TNKP | 22

2.6K 187 31
                                    

  Pada petang itu, Raja Zach, Permaisuri Andria, Putera Louis, Hanza, Rien dan Violet turun ke istana Lightning Kingdom. Meriah dan agak kecoh juga di istana itu. Lebih-lebih lagi tatkala Permaisuri Sandra merajuk dengan Permaisuri Andria sebab tak bagi tahu tentang kepulangan Rien dan Violet.

  "Alah, Sandra. A.. Aku lupa. Maafkanlah aku... Aku teruja semalam." kata Queen Andria.

  Queen Sandra mencebik. Wajah dipaling dari menghadap wajah sahabatnya. Dia merajuk!

  "Sandra... Sandra... Sandra~ Hukhuk!" Queen Andria memuncungkan mulut. Dia mahu menangis!

  King Zach, King Zion, Hanza, Rien dan Violet hanya ketawa melihat drama tidak berbayar itu. Hanz, L dan Rayyan galak bergaduh atas satu sebab iaitu... Perebutan blueberry muffin yang terakhir.

  "Ah! Aku nakkkk!!"

  "Tu aku punya!"

  "Hisyy!!"

  Rien dan Violet mengurut dahi. Perlahan, mereka menarik Hanza, Queen Sandra dan Queen Andria ke dapur istana.

  "Jadi... Kakak Hanza. Bonda Andria dan Bonda Sandra. Jom bakar kek?" ajak Violet.

  Mereka bertiga mengangguk. Di samping itu, mereka mahu membuat satu pertandingan. Siapa punya kek paling sedap!

••••

  Satu jam tiga puluh minit kemudian, lima ekor chef naga memunculkan diri. Mereka meletakkan lima buah(?) dulang di hadapan lima jejaka itu.

  "Queen Sandra menitahkan kalian berlima untuk memilih satu jenis kek berdasarkan cita rasa masing-masing." ujar salah seekor manusia naga itu sambil membuka sebuah dulang diikuti dulang-dulang yang lain.

  "Woah..." kelima-lima lelaki itu mula berasa lapar melihatkan lima biji kek yang sudah dipotong itu.

  "Queen Andria menitahkan agar kalian berlima duduk di hadapan kek pilihan masing-masing."

  "Seorang satu kek?" soal Hanz.

  "Terpulang." jawab naga-manusia itu.

  Kelima-lima mereka berpandangan. Terus mereka berebut mahu duduk di hadapan kek pilihan hati mereka.

  King Zach duduk di hadapan sebiji kek keju.
  King Zion duduk di hadapan sebiji kek coklat.
  Louis duduk di hadapan sebiji kek blueberry.
  Rayyan duduk di hadapan sebiji kek red velvet.
  Hanz duduk di hadapan sebiji kek black forest.

  "Kalian berlima dibenarkan merasai kek pilihan kalian. Kemudian, kalian perlu merasai kek-kek yang lain lalu duduk di hadapan kek yang dirasakan paling sedap." jelas naga-manusia kelima.

  Mereka berlima mengangguk. Setelah setengah jam bergaduh, akhirnya mereka kekal di kedudukan asal. Haih, memang tak boleh berpisah dengan kek favourite tu.

  "Dipersilakan meneka kek buatan siapakah itu bermula dari King Zach. Kalau betul, ada hadiahnya."

  King Zach mengerutkan dahi. "Ini kek buatan Queen Andria...?"

  "Kek coklat ni pula mesti Queen Sandra kan? Err.. Salah.. Kot? Err.." ujar King Zion.

  "Blueberry cake by Violet." L tersenyum sendiri.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now