TNKP | 19

2.4K 176 21
                                    

  "Fixie!! Nixie! Winnie!" laung Flair.

  Ketiga pari-pari penjaga itu menoleh. Fixie, si pari-pari penjaga puak naga api purba. Nixie, pari-pari penjaga puak naga alam purba. Winnie, pari-pari penjaga puak naga air purba.

  "Apa?" serentak, ketiga mereka menyoal.

  "Guardian Leo dan Guardian Rise ingin bertemu dengan semua penjaga dan ketua puak haiwan Secret Kingdom tepat jam 12 tengah malam esok di istana." kata Flair. "Tolong beritahu yang lain, ye. Byeeee." Flair mengepakkan sayapnya dan menghilang di sebalik awan.

  Fixie menggeleng. Naga remaja tak guna.

  "Emm. Aku pergi dulu, Winnie, Nixie." pamit Fixie. Sayap kecilnya dikepak perlahan. Tubuhnya yang kecil mula menghilang di sebalik magis api yang mengelilingi dirinya.

  "Pergi dulu!" Nixie dan Winnie turut begitu. Mereka bersurai.

••••

  "Kenapa korang act macam kitorang ni puteri raja?" soal Rien hairan.

  "Alah, lagi best, Rien. Hehehe.." Violet ketawa. Alangkah indahnya hidup dia sekiranya dia puteri raja. Ouh, bagusnya~.

  Pap!

  "Jangan nak berangan! Kita ni manusia biasa je tau!" Rien menepuk dahi Violet.

  "Kau tak suka kehidupan tu?" Violet menyoal. "Kehidupan sebagai puteri raja. Kehidupan yang bahagia. Aku tak minta kekayaan. Aku tak minta apa-apa. Aku cuma mahukan perhatian. Mahukan kasih sayang. Kalau dapat sebuah keluarga yang miskin atau kaya pun aku tak kisah. Asalkan aku dapat perhatian. Aku dapat kasih sayang. Kita berdua sama, Rien. Mendambakan kasih sayang." ujar Violet dengan sayu.

  "Aku tahu, Violet tetapi kita tidak patut mengambil kesempatan atas perkara ini. Cukuplah kita menjadi manusia biasa. Jangan lupa akan sahabat-sahabat kita di istana kerajaan sana, sahabat-sahabat kita si guardian purba, sahabat-sahabat haiwan kita."

  "Tapi ia tidak sama dengan keluarga!" bentak Violet.

  "Jangan ego, Violet. Di sini bukan dunia kita. Di sini bukan tempat kita sepatutnya berada. Kita sepatutnya di sana. Di bumi. Kehidupan sebenar kita di sana. Jangan lupa daratan, Violet." Rien menasihati Violet.

  Violet tertunduk. Perlahan-lahan dia jatuh terduduk di atas rumput yang menghijau. Mutiara jernih mengalir perlahan dan membasahi wajah cantiknya.

  "Kau jangan lupa. Kau hilang mereka semua. Aku sentiasa ada. Kita.. Saling memerlukan.. Violet.." Rien memeluk Violet yang menangis.

  Violet tersedar. Dia terlupa. Dia ada mereka yang lain. Dia ada L, Rayyan, Hanz, Hanza, Leo, Rise, haiwan-haiwan kerajaan Secret Kingdom dan yang paling penting... Rien. The most precious friend. Gadis yang dianggap sahabatnya, kakaknya, keluarganya.

  "Maafkan aku, Rien. Maafkan aku. Aku terlupa.." Violet menyembamkan wajahnya di bahu Rien. Mereka baring di atas rumput dan dikelilingi haiwan-haiwan Secret Kingdom.

  Tak lama selepas itu, mereka terlelap. Dengan kehadiran haiwan berbulu gebu di sisi.

••••

  Fixie terbang ke padang rumput yang luas terbentang indah.

Rys : Ni bukan karangan BM, Rys. Ni bukan. Kenapa kau guna ayat ni masa menulis cerita tapi masa exam kau merepek? 😑

  "Eh?" Fixie ternampak dua susuk tubuh yang terbaring di sisi sekumpulan haiwan yang lena. Dia mengerutkan dahi.

  Dia berpatah balik lalu terbang ke istana Secret Kingdom.

  Pap!

  "Adeh!" kepalanya diusap. Sakitlah langgar makhluk bertubuh besar ni!

Rys : Diorang tak besar. Awak tu yang kecik, Fixie!

  "Fixie? Buat apa dekat sini?" soal Leo.

  "Ouh, Leo. Saya nak cakap yang ada dua orang manusia di padang rumput. Mereka berdua terlena di sisi haiwan yang lain. Bagaimana mereka boleh masuk ke sini?" Fixie mengerutkan dahi.

  "Ouh, Rien dan Violet. Hmm.. Biarkan mereka. Aku dan Rise yang bawa mereka. Esok malam akan terangkan sebabnya." jelas Leo. "By the way, mereka tertidur?"

  "Yup."

  "Kalau macam tu aku pergi dulu." Leo berjalan meninggalkan Fixie. Sempat dia mengetuk kepala Fixie dengan jari telunjuknya.

  "HEIIII!!"


••••

  "Leo? Kau nak pergi mana?"

  "Hah baguslah kau ada. Jom ikut aku. Kita kena ambil dua budak kecil tu. Diorang pergi tidur di padang rumput pula. Haish!" bebel Leo.

  Rise tergelak. Kat situ pun jadi?

  "Tu mereka." Rise menunjuk ke arah kumpulan makhluk yang lena.

  "Ehem.. Perhatian kepada kesemua haiwan. Anda boleh pulang ke habitat kediaman anda. Aku dengan Rise nak ambil dua budak kecil ni. Terima kasih." Leo ketawa. Apalah yang dia mengarut?

  "Err.. Leo. Aku tak rasa kita boleh teleport.." Rise menggaru kepala.

  "Kenapa? Teleport jelah." bidas Leo.

  "Mereka kelihatan penat. Mata sembap macam lepas menangis. Takut tidur mereka terganggu pula." terang Rise.

  Leo memandang Rien dan Violet yang tidur berpelukan. Dia tahu. Dia nampak. Keeratan hubungan mereka berdua. Sangat akrab. Walaupun mereka berdua mempunyai nasib yang sama, mereka saling melengkapi dan memerlukan. Seolah-olah mereka berdua adalah keluarga.

  "Baik, kita angkat mereka." putus Leo. Dia mendukung Rien di belakangnya. Begitu juga dengan Rise. #Piggyback!

  "Uh, nasib baik mereka Violet ringan. Kalau berat, aku campak dia ke sisi ketua puak naga api purba." rungut Rise.

  "Kalau kau campak Violet tu pun, dia akan dihormati. Bukan disakiti." sindir Leo.

  Rise tersengih. Terlupa perkara itu.

  "Kau pasti ke mereka ni..?"

  "Aku tak tahu. Aura mereka berlainan berbanding dengan keturunan yang sebelumnya." kata Leo.

  "Huh?"

  "R.. Ray.. Rayyan!" Rien mengigau. Tangannya terkapai-kapai seolah-olah mahu mencapai sesuatu. "To.. Tolong aku.. Rayyan.." nada suara Rien berubah lemah.

  Rise dan Leo berpandangan.







To be continued

Lalalalala... Hikhik..

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now