TNKP | 30

2.4K 172 30
                                    

  Rien berguling-guling di atas katil. Seketika kemudian, dia mendudukkan diri lalu mengeluh. Kebosanan melanda diri! Tanpa membuang masa dia berlari ke bilik Violet lalu pintu itu diketuk bertalu-talu.

  "Huarghh.. Nak apa?" soal Violet dengan malas. Matanya digosok perlahan.

  "Jom berlatih! Esok kita akan berlawan dengan pelajar kelas elit!" kata Rien dengan senyuman.

  Violet mengangguk. Dia masuk semula ke dalam bilik. Rien menunggu dengan sabar. Selepas beberapa minit, kesabarannya menghilang. Pintu dibuka kasar.

  "VIOLET!!!" Istana Secret Kingdom yang didiami bergegar hebat dek jeritan Rien.

  Violet tersedar daripada lena. Matanya mencerlung tajam, memandang Rien yang mengganggunya.

  "Aku ngantuklah! Shuh!!" halaunya. Selimut ditarik semula.

  Rien mendengus geram. Selimut Violet ditarik lalu dicampak ke luar bilik. Nasiblah siapa yang terkena. Tubuh Violet ditarik kuat. Tak bergerak juga. Liat betul budak ni! Apa lagi, Rien sepak jelah! Tergolek budak tu jatuh katil.

  Violet menekup perut. Wajahnya berkerut menahan sakit. Dia merengus. Tubuhnya cuba dibangunkan.

  "Bangun, Vio! Kalau kau lemah macam ni, macam mana nak lawan esok! Aku baru sepak kau!" marah Rien. Lagaknya umpama panglima perang yang memahukan kemenangan demi keamanan! Eh?

  "Yelah yelah.. Memekak je kau ni!" bebel Violet. Langkah diatur ke bilik mandi.

  Rien tersenyum puas.

••••

  Pedang dilibas dengan pantas. Namun, serangannya mampu ditangkis dengan mudah.

  "Lagi, Violet!" jerkah Rise. Pedang dihayun melawan serangan Violet.

  Violet mengetap bibir. Pedang dicacakkan di sisi. Dia mula berlawan dengan kaedah hand combat. Tumbukan padu dihadiahkan buat Rise.

  Rise sempat mengelak. Serangan Violet dalam kategori mudah. Senang dibaca!

  "Jangan biarkan musuh membaca pergerakan kau, Vio!" ujar Rise dengan sinis.

  BOOM!

  Pandangan Violet beralih, memandang letupan yang berlaku. Dia terleka seketika.

  Buk!

  Tubuhnya tercampak jauh. Rise menggeleng.

  "Fokus, Vio. Kalau kau mudah leka, kau sangat senang ditumpaskan. Lebih-lebih lagi pergerakan kau senang dibaca," tegur Rise. Matanya tidak memandang Violet, sebaliknya memandang Rien dan Leo yang sedang bertarung. Dia akui, Rien handal berpedang dan tarafnya seperti dirinya dan Leo.

  Violet turut begitu tetapi dia polos dan mudah terpedaya. Violet juga handal berpedang dan berlawan. Jika dia banyak berlatih, Rise pasti, gadis itu mampu menjadi seorang pahlawan agung.

  Berbalik kepada Rien dan Leo, perlawanan mereka sudah tamat dengan markah seri antara mereka berdua.

  Wajah Rien tidak muram, sebaliknya ceria atas kejayaan dia. Ceh... Kau seri dengan Leo, bukan berjaya kalahkan Leo.

  Rien duduk di sebelah Violet. Dia melentokkan kepala di atas bahu sahabatnya. Jangan fikir bukan-bukan eh? Bak kata Mummy Mica, kau tak tahu bezakan antara ikatan persahabatan dengan cinta terlarang eh?

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now