TNKP | 15

2.5K 192 27
                                    

  "Good to see you again, my master's heirs."

  Rien dan Violet berpandangan seketika. Mereka kaku seperti patung.

  "Master?" panggil makhluk pertama.

  "Apakah?" ucap Rien dan Violet serentak sebelum pandangan mereka gelap dan rebah tidak sedarkan diri.

••••

  "Adeh. Pengsan pula diorang berdua ni." rungut sang singa.

  Sang harimau hanya menggeleng dan berjalan mendekati dua gadis yang elok terbaring di atas dedaunan gergasi di tengah hutan itu. Haiwan suci itu menepuk perlahan pipi Violet dengan tapak tangannya yang gebu.

  Violet terbangun daripada 'lena'. Dia memandang sekelilingnya dan terkejut apabila mendapati Rien terbaring di daun sebelahnya dan ada dua ekor haiwan suci di hadapannya yang sedang memerhatikannya.

  "Ri... Rie.. Rien.. Ba.. Bangun!" kalau pagi tadi Rien kejut Violet, kali ini Violet kejut Rien.

  "Aduhh.. Peningnya kepala aku..." kata Rien yang baru tersedar. Dia mendudukkan dirinya. "Aku mimpi kita terserempak dengan haiwan suci.." sambung gadis itu lagi. Rien menggosok matanya. Pandangannya tertancap kepada dua ekor haiwan.

  "Rien. Ia. Bukan. Mimpi." jelas Violet.

  "What?!!" jerit Rien.

  "Oi! Tak payahlah jerit! Pekak telinga kitorang!" marah sang singa.

  Sekali lagi, Rien dan Violet terkaku.

  "Kau.. Kau boleh.. Bercakap?!" soal Violet dengan terkejut.

  Sang singa memandangnya dengan datar. "Mestilah. Kau ingat kitorang bisu ke apa." sindir sang singa.

  Sang harimau menepuk dahi kerana Rien dan Violet terpengsan sekali lagi. Dia mengaum dan memarahi sang singa.

  ••••

  Rien membuka kelopak matanya dengan perlahan. Sudah malam. Gadis itu mendudukkan diri dan menoleh ke tepi. Violet sedang tidur. Mereka di rumah pokok.

  "Itu mimpi atau...?" Rien tidak mampu menjawab soalan itu. Dia sendiri hairan.

  "Uwarghhh." Violet menggeliat dan duduk di sebelah Rien. Nampaknya, dia masih mamai.

  Tiba waktu makan malam, Rien dan Violet agak hairan kerana ada bunyi di dapur. Perlahan-lahan, mereka melangkah keluar dari bilik.

  "Uh.. Siapa kamu berdua?" soal Violet kepada dua jejaka yang sedang duduk di sofa. Sorang memakai pakaian serba biru manakala seorang lagi serba hitam.

  "Nama aku, Rise. Ni sahabat aku, Leo." kata jejaka yang memakai pakaian serba biru.

  "Kenapa ko—" kata-kata Rien dipotong.

  "Kitorang berdua kenal korang. Oh ye, kitorang nilah haiwan suci. Rise seekor harimau purba manakala aku pula singa purba. Yang terakhir.." Leo tersenyum.

  Rien hampir cair dengan dia! Warghhh!! Ingat, kau ada Rayy—... Eh?

  "Hei, masaklah makan malam. Kami berdua laparlah.." Rise dan Leo tersenyum comel.

  Rien dan Violet tak mampu melawan. Hati mereka cair! Huaaaaa!!

Rayyan : baru ke sana dua hari dah cairlah. Apalah.. Itulah..

The Night Knight Princesses ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें