TNKP | 64

1.8K 129 79
                                    

  “Beta kembali.”

  Kaku. Suasana sepi.

  “Bangkitlah wahai penjaga kerajaanku. Angkatlah wajahmu, menghadap pemerintahmu.” Si dia bersuara. Dia berjalan ke arah takhta yang diduduki dua gadis. Matanya melirik kepada ahli Dark Knight.

  Rien dan Violet cepat-cepat berdiri di sisi Leo dan Rise. Wanita tadi duduk di takhta Rien dan lelaki di sisinya pula melabuhkan punggung di takhta Violet.

  “Tuanku Puteri Alexa.” Rien membuka mulut, memecah kesunyian.

  “Ya, anakandaku?”

  Violet terduduk. Air matanya mengalir perlahan. Rise memandang sepi. Tidak tahu mahu buat apa.

  Lelaki yang duduk di takhta gadis itu menarik Violet lalu memeluknya. Rien dan wanita tadi mendekati mereka berdua.

  “Kami kembali. Bonda dan ayahanda sudah pulang, permataku…” Puteri Alexa tersenyum manis. Dahi Rien dan Violet dikucup penuh kasih sayang.

  Sementara itu, yang lain masih kaku, tidak percaya.

  Pasangan yang hilang kini kembali?

  Hampir lima minit berpelukan, barulah Puteri Alexa melepaskan pelukan. Dia dan suaminya kembali duduk di kerusi takhta.

  “Pasti kalian tidak menjangkakan kepulangan beta, bukan?”

  Sepi.

  Putera Zeilian ketawa kecil. Dia memetik jarinya. Beberapa buah kerusi  dan meja muncul. Terus semua yang berdiri terduduk di atas kerusi itu. Mereka memandang Putera Zeilian.

  "Itu adalah salah satu kuasa beta iaitu ilusi,” jelasnya apabila melihat kekeliruan pada wajah mereka. Anakandanya dan juga guardians mereka juga terduduk di sisi kerusi takhta.

  “Beta tahu kalian bakal menghadapi peperangan.”

  Ray sebagai wakil mengangguk.

  “Boleh terangkan apa rancangan kamu?” soal Puteri Alexa.

  Ray sekadar mengangguk. Dia berdiri. Kali ini, beberapa hidangan makanan dan minuman muncul di atas meja. Tak lain tak bukan, kerja si Putera Zeilian, si putera kelahiran Kerajaan Werewolf.

  Ray menerangkan tentang rancangannya bagi menentang puak syaitan itu nanti. Habis menerangkan, Puteri alexa membenarkannya duduk.

  “Tuanku tidak menyertai peperangan ini?” soal Rez.

  “Tidak. Beta dan kembar beta, Puteri Diandra merupakan titik permulaan bagi peperangan dan anakanda kami akan menjadi pengakhirannya,” jelas Puteri Alexa.

  “Jadi, kami memerlukan pengorbanan Puteri Rien dan Puteri Violet?” soal Hanza dengan berhati-hati. Dia memanggil Rien dan Violet dengan gelaran puteri kerana status mereka.

  “Ah… Tidak semestinya. Rien dan Violet hanya melawan sang syaitan, bukan mengorbankan diri mereka.” Puteri Alexa ketawa kecil. “Maaf, maaf. Kami lupa mahu perkenalkan diri.” Puteri Alexa tersenyum menawan.

  “Nama beta ialah Alexa dari Kerajaan Diamond. Beta merupakan puteri pahlawan malam yang ke-99 dan digelar sebagai permulaan cabaran kalian.”

  “Nama beta pula ialah Zeilian Zendryes. Beta dari Kerajaan Werewolf. Beta ialah suami kepada Alexa.” Putera Zeilian tersenyum. “Qrienshes Relveyn dan Violet adalah permata kesayangan kami yang dihantar ke bumi dan dibesarkan di sana demi keselamatan mereka.”

  Crya mengangkat tangannya. “Jadi… Tuanku ialah ayah saudara saya?”

  Putera Zeilian ketawa. “Tidak.”

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now