TNKP | EPILOG

2.6K 124 62
                                    

  Violet duduk termenung di balkoni biliknya di istana Kerajaan Diamond. Ya, seperti yang kalian tahu, peperangan sudah tamat. Syaitan-syaitan itu mati dengan cara yang sama persis tuan puteri mereka.

  Racun.

  Semua angkaranya.

  Sebenarnya, ketika dia sudah membunuh Syakila, tenteranya juga hampir tumpas kepada syaitan. White Warrior, Kai, Ryssa, Light Knight, Ryn dan Delisya juga sudah lemah kerana terlebih menggunakan kuasa.

  Harapan untuk memusnahkan syaitan bergantung kepadanya.

  Hyn, Wyn, Zyn dan Qinny kepenatan. Mereka terduduk bersama guardian yang lain. Guardian Crya yang juga serigala, hampir mati. Mujur Crya, Rise dan Leo ada.

  Flashback

  Riane berasa cemas. Dia meluru laju ke arah Violet yang masih termenung memandang langit.

  “Jangan termenung, Violet! Kita di ambang kekalahan! Kami, para dewa tidak mati tetapi kalian yang kami risaukan!” sergahnya. Dia menghasilkan lebih banyak raksasa pokok dan menyembuhkan tentera yang dia temui.

  “Apa? Mereka tidak mati?” tanya Violet dengan terkejut. Dia ingatkan selepas Syakila dan Kayla mati, syaitan yang lain turut mati.

  “Ah, itu drama lainlah. Sekarang, ikut aku! Rez, Ray dan Crya pun dah penat sangat!” Riane menarik tangan gadis itu. Mereka menuju ke arah Crya yang kini terbaring. Darah berlumuran pada sekitar tubuhnya. Perutnya juga ditikam.

  Riane mencabut pisau pada perut Crya. “Pisau silver?” Terbuntang matanya. Tangan ditekap ke atas perut gadis itu dan dia menyembuhkan Crya. Crya muntah darah.

  “Kau rehatlah.” Riane bangun dan memandang sekelilingnya. Hanya tinggal sebahagian tentera demon, angel dan naga yang tinggal. Guardian juga ada sekelompok kecil sahaja. Yang lain duduk bersama Leo dan Rise.

  Pari-pari sudah tumpas. Duyung di laut mati, bergelimpangan di atas pantai. Semuanya mati. Mujur Raja Duyung dan permaisurinya serta rakyat duyung masih ada. Kalau tidak, pupuslah mereka dari Dunia Fantasi.

  “GROAHHH!!” Kedengaran suara naga. Apabila memandang ke langit, kelihatan seekor naga menyembur api hitam kepada syaitan. Hangus terbakar.

  Melihatkan Pahlawan Naga kembali bangkit, semua naga juga kembali bersemangat dan menyerang dengan tenaga yang berbaki. Violet mendekati Aurora. Tangan dihulur kepada gadis itu.
 
  “Jom.” Violet tersenyum.

  Aurora memandangnya. Dia juga tersenyum dan menyambut huluran itu. Mereka bangun dan berdiri berhadapan. Tangan mereka diangkat separas dada, tetapi tidak bersentuhan. Cahaya ungu dan biru terhasil daripada tangan kedua-dua gadis itu.

  Lama kelamaan, cahaya itu semakin terang. Tubuh mereka terapung.

  Di saat itu, The Great Knights bangkit lalu menyerang lagi. Leo dan Rise juga bangun. Sisi dewa mereka akhirnya ditunjukkan. Dark Knight juga begitu. Kini, Dark Knight, Leo, Rise dan Riane bersatu dan berlawan dengan kuasa dewa.

  Serangan mereka yang mudah membunuh banyak syaitan.

  Tetapi, semakin banyak yang menghampiri ibarat satu terbunuh enam datang menyerang.

  Ada juga syaitan dan devil’s beasts mendekati Aurora dan Violet. Apabila mahu menetak mereka, satu kubah halimunan muncul, melindungi mereka. Kubah itu kukuh, seolah-olah tidak dapat ditembusi.

  Star si pari-pari mendekati hydra dan pegasus. Dia mengangkat tangannya dan pari-pari kecil muncul. Semakin lama semakin banyak.

  Hydra dan pegasus yang sudah menutup mata kini mencelikkan mata semula. Melihat Star, mereka bangun. Sama-sama mereka menyerang syaitan.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now