TNKP | 48

1.8K 144 21
                                    

  "Selamat datang, Dewi Bunga!"

  Para tabib terkejut, lantas mereka melutut sebelah kaki seperti ahli sihir yang sudah melakukan perkara yang sama.

  "Bangunlah wahai para penduduk Dunia Fantasi..." Riane tersenyum manis.

  "Apakah tujuan Dewi Bunga hadir ke dunia kami dan melawat kami di sini? Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" soal pembantu Vladeric bagi mewakili semua orang di dalam bilik mesyuarat itu.

  Pada tika itu, Vladeric masih belum hadir. Ada hal katanya.

  "Saya datang bagi memenuhi takdir lagenda dunia ini... Usahlah kalian bimbang. Oh, saya dengar bahawa putera Kerajaan Naga dan putera Kerajaan Angel ditimpa musibah akibat Dewi Sumpahan. Benarkah?" soal Riane dengan kerutan di dahi.

  "Benar, dewi..."

  Klak...

  Semua berpaling... Lagi?

  "Maafkan saya kera-. Dewi Bunga?" Terbuntang mata Vladedic Neflos apabila matanya tertancap kepada susuk tubuh seseorang yang boleh dikatakan ganjil dalam bilik mesyuarat itu.

  "Selamat berkenalan, pewaris Neflos," sapa Riane si Dewi Bunga dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

  "Selamat bertemu dan selamat berkenalan, Dewi Bunga," balas Vladeric. "Apakah tujuan dewi ke mari?"

  "Ada perkara yang mahu saya bincangkan bersama kamu," kata Riane dengan serius.

  "Oh, berkenaan apa ya?"

  Riane tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum. Dia berjalan ke luar istana kerajaan itu. Mesyuarat kali ini diadakan di Kerajaan Pari-pari. Kalau diikutkan, pusat utama Dunia Fantasi adalah Kerajaan Diamond. Tapi, semestinya kerajaan itu sangat-sangat dilarang untuk orang masuk.

  Berbalik kepada kisah, Vladeric mengekori langkah Dewi Bunga itu dengan pelbagai persoalan.

••••

  Siapa masih ingat akan majlis ke-puteri-an Puteri Pahlawan Malam? Ya, majlis itu ditangguhkan atas sebab-sebab yang rahsia walhal ianya kerana putera mahkota Naga dan Angel.

  Persiapan yang dahulunya terbantut kini disambung kembali. Kali ini, majlis itu bertambah meriah kerana mahu memohon maaf kepada Syakila dan Kayla disebabkan penangguhan majlis. Dua gadis itu sekadar tersenyum tidak kisah.

  "Wah!" Syakila dan Kayla terlopong melihat dewan utama istana. Dewan itu dihiasi cantik dengan warna putih dan digandingkan dengan warna ungu lembut, merah jambu dan sedikit biru gelap serta hitam. Kombinasi ini diserikan lagi dengan kilauan putih bak bintang yang bercahaya di waktu malam. Majlis ini berdasarkan puteri pahlawan malam. Bintang yang cerah bercahaya di kelam malam. Hadirnya sang bulan menerangi jalan.

  Sungguh, kombinasi itu kelihatan sangat cantik! Syakila dan Kayla sudah melihat dan mencuba gaun yang direka khas buat mereka pada malam itu. Mereka sangat berpuas hati dengan gaun mereka! Impian mereka selama ini bakal tercapai.

  Menjadi pemerintah dunia selepas mendapatkan kembali takhta kerajaan keturunan mereka. Pasti rakyat dunia itu berasa senang hati. Masalah mereka cuma satu sahaja, iaitu puak kegelapan.

  Boleh dikatakan, kini, Kerajaan Demon seolah-olah tidak wujud lagi dalam Dunia Fantasi. Sejak kejadian Ray dihina dua orang putera mahkota itu, kerajaan itu membina sebuah pelindung kegelapan yang sangat kelam. Satu cahaya pun tidak mampu menembusi pelindung itu.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now