah, gelabah pun ada.

  "Sebelum itu, mengapa anakanda berdua tidak memakai gaun yang tersedia?" soal Permaisuri Angel.

  Kedua gadis itu tersengih. "Ampun, tuanku. Tapi, patik berdua lebih suka menyarungkan T-shirt kami."

  Permaisuri menggeleng kepala. Ada sahaja keletah mereka. Nak berbahasa istanalah.. Haih..

  "Selepas ini, kami akan menyarungkan gaun itu. Hehe.." Rien tersenyum. "Er.. Mana Rayyan?"

  L tersenyum kambing. HAHAHAHA.. "Aik? Tanya Rayyan je ke?" usiknya.

  Merah wajah Rien diusik sedemikian. "Mana Rayyan dan Hanz?"

  "Mereka ke Dragon Kingdom. Rayyan tinggal di sana. Hanz pula ada urusan di sana." balas L.

  "Ouh.."

••••

  Permaisuri Angel mengerutkan dahi. Siapa pula yang bangun jam 5 pagi ni? Nak memasak?

The Night Knight Princesses ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin