TNKP | 68

1.7K 131 51
                                    

  "Aku."

  Syakila dan Kayla mengetap gigi. Mereka menjeling gadis angel itu.

  "Kau—! Ergh! Kayla! Kau uruskan yang lain! Aku nak bermain sekejap dengan perempuan ni!" arah Syakila.

  Kayla mengangguk. Dia mengepak sayap hitamnya ke arah yang lain sementara si kakak mahu berseronok.

  Syakila menghala tangan kanannya ke hadapan. Ribut pasir terhasil sekali lagi. Tangan kiri pula digenggam, hanya jari telunjuk yang digerak-gerakkan seolah-olah sedang bermain dengan sesuatu.

  Hanza agak terkejut apabila dia terapung dan tubuhnya kini terperangkap di dalam ribut pasir. Dia leka!

  Hanza mengeluarkan busurnya. Apabila tali mahu ditarik, busurnya melayang ke tempat lain dan terus lenyap. Hanza tidak terkejut kerana Syakila menyerangnya dengan bebola pasir.

  Syakila menguatkan lagi ribut pasir itu. Dia mencipta beberapa jenis batu yang sangat keras dan dicampak ke arah Hanza yang kini terkapai-kapai dalam ribut buatannya.

  Membulat mata gadis angel itu. Dia pantas mengelak tetapi semakin lama semakin banyak batu menuju ke arahnya. Hanza tiada pilihan lain. Dia menghala tapak tangan kanannya ke hadapan dan cahaya terhasil.

  Cahaya itu terus meletupkan batuan yang dicipta Syakila. Tidak berputus asa, Syakila menghasilkan lumpur pula. Lumpur itu dicampur ke dalam ributnya.

  Angin bertiup kencang. Hanza sukar untuk menstabilkan dirinya. Dia tidak berani mahu membuka sayap kerana risau sayapnya akan tercedera.

  "Lawanlah aku," cabar Syakila seraya tersenyum sinis. Syakila melompat tinggi dan awan dicipta. Awan itu terus dilempar ke arah Hanza.

  Hanza tidak sempat mengelak, bahkan tidak mampu mengelak. Dia jatuh melutut apabila awan itu terkenanya. Siapa sangka, Syakila mencampurkan batuan dan pasir ke dalam awan itu, menyebabkan ia keras.
  Hanza terbatuk sehingga mengeluarkan cecair darah. Dia menekup mulut apabila semakin banyak awan keras terkenanya.

  Buk!

  "Jangan ganggu kawan aku!"

  Kali ini, Syakila pula membuntangkan matanya melihat seorang gadis terbang megah di hadapannya. Pandangan gadis itu sangat tajam, setajam pedang yang dia pegang.

  "Ini antara kita, puteri syaitan."

  "Heh, kau muncul juga, puteri pahlawan malam."

••••

  Star mengeluarkan katananya. Dia merenung tajam gadis bersayap hitam di hadapannya. Para pemerintah sudah pulang ke kerajaan. Kini, hanya ada dua putera kerajaan bersamanya dan si adik.

  Aurora sudah menghilangkan ilusi terhadap Rayyan dan L. Tetapi mereka berdua masih tidak sedarkan diri.

  Star tidak mahu adiknya cedera, jadi Aurora disuruh menjaga dua putera sementara dirinya menentang gadis berhati busuk di hadapannya.

  "Pulang ke dunia kau." Keras nada Star.

  "Tidak selagi dunia ini belum kutawan."

  "Pulang!" Sekali lagi Star bersuara. Wajahnya tegang sekali.

  "Kukata tidak! Tidaklah!"

  Eh eh, bahasa lamakah?

  "Pulang ke duniamu atau mati sahaja di sini! Kubur kalian takkan kelihatan walau secebis! Akan kami bakar mayat kalian kerana kalian tidak layak dikuburkan di dunia yang mahu kalian tawan!" Star mula mengangkat katananya.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now