TNKP | 37

2.2K 150 8
                                    

  Violet mencelikkan matanya. Dia mendudukkan diri dan terkebil-kebil melihat dinding putih di hadapannya. Bukan, di sekelilingnya berwarna putih. Violet sekadar memberi riak kosong.

  Klak..

  Pintu dibuka. Seperti yang dijangka Violet, dia bukanlah naif sangat sampai tak tahu membezakan antara bilik bercat putih dengan dimensi pelik. Wajah Rise yang tersenyum menjadi tanda tanya buat dirinya.

  "Rien dah sedar?" Soalan itu terpacul keluar dari bibir Violet.

  "Shh.. Kau masih lemah.." Rise tersenyum. "Jangan risau, sahabat kau baik-baik sahaja. Cuma, dia masih belum sedar sejak lima hari pengsan.."

  Tersedak gadis yang sedang minum air itu. Mana dapat? Dekat sebelah katil tersedia sebuah meja kecil yang diletakkan sebuah jag berisi air kosong, sebuah gelas dan sebuah pasu bunga.

  "Lima hari?"

  Rise mengangguk. Dia melabuhkan punggung di sebelah Violet. Kepala si gadis diusap bagaikan mempunyai pertalian darah. "Korang merisaukan aku dan Leo. Apa jadi?"

  "Aku dan Rien sedang... Ah, aku terlupa!"

  Rise sekadar berdiam diri. Firasatnya mengatakan bahawa.. Dunia itu dalam bahaya.

••••

  Dua pasang kembar berdiri tegak, memandang bangunan-bangunan gah di hadapan mereka. Sepasang kembar berketurunan pari-pari manakala yang lagi sepasang pula berketurunan angel.

  "Kalian pun pelajar barukah?" sapa kembar yang berambut kuning. Anak matanya juga berwarna kuning cuma ada sedikit warna coklat dan oren.

  Diam.. Pasangan kembar pari-pari itu diam.

  "Mari kita mendaftar bersama," ajak kembar gadis yang menyoal tadi. Rambutnya sangat cantik. Gabungan warna merah jambu, putih, biru dan ungu. Gadis itu bermata biru.

  "Tidak mengapalah. Kami ada urusan lain.." tolak pasangan kembar yang kedua.

  "Err.. Okay.. Nama saya Syakila. Ini kembar saya, Kayla." Syakila menghulur tangan, mahu bersalaman.

  Kayla juga melakukan sedemikian. Mahu tidak mahu, kembar yang dingin itu menyambut huluran kembar yang peramah itu.

  "Kami minta diri dahulu.." pamit kembar berdua yang dingin itu.

  Syakila dan Kayla mencebik sebaik sahaja kembar dingin itu berlalu pergi. Mereka melangkah masuk ke dalam akademi elit itu. Kaki bergerak perlahan mencari pejabat di akademi itu.

  "Auch!" Syakila berdesis kesakitan apabila terlanggar tubuh seseorang. Gadis itu jatuh terjelepok di atas lantai.

  "Maaf." Balasan dingin itu tidak diendahkan Syakila sebaliknya dia terasa mahu meletup di situ. Mujurlah si kembar, Kayla mengusap belakangnya lalu membantunya bangun.

  "Eh, kenapa masih belum masuk kelas?" tegur seseorang. Nada suaranya sangat tegas.

  "Ma.. Maaf. Kami pelajar baru.." balas Kayla dengan sopan.

  "Pelajar baru? Setahu aku cuma ada empat orang pelajar baru hari tu. Cuma Rien, Violet, Rise dan Leo. Korang ni siapa?" soal sahabatnya dengan nada keras. "Dah berlawan ke?"

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now