TNKP | 5

3.6K 233 22
                                    

  "Oi! Oi! Hanz!"

  "Oh pocot namaku Hanz!" latah Hanz. Wajahnya bertukar cemberut dah memerah apabila digelakkan oleh rakan-rakannya yang lain. Dia turut menyedari bahawa tiga orang pelajar baru itu sedang menahan senyuman.

  "Kau termenung apa, hah?" soal Rayyan dengan sengihan.

  "Takde apalah..."

  Violet tersenyum melihat telatah mereka. Dia terasa bahunya dicuit perlahan.

  "Violet... Teman aku ke tandas sekejap," pujuk Rien.

  Gadis berambut keunguan hanya akur. Tangannya ditarik menuju ke luar kelas. Mereka berhenti di koridor kelas. Wajah Violet berkerut.

  "Erm... Aku cuma nak tanya. Kau... Nak pindah ke?" soal Rien dengan wajahnya yang dipalingkan ke luar, menghadap tumbuhan yang merimbun di sekolah.

  "Aku... Tak tahu tapi... Mungkin aku akan pindah. Aku dah tak sanggup lihat wajah sayu ayah dan abang angkat aku. Aku dah tak sanggup susahkan kakak sebelah rumah tu untuk rawat aku. Aku.. Aku akan pindah secepat mungkin.." jelas Violet dengan senyuman hambar.

  "Aku tak kisah... Kau sahabat aku selamanya dan aku hanya nak lihat kau bahagia. Aku akan sokong kau selagi keputusan kau tepat," pujuk Rien.

  Mereka tersenyum lalu kembali ke kelas. Sempat juga mereka menyinggah ke tandas seperti yang diperkatakan Rien.

  ••••

  "L? L... L!!" Daripada panggilan kepada jeritan. Hanza memandang L dengan geram. Pekak ke?

  "Erk? Apa?" soal L dengan wajah tidak polosnya.

  Pap!

  Hanza berpaling. Sakit hati dia dengan Louis tu!

  "Kenapa dia tu?" soal L dengan kerutan.
 
  "Siapa suruh kau termenung dan abaikan panggilan dia. Mendapatlah. Hahahaha... Apa-apa pun, kau termenung apa?" soal Hanz, kembar si Hanza.

  "Ah takde apa. Aku cuma rindukan bonda, ayahanda dan kerajaan. Itu sahaja," jelas L.

  Rayyan dan Hanz mengangguk.

  "Hujung minggu nanti kita baliklah eh? Aku pun makin rindu ni," sampuk Hanza setelah lama berdiam diri.

  "Okay!"

  "Eh, kenapa ni? Rindu siapa?" soal seseorang.

  Mereka berempat menoleh. Fuh, nasib baik.

  "Takdelah. Kami rindu ibu bapa kami," ujar L dengan senyuman.

  Wajah Rien dan Violet yang ceria terus mati. Wajah sugul pula yang diberi.

  "Erk... Kenapa ni?"

  "Bodoh! Kan mereka anak yatim piatu!" bisik Rayyan dengan garang.

  L menggaru kepala. "Ma... Maaf."

  "Takpelah..."

  "Kami berdua fahami kalian, Rien, Violet. Kami pun merindui seseorang bergelar ayah dan seseorang bergelar ibu walaupun tidak pernah berjumpa," kata Hanza dengan sayu. Dia memandang Hanz.

  Rien dan Violet berpandangan. Tubuh Hanza ditarik ke dalam pelukan. Tangisan Hanza pecah sedikit demi sedikit. Ah, mari beri mereka sedikit ruang.

  ••••

  "Hai, sayangku. Saya dapat tahu awak ni masih tiada pasangan. Apa kata saya jadi pasangan awak?" tawar seorang gadis dengan lenggok gediknya.

  Ray menjeling gadis itu sekilas. Tangan gadis itu ditarik kasar ke luar kelas.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now