TKNP | 14

2.7K 189 51
                                    

  Rien menggeliat seketika. Dia memandang sekeliling sebelum melakukan sesi memanaskan badan. Dia berdiri dan memandang manusia yang masih terbongkang di atas katil itu.

  Ya, itulah Violet.

  Rien tertanya-tanya sebenarnya, benarkah si Violet ni bermulut puaka? Dia baik sahaja... Emm...

  "Woi bangunlah." Rien mengejut kasar. Bukan apa, kalau kejut dengan sisi ayunya, sampai mati pun Violet tu takkan bangun.

  "Emph! Khau perhilah dulu... Haku ngantukhlah..." kata Violet dalam separuh sedar. (Emph! Kau pergilah dulu... Aku ngantuklah...)

  "Betul ni eh? Kalau sarapan habis jangan marah aku," ugut Rien. Bukannya dia tidak tahu bahawa Violet seorang yang kuat makan.

  "Ya ya..." balas Violet dengan nada mendatar. Selimut ditarik menutupi tubuh.

  "Yalah. Oh, aku nak pergi jalan-jalan sekejap lepas sarapan. Pai!" Rien melangkah ke bilik mandi yang tersedia dalam bilik itu. Sepatutnya mereka tidur di bilik sendiri, yang tersedia dalam rumah pokok itu. Tetapi si gedik bermulut puaka itu datang mengetuk pintu biliknya pada tengah-tengah malam semata-mata mahu tidur bersama.

  Tidak dapat lena katanya. Eleh! Tak sampai seminit melabuhkan kepala atas bantal terus berlayar ke alam mimpi! Dasar penipu!

  Sehelai T-shirt berwarna merah disarung ke tubuh berserta seluar sukan. Rambut panjangnya diikat kuda. Matanya membulat sebaik sahaja melihat makanan yang tersedia di atas meja makan!

  "Wah! Eh, kau orang ke yang sediakan sarapan ini?!" soal Rien dengan teruja. Ya, kedengaran seperti orang gila kan?

  Perlahan Rien dapat melihat 'balasan' tumbuh-tumbuhan itu. Mata Rien bersinar suka. Yeah!

  Usai menjamah makanan berupa dua keping roti yang disapu jem strawberi dan susu suam, Rien turun dengan berhati-hari dari rumah pokok itu.

  Sebaik sahaja kakinya mencecah tanah, dia memandang sekeliling. Telefon yang sempat dia ambil dan letakkan dalam poket dia keluarkan.

  "Takde line? Takpelah bateri masih seratus peratus lagi ni. Hmm..." Akhirnya Rien mengambil keputusan mahu berjalan-jalan di kawasan sekitar. Telefon disimpan kembali.

  Sedang dia melakukan 'tinjauan', dia terkejut apabila mendengar bunyi derapan langkah. Dia yang terkejut terus terbaling telefonnya, yang dia keluarkan tadi untuk melihat jam.

  Rien mula berjaga-jaga. Manalah tahu itu.... HAIWAN SUCI?! Erk maaf tukar sekejap, dah bosan dengar.

  Manalah tahu itu.... PENJAGA HUTAN?!

  Ah, lebih baik... Mungkin?

  Aisy! Rien menepis segala jenis imaginasi dalam mindanya. Telefon itu sangat penting kerana itu hadiah daripada ayah Violet. Ayah angkat, lebih tepat.

  Semak itu diselak. Eh? Abaikan. Tangannya laju mencapai telefon berjenama Huawei itu. Debu tanah yang terlekat dibersihkan. Mujurlah tiada calar. Telefon itu masih kelihatan seperti baru sahaja dibeli, hakikatnya ia dibeli tahun lepas. Hiks...

  Sedang membelek telefonnya, Rien mengangkat wajah apabila terasa diperhati dan... Itulah perkara yang paling dia sesalkan sejak kali pertama menjejak di Dunia Fantasi itu.

  "LARI!!!" Rien dengan pantas membuka langkah seribu. Mindanya asyik memainkan memori berupa mata berwarna kuning keemasan yang merenungnya tajam. Juga bertanduk.

  "Grrr...!" Satu bunyi lain menderam, tanda marah.

  Buk!

  Sementara Rien berlari, waktu itu jugalah bunyi-bunyi lain muncul. Seperti.... Bergaduh?

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now