TNKP | 31

2.4K 177 37
                                    

  Rise mengeluh sedikit. Dia akan berlawan dengan Rayyan, manakala Leo akan berlawan dengan L. Eh, lawan ikut namakah? Tadi, semasa acara cabutan nama lawan, Rise terambil kertas yang mempunyai nama Rayyan. Begitu juga dengan Leo yang mengambil nama L.

  Cakap tentang lawan.. Rise berjalan mendekati dua gadis itu. "Korang lawan dengan siapa?" soalnya.

  "Aku lawan dengan Crya," balas Rien dengan ceria.

  "Aku lawan dengan Hanza," balas Violet pula.

  Psst, Rys sudah malas nak fikir nama. Sebab tu Rys letak empat ekor tu je sebagai lawan kepada empat 'ahli' baru akademi itu.

  "Semoga berjaya. Aku nak lawan dulu!" ucap Leo dengan senyuman menawannya. Uniform akademi dikemaskan sedikit.

  Rien, Rise dan Violet hanya mengangguk. Mereka mengucapkan semoga berjaya sebelum mengambil tempat duduk di colosseum.

  Di tengah gelanggang, kelihatan dua orang jejaka kacak yang sedang memandang sesama sendiri. Colosseum itu dibanjiri oleh para pelajar di akademi. Bukan semua pelajar, hanya kelas yang terpilih sahaja. Ehe, bukan terpilih pun. Kelas yang sepatutnya perlu mengadakan latihan tempur akan dibawa ke colosseum untuk menyaksikan perlawanan. Yang ada kelas magis, biologi, sejarah dan sebagainya tu redha sahajalah. Hehe..

  "Perlawanan pertama! Perlawanan antara Leo, dari Kerajaan Guardian dan Putera Louis, dari Kerajaan Angel!" kata si pengacara.

  Ramai pelajar tertanya-tanya tentang identiti sebenar Leo, memandangkan dia diperkenalkan sebagai pelajar dari Kerajaan Guardian, yang sepatutnya hanya berada di sana sebagai pelindung dan menunggu tuan mereka. Ehek, ni guardian istimewa tau!

  "Putera Louis, sedia? Leo, sedia? Dan.... MULA!"

  Tiada apa-apa pergerakan daripada kedua-dua jejaka. Mereka hanya berdiam diri, memacakkan pedang di sisi. Merenung sesama sendiri, umpama terdapat aliran elektrik di tengah-tengah mereka. Pakaian mereka masih lagi sama, iaitu baju uniform akademi.

  Pelajar yang bersorak terdiam. Mereka memerhatikan gelagat kedua jejaka kacak itu. Leo berpeluk tubuh memandang L. L hanya memerhatikan Leo sambil mengusap bilah pedangnya yang terpacak di tanah.

  Secara tiba-tiba, kedua mereka mencabut bilah pedang dari tanah lalu diangkat ke paras telinga. Jelingan tajam dihadiahkan buat sesama sendiri. Kedudukan diperkemaskan, dalam keadaan bersedia. Angin mula menyapa tatkala kedua mereka berlari mendekati satu sama lain. Bilah pedang itu dilibas sekuat hati.

  Cahaya bersinar terang di belakang tubuh Leo. Sebaliknya, api biru membara di belakang tubuh L. Para pelajar kelas elit yang sempat membina pelindung melepaskan nafas lega. Mujur sempat. Seandainya mereka terleka, pelajar yang duduk di belakang kedudukan L dan Leo tadi berkemungkinan sudah mati, dilibas kuasa cahaya dan api biru kedua jejaka itu.

  Rien dan Violet pula tergamam di tempat duduk mereka. Rise tersenyum senget manakala Rayyan, Hanz dan Hanza terpana melihat libasan api biru Leo.

  "Fire slash. Dark demon! Dark demon fire slash!" kata Leo, perlahan. Takkan nak sebut kuat-kuat? Nanti kantoilah dia ada kuasa demon!

  Libasan api biru yang lebih hebat berbanding tadi dielak tipis. Tetapi, serangan ini mungkin tidak.

  "FIRE SLASH! HELL BLUE FIRE! THOUSAND SLASH!" jerit Leo dengan kuat. Mata kirinya berubah kepada warna biru. Seperti warna anak mata Rise, yang membezakannya, warna anak mata Leo tika ini lebih gelap.
 
  L terkaku seketika. Jutaan libasan pedang api biru dari neraka dipandang. Dia menyilangkan tangannya. "LIGHT POWER! LIGHT SHIELD!" Sebuah pelindung lutsinar muncul, melindungi L daripada serangan maut Leo.

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now