TNKP | 52

1.8K 145 16
                                    

  "Boleh kami tahu apa tujuan kau membantu kami?" soal Delisya, sopan.

  "Kalian tak perlu tahu. Yang penting, aku berada di bahagian kalian," jawabnya selamba.

  "Dan dewi pula?" Kali ini Ryn menyoal si dewi.

  "Saya ditugaskan untuk memenuhi takdir Dunia Fantasi. Saya perlu membuat pilihan, cahaya atau kegelapan. Logik, cahaya. Firasat, kegelapan. Jadi saya memilih firasat." Sang dewi pula menjawab.

  "Hurgh! Jawapan korang memang susah tahap peperiksaan percubaan PT3 ke apa?" rengus Ryssa.

  Kalian pasti ingat saat mereka di Bumi. Ryn, Ryssa dan Ray sangat terseksa gara-gara terlampau banyak kerja sekolah dan peperiksaan percubaan PT3 dan juga SPM.

  Terletus tawa mereka yang lain mendengar rungutan gadis itu. Lebih-lebih lagi Dark Knight. Ada peluang, gelaklah!

  "Eh, serius sikit!" marah Ray. Sejujurnya, dia pun tidak berpuas hati kerana dia juga mangsa peperiksaan itu. Dia tertanya-tanya, manusia tidak streskah?

  "Yalah yalah. Kau ni tak seronoklah, Ray," rungut Rez.

  Dewi dan sang misteri tersenyum.

  "Hei, Neflos. Kalau kau belot, aku sumpah aku akan cari kau dan cincang kau," ugut Delisya.

  Sang keturunan Neflos, Vladeric Neflos, menelan liur. Bukan dia tidak tahu, betapa kejamnya dan betapa psikonya kumpulan di hadapannya.

  Vladeric berdehem seketika. Kemudian dia tersedar akan sesuatu lantas dia menundukkan wajah. Alahai, kekoknya!

  "Kau kenapa?" Kai mengerutkan dahi.

  "Aku rasa... Janggal..." jujurnya.

  "Kenapa?" soal semua yang berada di situ.

  "Aku tahulah kalian ni dewa dewi tetapi perlukah jemput aku sang makhluk biasa?" soal Vladeric dengan jengkel.

  Terletus tawa mereka semua. Benarlah itu, semua yang berada di situ berpangkat dewa dewi kecuali Vladeric.

  "Sudahlah. Serius sikit!" Kali ini Vladeric memberi amaran. Terasalah tu!

  "Baiklah... Aku sudah arahkan Le—"

  "Ehem."

  "Maaf. Aku dah minta Leo dan Rise untuk membawa 'mereka' ke sana buat sementara waktu." Ray memberi penjelasan.

  "Jadi, kita hanya perlu menunggu mereka melengkapkan diri?" soal Dewi Riane dengan hairan.

  "Tidak. Kita akan persiap-sediakan armada tentera kita untuk menentang kumpulan syaitan nanti. Kalian berdua pula akan terus mencari maklumat dan membantu kami mencari jalan agar kerajaan-kerajaan itu jatuh semula kepada yang layak," Rez menyampuk.

  Riane dan Vladeric mengangguk faham.

  "Sekejap, betulkah kalian mahu terus menjatuhkan sumpahan itu?" soal Vladedic. Dia sebenarnya kasihan melihat L dan Rayyan yang terseksa. Permaisuri berdua pula sangat berduka.

  "Jangan kau campuri urusan kami yang satu itu, Vlad." Dingin Ryn berbicara.

  Vladeric terdiam. Ya, dia tiada hak mahu bersuara. Itu hal peribadi mereka. Itu urusan sang kembar untuk menjalankan tugas mereka.

  "Kau pasti rancangan kau akan berjaya?" soal Riane dengan risau.

  "Aku tahu kalian sentiasa mendengar pepatah yang mengatakan kegelapan tewas dengan cahaya. Tetapi andai kata cahaya tiada usaha? Cahaya tidak menyokong? Kau juga lupa, sejarah di mana puteri itu menewaskan syaitan dengan kuasa sebenarnya? Kau lupa yang kuasa itu sebenarnya berteraskan elemen k—"

The Night Knight Princesses ✔Där berättelser lever. Upptäck nu